MENJADI kelaziman Surau Infitah Al-Khairiah mengadakan majlis berbuka puasa serta majlis penyampaian sumbangan raya pada setiap kali ramadhan menjelma. Kali ini Surau Infitah Al-Khairiah menjalin kerjasama dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 menganjurkan majlis ini bersekali dengan sambutan Nuzul Quran. Majlis berbuka puasa ini terbuka kepada semua jemaah Islam, muslimin dan muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis diadakan pada 05hb Ogos, 2012 bersamaan hari ke 16 ramadhan bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah.
Penyampaian sumbangan raya diberikan kepada beberapa golongan iaitu OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak serta murid sekolah di bawah umur 17 tahun. Berbeza dari tahun-tahun sudah, pihak pentadbiran surau dalam mesyuaratnya memutuskan untuk menambah bilangan penerima sumbangan khususnya di kalangan kanak-kanak. Dianggarkan penerima sumbangan kali ini melebihi 100 orang.
Pentadbiran surau mensasarkan golongan yang paling ramai menerima sumbangan adalah terdiri dari kanak-kanak dan murid sekolah di bawah umur 17 tahun dengan harapan mereka ini akan rajin datang mengimarahkan surau.
Bukan menjadi tujuan utama pihak pentadbiran surau maupun KRT memberikan sumbangan ini agar majlis dihadiri ramai jemaah sekaligus mencerminkan surau menjadi destinasi popular masyarakat beragama Islam tetapi apa yang diharapkan majlis ini menjadi pembuka hidayah kepada orang ramai untuk datang pada waktu-waktu yang lain nanti dan akhirnya menjadikan mereka 'dekat' dengan surau.
Statistik Penerima Sumbangan Raya 2012.

No
|
Kategori
|
Jumlah
|
1
|
OKU (Orang Kurang Upaya) |
4 orang
|
2
|
Warga Emas |
6 orang
|
3
|
Ibu Tunggal |
18 orang
|
4
|
Kanak-kanak/Murid Sekolah (Bawah 17 tahun) |
104 orang
|
-
|
JUMLAH
|
132 Orang
|
Tentatif Majlis :-
07:00 - Berkumpul di Surau Infitah Al-Khairiah
07:27 - Berbuka puasa beramai-ramai
08:00 - Solat Maghrib berjemaah
08:43 - Solat Isyak berjemaah
09:55 - Solat Tarawikh berjemaah
10:00 - Ucapan Aluan Pengerusi Surau
10:10 - Penyampaian Sumbangan Raya
10:30 - Bersurai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan