JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 14 Januari 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

KEPUTUSAN pelantikan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014 memperlihatkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam organisasi pentadbirannya. Hampir kesemua jawatan teratas telah bertukar orang kecuali jawatan setiausaha yang masih mengekalkan orang lama. Bagaimanapun barisan AJK lama yang menduduki jawatan teratas masih dikekalkan sebagai AJK bagi sesi pelantikan baru ini.

Bagi jawatan pengerusi surau, En. Abd. Ghani Mansoor yang pernah menjawat jawatan setiausaha pada pentadbiran tahun 2010 lalu telah dilantik dengan undi majoriti (19 undi) mengalahkan penyandang pengerusi 2012; Hj. Ruzali Said (6 undi). Jawatan setiausaha mengekalkan En. Tajol Ariffin Hasan dengan undi sebulat suara begitu juga dengan jawatan Bendahari telah digantikan oleh Pn. Nor Azah Baharin kerana Pn. Norhisham Hj. Ihtnin meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun seperti mantan pengerusi 2012, beliau juga dilantik menjadi AJK bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014.

Jemaah mesyuarat juga atas cadangan En. Nekmat Takin bersetuju melantik semua yang hadir pada mesyuarat agung malam itu (31 orang) menjadi AJK secara automatik. Jemaah melihat dengan pelantikan jumlah AJK yang ramai ini akan menambah kecekapan pentadbiran organisasi baru surau.