JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Rabu, 4 Julai 2012

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi barisan AJK Surau Infitah Al-Khairiah berjaya mengadakan majlis sambutan Nisfu Syaaban. Biarpun sambutan secara kecilan dengan bacaan yasin dan sedikit jamuan tetapi itu sudah memadai dan membuktikan pihak pengurusan surau sentiasa menyambut apa saja hari kebesaran dalam kalendar Islam.

Pihak surau merakam ucapan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kerjasama daripada kariah yang hadir pada majlis tersebut.