JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 16 Oktober 2011

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Sejarah tercipta, rasanya tidak terlalu takbur jika dikatakan satu-satunya surau di dalam Negeri Sembilan ini yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin yang turut diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan. Kemuncak kronologi penubuhan Surau Infitah Al-Khairiah sejak lebih 10 tahun lalu berlaku pada hari ini 15/10/2011.




Selasa, 11 Oktober 2011

PERASMIAN SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 15/10/2011

ALHAMDULILLAH...
Surau Infitah Al-Khairiah akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin yakni Timbalan Perdana Menteri  Malaysia pada hari sabtu ini (15/10/2011) jam 11:30 pagi. Selepas penyempurnaan majlis menandatangi plag perasmian tersebut, TPM akan melawat beberapa rumah penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan beramah mesra dengan penduduk sebelum berangkat ke pentas utama untuk berucap dan menyampaikan beberapa ucapan dasar. 

Bacaan doa kesyukuran akan dibaca oleh Imam Surau Infitah Al-Khairiah, Imam Ruzali Said. Beliau akan diiringi oleh beberapa orang AJK Utama termasuk Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah, En. Tajol Ariffin Hasan, bilal surau, En Nekmat Takin, Bendahari, Pn Norhisham Hj. Ithnin dan beberapa AJK Kerja lain. 

Ini merupakan momen yang amat bersejarah bagi Surau Infitah Al-Khairiah khasnya dan seluruh jemaah persekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 amnya kerana rasanya Surau Infitah Al-Khairiah adalah satu-satunya surau di Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh TPM. Segala usaha penat lelah dalam merealisasikan harapan dan impian untuk melihat Surau Infitah Al-Khairiah dirasmikan akhirnya terlaksana. Syabas dan syukur kepada pentadbiran surau yang tidak pernah mengenal erti penat dan kecewa.

Tentatif

11:30 pagi :

  • Ketibaan YAB TPM
  • - Persembahan pencak silat
  • - Iringan bunga manggar oleh penduduk setempat dan selawat dan salam oleh jemaah surau
  • - persembahan kebudayaan oleh anak-anak Tadika Perpaduan
  • - Bergerak ke surau dengan iringan penduduk dan beberapa NGO jemputan
  • - Majlis perasmian surau dan menandatangi plag perasmian
  • - Lawatan mesra ke rumah-rumah penduduk terpilih


12:30 tgh : Ketibaan YAB TPM ke tapak utama (padang)

  • - Nyanyian Negaraku
  • - Nyanyian 1 Malaysia
  • - Bacaan Doa
  • - Ucapan Wakil Penduduk
  • - Ucapan YAB TPM
  • - Penyampaian cenderamata oleh wakil penduduk
  • - Makan tengah hari
13:15 : Bersurai

Sempena lawatan TPM tersebut, gabungan NGO-NGO di flat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah membuat gotong royong perdana dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, MPS termasuk kesihatan. Operasi pembersihan menyeluruh itu dibuat demi memastikan TPM dalam keadaan selesa bila melawat dan beramah mesra dengan para penduduk.







Laporan disediakan oleh : Setiausaha (Tajol Ariffin Hasan)