JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 28 Januari 2013

MAULIDUR RASUL : PERARAKAN DAN CERAMAH

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul anjuran Surau Infitah Al-Khairiah kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK surau merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Tidak lupa juga ucapaan terima kasih kepada NGO yang terbabit seperti KRT, SRS, RELA, COMBI dan Persatuan Penduduk.

My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21
My ImageGambar 22
Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

Khamis, 17 Januari 2013

PERARAKAN DAN CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan mengadakan perarakan dan ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Tentatif program adalah seperti di bawah :


  • Tarikh : 27hb Jan, 2013 (Ahad)
  • Masa : Perarakan akan diadakan selepas solat asar
  • Ceramah akan diadakan selepas solat maghrib


Jemaah Muslimin dan Muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dijemput hadir. Jamuan ringan akan diberika selepas solat isyak.

Terima kasih


Laporan oleh : Tajol Ariffin Hasan (Setiausaha)

Isnin, 14 Januari 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

KEPUTUSAN pelantikan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014 memperlihatkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam organisasi pentadbirannya. Hampir kesemua jawatan teratas telah bertukar orang kecuali jawatan setiausaha yang masih mengekalkan orang lama. Bagaimanapun barisan AJK lama yang menduduki jawatan teratas masih dikekalkan sebagai AJK bagi sesi pelantikan baru ini.

Bagi jawatan pengerusi surau, En. Abd. Ghani Mansoor yang pernah menjawat jawatan setiausaha pada pentadbiran tahun 2010 lalu telah dilantik dengan undi majoriti (19 undi) mengalahkan penyandang pengerusi 2012; Hj. Ruzali Said (6 undi). Jawatan setiausaha mengekalkan En. Tajol Ariffin Hasan dengan undi sebulat suara begitu juga dengan jawatan Bendahari telah digantikan oleh Pn. Nor Azah Baharin kerana Pn. Norhisham Hj. Ihtnin meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun seperti mantan pengerusi 2012, beliau juga dilantik menjadi AJK bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014.

Jemaah mesyuarat juga atas cadangan En. Nekmat Takin bersetuju melantik semua yang hadir pada mesyuarat agung malam itu (31 orang) menjadi AJK secara automatik. Jemaah melihat dengan pelantikan jumlah AJK yang ramai ini akan menambah kecekapan pentadbiran organisasi baru surau.