SOLAT SUNAT DHUHA, HAJAT DAN TASBIH AKAN DIADAKAN PADA 12/06/16 INI DENGAN DIIMAMKAN OLEH USTAZ DZUWAZIR HJ SAAT JAM 09:00 PAGI. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Photobucket

Khamis, 14 Ogos 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI



PIHAK SURAU INFITAH AL KHAIRIAH berbesar hati menganjurkan majlis rumah terbuka pada tahun ini bertarikh 26hb Ogos, 2014; iaitu pada hari terakhir syawal. Kali ini pihak surau menjemput kerjasama daripada beberapa NGO di kawasan kejiranan yang sama. NGO yang telah memberikan persetujuan ialah COMBI, Persatuan Penduduk RPSF2, Umno Cawangan, Badan Kebajikan RPSF2 dan Pewita.

Menurut pengerusinya En. Tajol Ariffin Hasan; ini adalah julung kalinya pentadbiran surau berjaya mendapatkan kerjasama daripada NGO-NGO terbabit. Pengerusi-pengerusi NGO terbabit telahpun memberikan persetujuannya dalam mesyuarat AJK surau yang telah diadakan pada 10hb Ogos lalu.

Persetujuan terkini diperolehi daripada pengerusi Pewita iaitu Puan Raja Dewi Sulong. Sementara Pengerusi Combi iaitu Puan Norjan Ismail awal-awal lagi telah menyatakan persetujuan untuk bergabung bagi menganjurkan majlis rumah terbuka tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk, En. Abdul Ghani juga telah menyatakan persetujuannya untuk bergabung dalam program jamuan hari raya tersebut. Beliau juga akan menjemput beberapa VIP untuk turut serta memeriahkan program.

Antara aturcara program ialah solat maghrib dan isyak berjemaah di Surau Infitah Al-Khairiah. Cabutan no bertuah dengan hadiah hamper juga disediakan. Nawaitu utama program tidak lain selain hanya untuk menyatukan semua penduduk dan menjalin kerjasama dengan semangat muhibbah yang tinggi.

En. Tajol Ariffin Hasan berharap ini bukanlah kerjasama terakhir dari NGO-NGO terbabit tetapi sebaliknya sebagai satu langkah permulaan kepada penyatuan NGO-NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

"Muafakat Membawa Berkat"