JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Rabu, 15 Oktober 2014

MESYUARAT AJK BIL 2/2014. PERBINCANGAN BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI NGO FLAT SENAWANG FASA 2

Pada 23hb September, 2014; pengerusi surau Infitah telah memanggil satu mesyuarat antara AJK surau dengan pengerusi-pengerusi NGO yang terdapat di kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. 

Agenda mesyuarat antara lain ialah bagi membuat post mortem terhadap aktiviti terkini yang telah dijalankan iaitu sambutan rumah terbuka aidilfitri. Memandangkan ia dijalankan secara kerjasama antara beberapa NGO buat pertama kalinya maka pengerusi berpendapat jalinan kerjasama ini perlu diteruskan lagi demi memantapkan perpaduan antara penduduk terutama muslimin dan muslimat.

Secara keseluruhan, aktiviti atau program yang telah dijalankan tersebut menampakan kejayaan yang di luar jangka. Terdapat kehadiran bangsa asing terdiri dari India dan China yang turut meraikan rumah terbuka tersebut biarpun ia diadakan di perkarangan surau. 

Kos penganjuran majlis adalah RM1306.00. Ini tidak termasuk sumbangan berbentuk makanan dan hamper dari NGO-NGO yang terbabit. Pengerusi melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana Baitulmal Negeri Sembilan turut memberikan bantuan kewangan bagi melicinkan program.

Persatuan Penduduk RPSF2 telah menyumbangkan 6 hamper dan menaja lemang. Pewita telah menaja khemah dan menyumbangkan 5 hamper manakala Combi menyumbangkan 1000 cucuk sate dan 5 hamper. Umno Cawangan telah menaja barisan pendeklamasi puisi daripada Jabatan Kebudayaan Negeri Sembilan; yang telah mendeklamasikan puisi berkenaan Gaza serta menaja bendera Malaysia kerana sambutan turut memasukan agenda sambutan bulan kemerdekaan. Sumbangan wang tunai RM500.00 dari pengerusi Gerakan Negeri bagi membiayai sambutan bulan kemerdekaan turut disampaikan pada malam tersebut. Tetamu terhormat ialah Exco Negeri Sembilan YB Dato' Hasim Rusdi.