JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 8 Julai 2013

KENDURI SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

ALHAMDULILLAH, kenduri sempena menyambut awal ramadhan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK bil 3 lalu telah berjaya disempurnakan pada hari ini 08hb Julai, 2013. Seperti yang dijangkakan, sambutan daripada jemaah terutama jemaah kecil amat membanggakan. Sesungguhnya selama ini, apa saja aktiviti atau majlis yang dianjurkan oleh Surau Infitah Al-Khairiah belum pernah mengalami kegagalan.

Seperti majlis pada malam ini, ia menambah semangat kepada barisan AJK surau untuk terus menganjurkan pelbagai lagi aktiviti dan majlis agar fungsi surau ke arah mewujudkan hubungan silaturrahim yang kuat antara sesama jemaah berterusan.

Tentatif majlis pada kenduri sempena menyambut ramadhan ini ialah solat maghrib dan isyak berjemaah. Bacaan doa dan tahlil selepas solat berjemaah maghrib. Usai solat berjemaah isyak, jamuan dengan menu yang di bawa secara gotong royong oleh jemaah menyaksikan limpahan lauk-pauk yang banyak. Surau hanya menyediakan nasi sahaja. Pelbagai jenis lauk pauk yang dibawa oleh jemaah dari rumah masing-masing sudah lebih dari cukup sehingga timbul cadangan untuk program pada 25hb Julai nanti dibuat secara begini. Lauk pauk dibawa dari rumah masing-masing sementara nasi disediakan oleh pihak surau.

Bagaimanapun perkara ini belum diputuskan secara muktamad memandangkan pengerusi akan memanggil satu lagi mesyuarat khas untuk menentukan cara mana perjalanan program 25hb itu nanti.