JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Selasa, 27 Ogos 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA (2013)

Tanggal 25hb Julai, 2013 lalu, untuk kali ketiga Surau Infitah Al-Khairiah menganjurkan sekali lagi penyampaian sumbangan raya kepada warga muslimin dan muslimah yang layak. Ia merangkumi warga emas, OKU, anak yatim dan ibu tunggal. Sumbangan duit raya kepada anak-anak kecil dan masih bersekolah seperti yang dilakukan pada tahun lepas turut diadakan sekali lagi. 

Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai dari warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. InsyaAllah, pentadbiran surau akan sentiasa mencari dana untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan. Dengan bantuan dan sokongan daripada Baitulmal dan Pejabat Menteri Besar yang berterusan, kebanyakan program dan majlis anjuran Surau Infitah Al-Khairiah dapat direalisasikan dengan jayanya. 

InsyaAllah, pada 01hb September nanti, dengan kerjasama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan RPSF2, akan diadakan majlis rumah terbuka sempena aidilfitri. AJK Surau Infitah mengambil kesempatan menjemput semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 tanpa mengira bangsa dan agama untuk turut hadir bagi memeriahkan majlis. 

Sebarang pandangan dan cadangan daripada warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk menambahbaikan pentadbiran surau, bolehlah dimaklumkan kepada AJKnya atau melalui peti cadangan yang disediakan. 
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan