JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Selasa, 23 Julai 2019

ROMBAKAN SEMULA AHLI JAWATANKUASA

KEMELUT PENTADBIRAN yang melanda Surau Infitah Al Khairiah sejak sekian lama bakal diselesaikan melalui satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 28hb Julai, 2019 bersamaan hari ahad jam 9.00 malam (selepas solat isyak).

Sejak peletakan jawatan pengerusi lama En Tajol Ariffin, tempatnya yang sepatutnya dipangku oleh timbalan pengerusi En Khairi telah terbiar kosong tanpa diisi oleh sesiapapun. Melalui beberapa sesi perbincangan bersama antara jemaah, akhirnya kesepakatan telah diperoleh. Mantan pengerusi lama iaitu En Tajol Ariffin telah bersetuju untuk memanggil satu mesyuarat khas bagi merombak semula ahli jawatan kuasa surau.

Terima kasih atas inisiatif En Izlan Tun yang telah bersusah payah menganjurkan satu pertemuan bersama beberapa ahli jawatan kuasa surau bagi merealisasikan tujuan tersebut. Mantan pengerusi juga telah berjumpa dan berbincang dengan Pengerusi Masjid Ar Raudah Ustaz Zulkefli Muhamad bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.