JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



*


XXXXXXXXXXXXXXXXX
Tarikh            :           24hb  Mei 2013
Masa              :           09.00 Malam
Tempat          :           SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
Kehadiran     :           13 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan jemaah yang berkesempatan hadir. Pengerusi juga memaklumkan ramai AJK yang tidak dapat hadir mesyuarat kerana balik kampung memandangkan kebetulan cuti 3 hari ditambah dengan cuti sekolah.
1.2 Sebelum meneruskan mesyuarat, Pengerusi memohon semua yang hadir membacakan surah al-fatehah mohon keberkatan dan kesejahteraan.


2.    Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Kali Pertama
2.1 Pengerusi membaca minit mesyuarat AJK kali pertama sepintas lalu. Menyentuh agenda 3 pada minit mesyuarat AJK kali pertama tersebut, Pengerusi memaklumkan berkenaan tiang pagar yang rosak, beliau telah menghubungi kontraktor Hajjah Suraya yang telah berjanji akan membaiki tiang pagar tersebut. Kerja-kerja membaik pulih akan dilakukan oleh anak beliau. Bagaimanapun baik pulih tersebut tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat ini memandangkan kontraktor terbabit perlu menyiapkan satu projek lain. Pengerusi meminta agar jemaah dapat bersabar dan memberikan masa pada kontraktor terbabit.
2.2 Untuk lain-lain infrastruktur seperti bidai dan awning, setiausaha akan membuat permohonan rasmi kepada Baitulmal.
2.3 Penambahan pinggan mangkuk pula akan bergantung kepada kewangan semasa surau. Meskipun surau mempunyai dana, bagaimanapun pengerusi akan mengamalkan perbelanjaan secara berhemah. Perbelanjaan adalah berdasarkan yang utama diutamakan dahulu.
2.4 Minit mesyuarat AJK kali pertama dicadang untuk pengesahan oleh Encik Nekmat Takin manakala Encik  Khairi Jahim menyokong.

Tindakan : Makluman


3.    Agenda 3 : Majlis Sambutan Israk Mikraj
3.1 Mesyuarat bersetuju mengadakan majlis israk mikraj pada 05/06/2013 bersamaan hari rabu malam khamis.  
3.2 Tentatif sambutan adalah seperti biasa dengan menjemput penceramah.
3.3 Mesyuarat juga mencadangkan agar kutipan derma ikhlas dilakukan seperti biasa. Setiausaha akan mengeluarkan satu surat rasmi bagi tujuan kutipan tersebut. Agihan tugas bagi menjalankan kutipan derma israk mikraj ini adalah seperti berikut :

      3.3.1  Blok A, B dan C        –   Puan Raja Diwi
      3.3.2  Blok D                        –   Puan Norhisham Hj. Ithnin
      3.3.3  Blok E                                    –   Puan Lin dan Puan Normah
      3.3.4  Blok F                         –   Puan Norfitri Sarif

3.4 En. Nekmat Takin mencadangkan sebelum majlis tersebut, diadakan gotong royong untuk membersihkan persekitaran surau. Tarikh dan masa gotong royong tersebut akan diberitahu kelak.
3.5 Setiausaha akan mengeluarkan surat jemputan kepada beberapa orang VIP, surau-surau berdekatan dan notis pemberitahuan kepada warga Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
3.6 Puan Raja Diwi akan mengetuai urusan penyediaan menu makan pada majlis israk mikraj dengan dibantu secara beramai-ramai oleh AJK dan jemaah-jemaah yang berkelapangan. Bagi urusetia sambutan, semua AJK lelaki adalah terlibat secara langsung.

Tindakan : Makluman Setiausaha/AJK

4.    Agenda 4 : Usul dan Cadangan
4.1 Pengerusi mencadangkan pada setiap bulan agar surau dengan kerjasama persatuan penduduk dapat memberikan sumbangan tertentu kepada golongan yang memerlukan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan mereka yang difikirkan layak.
4.2 Untuk merealisasikan cadangan tersebut, pengerusi juga mencadangkan ditubuhkan satu Panel Pemilih Khas. Anggota panel yang dicadangkan terdiri dari 11 orang dan telah dipersetujui oleh mesyuarat AJK iaitu :



1)     Pengerusi
2)     Imam
3)     Setiausaha
4)     Bendahari
5)     Bilal
6)     Siak
7)           Pn. Raja Diwi
8)           Pn. Lin
9)           Cik Putih
10)        Cik Normah
11)        En. Khairi Jahim



4.3 Pengerusi mohon bermula dari sekarang bolehlah senarai nama-nama cadangan penerima bantuan tersebut diajukan kepada beliau, setiausaha atau mana-mana barisan AJK untuk dinilai oleh barisan panel yang dilantik. Setiausaha akan menyediakan borang khas bagi tujuan dokumentasi.

4.4 Pengerusi juga mencadangkan pada setiap hujung bulan malam jumaat iaitu ketika majlis bacaan yasin, menu disediakan secara beramai-ramai oleh barisan AJK surau. Menu ini dibawa dari rumah sama ada berbentuk kuih-muih, buah-buahan, pelbagai makanan seperti nasi lemak atau bihun dan sebagainya. Surau hanya akan menyediakan minuman sahaja. Ini bertujuan agar AJK dapat bersama-sama menyumbang sesuatu kepada surau secara tidak langsung.
4.5 Pengerusi juga mencadangkan agar satu kertas kerja dibuat oleh setiausaha bagi memohon peruntukan untuk membeli peralatan lengkap khemah berserta kerusi dan meja khas untuk kegunaan surau. Ia juga sebagai salah satu cara untuk surau mendapatkan sumber kewangan dengan menyewakan khemah tersebut kepada jemaah yang memerlukan dengan kadar yang murah. 
4.6 En. Tajol Ariffin bercadang untuk memohon kepada Baitulmal atau Pejabat Menteri Besar bagi membeli peti sejuk mini bagi kegunaan surau.
4.7 Cik Normah mencadangkan agar surau dapat memberikan sedikit sumbangan kepada jemaah yang akan pergi menunaikan umrah. Cadangan ini mendapat maklum balas positif dari barisan AJK. Pengerusi bersetuju untuk memberikan sumbangan berupa telekung kepada Cik Wok (Pn. Rosnah) yang akan berangkat menunaikan umrah pada 08/06/2013 nanti. Bagaimanapun pengerusi memaklumkan sebarang sumbangan adalah bergantung juga kepada akaun semasa surau.
4.8 Pn. Jamilah Taat mencadangkan peruntukan menu makan pada majlis yasin dinaikan daripada RM30 kepada RM50. Mesyuarat juga bersetuju dengan cadangan tersebut dengan syarat penyediaan menu itu dibuat secara giliran.

Tindakan : Makluman


5.    Agenda 5 : Lain-lain Hal
5.1 Setiausaha dan Pengerusi memaklumkan bahawa untuk apa-apa aktiviti surau janganlah sampai terlalu mengikut protokol kerana fungsi surau sebagai rumah Allah berkehendak segala yang dilakukan atas dasar Lillallah Taala. Pengerusi berharap untuk kaedah komunikasi, setiausaha akan mengguna pakai pelbagai cara yang difikirkan relevan seperti selain daripada menggunakan cara lama iaitu surat menyurat, kaedah pemberitahuan di papan kenyataan, di laman blog surau dan sms melalui telipon juga akan dianggap sebagai salah satu kaedah penyampaian sesuatu aktiviti surau termasuk mesyuarat AJK; sesuai dengan peredaran zaman IT sekarang ini.
5.2 Berkenaan masalah sampah yang tidak dikutip oleh kontraktor ARAH, mesyuarat memutuskan untuk berunding secara diplomasi dulu dengan pihak-pihak berkenaan sebelum mengatur satu sesi dialog yang akan melibatkan SUK, SWM dan ARAH jika didapati masalah masih berlanjutan. Perkara ini akan ditangani oleh persatuan penduduk.
5.3 Sempena kadatangan bulan ramadhan nanti, seperti biasa pihak surau akan menganjurkan tahlil yang akan dipimpin oleh Ustaz Awal. Borang tahlil akan disediakan oleh setiausaha.

Tindakan : Makluman

6.    Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.


Laporan disediakan oleh :                                                                  Disemak oleh :



……………………………..                                                         ……………………………..
     Tajol Ariffin Hasan                                                               Abdul Ghani bin Mansoor

          Setiausaha                                                                                   Pengerusi





Tarikh            :           03hb  Feb 2013
Masa              :           09.00 Malam
Tempat          :           SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
Kehadiran     :           30 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan jemaah yang hadir. Jemaah yang bukan AJK juga dianggap AJK secara automatik kerana pengerusi beranggapan surau ini adalah rumah Allah dan milik semua muslimin dan muslimat.
1.2 Pengerusi juga menginsafi kekurangan diri sementelah beliau baru menerajui pentadbiran surau. Justeru beliau berharap barisan AJK lama dan baru saling berganding bahu bantu membantu demi melicinkan perjalanan dan pentadbiran surau. Tidak lupa juga beliau berharap moga mantan pengerusi dan bendahari memberikan kerjasama dan bantuan-bantuan yang dirasakan perlu.
1.3 Beliau juga memaklumkan mesyuarat AJK akan dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun berdasarkan arahan pejabat agama Negeri Sembilan.
1.4 Sebelum meneruskan mesyuarat, Pengerusi meminta ustaz Mohd Awal Mangsor membacakan doa mohon keberkatan dan kesejahteraan.


2.    Agenda 2 : Post Mortem Sambutan Maulidur Rasul
2.1 Pengerusi memaklumkan untuk sementara waktu beliau akan menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan akaun simpan kira surau bersama-sama bendahari yang baru dilantik. Beliau juga berharap mantan bendahari lama bersedia memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu.
2.2 Jumlah perolehan Maulidur Rasul berupa kutipan derma dan sumbangan ialah RM1082.00. Jumlah derma penduduk muslimin dan muslimat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ialah RM582.00. Sumbangan daripada kontraktor, KRT dan Ybhg Dato’ Bahrain ialah RM500.00.
2.3 Kos perbelanjaan Maulidur Rasul akan dikira kemudian. Segala resit pembelian ada ditangan pengerusi.
2.4 Pengerusi mengharapkan jika ada apa-apa cadangan untuk menambah baik sambutan Maulidur Rasul pada masa-masa akan datang, harap dapat diusulkan kepadanya.

Tindakan : Makluman


3.    Agenda 3 : Status Infrastruktur Surau
3.1 Berkenaan tiang pintu pagar yang telah rosak, pengerusi telah berhubung dengan pihak kontraktor dan pihak kontraktor akan membaik pulih tiang pintu pagar itu semula.
3.2 Pemasangan bidai atau awning bagi menghalang tempias air hujan membanjiri ruang luar surau akan diatasi segera sebaik surau memperolehi dana.
3.3 Peralatan memasak, pinggan mangkuk juga akan diaudit untuk menentukan mana-mana yang perlu ditambah atau dibeli baru. Bagaimanapun semua ini akan bergantung kepada status kewangan semasa surau.

Tindakan : Makluman


4.    Agenda 4 : Hal-hal Lain/cadangan
4.1 Status AIM yang menggunakan surau sebagai lokaliti aktivitinya. Pengerusi telah mendapatkan keterangan daripada mantan Pengerusi, Hj, Ruzali Said. Hj. Ruzali Said memaklumkan AIM telah menampung bayaran bil eletrik surau sebagai salah satu tanggunjawabnya kerana menggunakan kemudahan surau.
4.2 Menurut Pn. Sarimah Othman pula, RM1.00 akan dikutip ke atas setiap ahli AIM yang hadir pada hari aktiviti mereka dijalankan dan hasil kutipan tersebut akan digunakan untuk menampung bayaran bil eletrik. Jika terkurang, Hj. Ruzali said akan menampung kekurangan tersebut.
4.3 Setiausaha surau, En Tajol Ariffin Hasan pula memaklumkan kepada Pengerusi, untuk tahun kewangan 2012 lalu, pihak surau hanya membayar bil eletrik cuma sekali sahaja (Bulan Mei – RM67.00).
4.4 Ustazah Mah mencadangkan agar diadakan kelas fardhu ain. Pengerusi dan barisan AJK bersetuju dengan cadangan tersebut. untuk permulaan, kelas fardhu ain mungkin akan dijalankan sebulan sekali. Jika ada sambutan, jumlah kekerapan kelas fardhu ain tersebut akan ditambah.
4.5 Pn. Sarimah Othman mencadangkan diadakan kutipan bulanan sebagai salah satu cara menambah dana surau. Kutipan berjumlah RM1.00 dicadangkan. Kaedah kutipan boleh sahaja sebulan sekali, 6 bulan sekali atau setahun sekali berdasarkan mana yang lebih mudah. Pihak surau pada dasarnya bersetuju dengan cadangan ini. Setiausaha akan mengeluarkan satu surat rasmi pemberitahuan kepada muslimin dan muslimat tentang kutipan yang akan diadakan nanti.
4.6 Ustaz Mohd Awal Mangsor pula menyeru muslimin dan muslimat sentiasa memakmurkan surau terutama ketika solat subuh kerana menurut beliau, jemaah solat subuh amat mendukacitakan.
4.7 En. Nekmat Takin mencadangkan diadakan tabung kutipan khas agar jemaah yang bersolat di surau terutama jemaah dari luar, mempunyai saluran untuk menderma. Pengerusi dan barisan AJK bersetuju dengan cadangan tersebut. Pengerusi memohon kepada barisan AJK agar mendapatkan sebut harga tabung derma tersebut.
4.8 Ustaz Mohd Awal Mangsor berharap dapat kiranya jemaah muslimin dan muslimat datang beramai-ramai untuk bersolat subuh secara berjemaah. Buat masa sekarang, kehadiran jemaah pada waktu subuh amat mendukacitakan.
4.9 Setiausaha memaklumkan segala maklumat berkenaan surau termasuk aktiviti semasa, minit mesyuarat, laporan kewangan dan taqwim ada dipaparkan dalam laman blog surau. Menurut beliau, laman blog surau sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.
4.10     Pengerusi menyeru agar barisan AJK memastikan pada setiap kali berakhir program, dipastikan kebersihan surau, peralatan dan sebagainya dikemas dan dibersihkan sebelum pulang.
4.11     Pn. Raja Diwi memaklumkan satu program khas untuk kaum wanita akan diadakan pada 7/2/2013 bersamaan hari khamis jam 2:30 petang. Pengisian program itu adalah bacaan yassin beramai-ramai. Program dijangka akan dihadiri oleh ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah, Ybhg. Pn. Habsah Hamid.

Tindakan : Makluman


5.    Ucapan Penangguhan
5.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.15 malam.



Laporan disediakan oleh :                                                                  Disemak oleh :



……………………………..                                                         ……………………………..
     Tajol Ariffin Hasan                                                               Abdul Ghani bin Mansoor
          Setiausaha                                                                                   Pengerusi





Tarikh            :           11hb. Jan 2013
Masa              :           09.00 Malam
Tempat          :           SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
Kehadiran     :           31 orang (Seperti Lampiran   A)


1.    Agenda 1 : Pelantikan Pengerusi Mesyuarat
1.1 Mesyuarat Agung Tahunan Surau Infitah Al-Khairiah berlangsung sebaik usai solat berjamaah maghrib. Mesyuarat ini bertujuan melantik barisan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 – 2014.
1.2 Hj. Ruzali Said telah dilantik untuk mempengerusikan mesyuarat agung Surau Infitah Al-Khairiah 2013.
1.3 En. Tajol Ariffin Hasan pula dilantik menjadi setiausaha mesyuarat.

2.    Agenda 2 : Ucapan  Pembukaan Pengerusi Mesyuarat.
2.1 Pengerusi mengingatkan sesiapa sahaja yang dilantik dalam barisan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 – 2014 ini hendaklah bertanggungjawab dan sentiasa mengimarahkan surau jika ada waktu terluang. Pengerusi tidak mahu kehadiran mereka pada malam mesyuarat agung ini sekadar untuk mendapatkan tempat dalam barisan AJK 2013 - 2014.

Tindakan : Makluman

3.    Agenda 3 : Pelantikan Barisan AJK 2013 – 2014.
3.1 Format Mesyuarat Agung Tahunan kali ini adalah mengikut pelantikan secara berkumpulan. Format ini digunakan untuk menjimatkan masa memandangkan mesyuarat dibuat selepas selesai maghrib dan diharapkan selesai sebelum masuk waktu isyak.
3.2 Pencalonkan kumpulan pertama dicadangkan oleh Pn. Raja Diwi Sulong dan disokong oleh En. Khairi Jahim. Manakala pencalonan kumpulan kedua dicadangkan oleh Hj. Shamsudin Abu dan disokong oleh Pn. Sarimah Othman.
3.3 Berikut keputusan undian yang telah dibuat :-

BIL
JAWATAN
CALON
DICALONKAN OLEH
DISOKONG OLEH
JUMLAH UNDI
PEMENANG
1
Pengerusi
Hj. Ruzali bin Said
Hj. Shamsudin bin Abu
Pn. Sarimah bte Othman
6
Abd. Ghani bin Mansoor
Abd. Ghani bin Mansoor
Pn. Fatimah bte Syidtamiah
En. Abu Bakar bin Suliman
19
2
Setiausa
En. Tajol Ariffin bin Hasan
Kumpulan Pertama
Sebulat suara
En. Tajol Ariffin bin Hasan
3
Bendahari
Pn. Nor Azah bte Baharin
Kumpulan Pertama
Sebulat suara
Pn. Nor Azah bte Baharin
Pn. Normala bte Al Atas
Kumpulan Kedua
-
Pn. Sarimah bte Othman
Kumpulan Kedua
-
4
AJK
Jemaah mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Nekmat bin Takin agar semua yang hadir mesyuarat pada malam itu secara automatik dilantik menjadi AJK bagi sesi Pentadbiran 2013 hingga 2014 


Tindakan : Makluman


4.    Agenda 4 : Kemaskini Akuan Surau Di Bank Islam Malaysia Berhad.
4.1 Susulan dari pertukaran beberapa orang pemangku AJK 2012, maka jemaah mesyuarat bersetuju pertukaran penama di Bank Islam Malaysia Berhad (Seremban) dibuat dengan kadar segera.
4.2 Butiran pertukaran tersebut adalah seperti di bawah : -
BIL
JAWATAN
NAMA
NO KAD PENGENALAN
1
Pengerusi
Abd. Ghani bin Mansoor
660908-05-5049
2
Setiausaha
Tajol Ariffin bin Hasan
670204-04-5271
3
Bendahari
Nor Azah bte Baharin
590930-05-5474


5.    Agenda 5 : Laporan Sesi Pentadbiran Tahun Lalu (2011- 2012).
i) Laporan Kewangan
5.1 Bendahari memaklumkan akaun surau dari bulan Januari 2012 hingga bulan December 2012 adalah seperti berikut :

BIL
PERKARA
RM
1
Baki dibawa ke hadapan ….
1,906.05
2
Perolehan 2012 dari pelbagai sumber
13,182.33

JUMLAH BESAR
15,088.38



1
Perbelanjaan 2012 untuk pelbagai aktiviti
10,431.80
2
Baki wang ditangan
280.00
3
Baki wang di Bank Islam Seremban
4,376.58

JUMLAH BESAR
15,088.38


Tindakan : Makluman

ii) Aktiviti Yang Telah Dijalankan
5.2 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun pentadbiran 2012 lalu.

BIL
BULAN
AKTIVITI
1
11 Feb
Sambutan Maulidur Rasul (Perarakan dan Ceramah)
2
25 Feb
Gotong Royong bersama KRT
3
11 Jun
Mesyuarat AJK membincangkan majlis sambutan Israk Mikraj
4
16 Jun
Israk Mikraj (Ceramah – Ustaz Solihin)
5
04 Julai
Sambutan Nifsu Syaaban (Yassin)
6
15 Julai
Kenduri dan tahlil sempena kedatangan awal ramadhan
7
05 Ogos
Nuzul Quran, majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan raya kepada warga emas, OKU, ibu tunggal dan kanak-kanak di bawah 17 tahun.
8
08 Sept
Rumah terbuka KRT
9
28 Okt
Majlis qurban
10
14 Nov
Sambutan Awal muharam/maal hijrah

 4.3 Laporan akaun dan aktiviti 2012 telah dicadang untuk disahkan oleh En. Abd. Ghani bin Mansoor dan disokong oleh Pn. Sarimah bte Othman.

Tindakan : Makluman





6.    Agenda 6 : Perkara Berbangkit
6.1 Tiada

Tindakan : Makluman

7.    Agenda 7 : Lain-lain Hal
7.1 Tiada.

Tindakan : Makluman

8.    Agenda 8 : Ucapan Aluan Pengerusi Baru
8.1 En. Abd. Ghani bin Mansoor selaku pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah yang baru dilantik mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jemaah yang hadir dalam mesyuarat agung surau dan telah melantik beliau mengetuai pentadbiran surau bagi sesi 2013 hingga 2014.

8.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari seluruh barisan AJK yang baru dilantik untuk sama-sama berganding bahu mengimarahkan surau seterusnya memastikan surau meneruskan pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan diatur sepanjang tahun ini.

Tindakan : Makluman


9.    Agenda 9 : Ucapaan Penanguhan
9.1 Pengerusi mesyuarat sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Mesyuarat Agung ini telah ditangguhkan pada pukul 08.35 malam.



Laporan disediakan oleh :                                                                  Disemak oleh :



……………………………..                                                         ……………………………..
  Tajol Ariffin bin Hasan                                                             Abdul Ghani bin Mansoor                                                          
         Setiausaha                                                                                     Pengerusi



LAMPIRAN A

KEDATANGAN :

  1. HJ. RUZALI BIN SAID                               (BLOK C37)
  2. TAJOL ARIFFIN BIN HASAN                  (BLOK D05)
  3. SAMSUL BAHARI BIN HUSSIN                         (BLOK D35)
  4. MOHD. RADZI BIN AKIB                          (BLOK C19)
  5. NEKMAT BIN TAKIN                                 (BLOK C20)
  6. ABU BAKAR BIN SULIMAN                    (BLOK C13)
  7. KHAIRI BIN JAHIM                                                (BLOK D48)
  8. ABD. GHANI BIN MANSOOR                  (BLOK F10)
  9. NORFITRI BTE SARIF                              (BLOK F10)
  10. HAZLIN BTE M. ROMZI                            (BLOK E23)
  11. JAMILAH BTE TAAT                                  (BLOK F03)
  12. PADILAH BTE MUSTAFA                                    (BLOK E40)
  13. NORMAH BTE DOLLAH                          (BLOK E08)
  14. NORHISHAM BTE HJ. ITHNIN                (BLOK D05)
  15. KHARIAH BTE HJ. ABAS                                    (BLOK C14)
  16. ERZANTINA BTE HASHIM                      (BLOK E42)
  17. ROSMAWATI BTE HAMIM                       (BLOK F15)
  18. ZAITON BTE HASSAN                             (BLOK B22)
  19. MASNAH BTE NORDIN                           (BLOK C34)
  20. ROSMAH BTE SALLEH                           (BLOK B18)
  21. RAHMAH BTE IBRAHIM                          (BLOK C12)
  22. MAIMUNAH BTE HJ. ABU TALIB           (BLOK C20)
  23. RAJA DIWI BTE SULONG                       (BLOK C36)
  24. FATIMAH BTE SYIDTAMIAH                   (BLOK F13)
  25. NOR AZAH BTE BAHARIN                     (BLOK F48)
  26. NORMALA BTE AL ATAS                                    (BLOK B02)
  27. ZAINUN BTE AHMAD                               (BLOK C02)
  28. HALIMAH BTE HASSAN                          (BLOK B02)
  29. HJ. SHAMSUDIN BIN ABU                      (BLOK B02)
  30. SARIMAH BTE OTHMAN                                     (BLOK B01)
  31. YASHIMAH BTE YAAKOP                       (BLOK F16)



SENARAI AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
SESI 2011-2012


PENGERUSI : EN. RUZALI BIN SAID
(014-2658 952)
SETIAUSAHA : EN. TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
(012-3748 376)
BENDAHARI : PN. NORHISHAM BT. HJ ITHNIN
(017-2769 419)

BARISAN AJK :
1) EN. MOHAMAD RADZI BIN AKIB
2) EN. MOHD YUSOH BIN SIRAT
3) EN. NEKMAT BIN TAKIN
4) EN. MADIN BIN BAKAR
5) EN. ABU KASSIM BIN MOHAMAD
6) EN. KHAIRI BIN JAHIM
7) EN. ARZREEN BIN ABAS
8) PN. HAMIDAH BT. BASHAR
9) PN. NORMALA BT. AL-ATAS
10) PN. JAMILAH BT. TAAT
11) PN. AZILA BT. ALIAS
12) PN. RODIAH BT. MAJID
13) PN. MAIMUNAH BT. HJ ABU TALIB
14) PN. NOR AZAH BT. BAHARIN
15) PN. SITI ROHANI BT. MISKAN
16) PN. CIK PUTEH BT. BUNGSU
17) PN. RAJA DIWI BT. SULONG
18) PN. CHE MAH BT. JAAFAR
19) PN. AZIZAH BT. MAHMUD
20) PN. SARIMAH BT. OTHMAN
21) PN. PARIDAH BT. HJ. HAMID








MINIT MESYUARAT AJK SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH KALI KE 2 (2011)

Tarikh            :           25hb. Mac 2011
Masa              :           09.00 Malam
Tempat          :           SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
Kehadiran     :           21 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan jemaah yang hadir.
1.2 Sebelum memulakan mesyuarat, Pengerusi meminta imam 1 membacakan doa mohon keberkatan dan kesejahteraan.

2.    Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.1 Pengerusi meminta minit mesyuarat lalu disahkan sebelum dibahas.
2.2 En. Abdul Ghani Mansoor mencadangkan minit mesyuarat kali pertama (2011) itu diluluskan. Ia di sokong Pn. Norhisham Hj Ithnin.

Tindakan : Makluman

3.    Agenda 3 : Laporan Kewangan
3.1 Bendahari memaklumkan akaun surau dari bulan Januari 2011 hingga bulan Febuari 2011 adalah seperti berikut. (Satu salinan kepada semua AJK telah disertakan).

3.1.1 Jumlah Wang Masuk
(Derma/Baitulmal/Pej. Menteri Besar)                          -         RM56,758.17
3.1.2 Jumlah Wang Keluar                                            -         RM41,968.60
3.1.3 Baki Wang ditangan                                                         -         RM       60.00
3.1.4 Baki Wang di bank                                                -         RM13,429.57
3.2 Bendahari memaklumkan laporan kewangan surau disediakan setiap bulan dengan pengesahan dan tanda tangan dari pemeriksa kira-kira.
3.3 Pengerusi memaklumkan tidak perlu laporan bulanan memadai ia dibentang semasa mesyuarat AJK yang diadakan 4 kali setahun sebagaimana mengikut peruntukan dalam perlembagaan sebuah pertubuhan.
(Rujuk Fasal 11 Perkara 6)

Tindakan : Makluman

4.    Agenda 4 : Laporan Aktiviti
i) Aktiviti Lalu
4.1 Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan kerjasama KRT, RELA dan UMNO Cawangan. Perarakan telah diadakan dengan pembabitan lebih kurang 100 orang jemaah. Ceramah khas Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Mohd Daniel Ibrahim selepas solat maghrib.

Tindakan : Makluman

ii) Aktiviti Semasa
4.2 Kelas mengaji dan fardhu ain percuma telah diadakan bermula 21hb Mac. Ia dikendalikan oleh Ustazah Mah bte Jaafar.

Tindakan : Makluman

iii) Aktiviti Akan Datang/Cadangan
4.3 Majlis gotong royong membersihkan surau akan diadakan pada 24hb April 2011. Semua jemaah dijemput hadir memberikan kerjasama.



Tindakan : Makluman/ Biro Kebersihan dan Keceriaan

5.    Agenda 5 : Perkara Berbangkit
5.1 Pengerusi dan AJK sebulat suara meluluskan agenda 6 dalam minit mesyuarat lalu kecuali perkara 6.5.1.
5.2 Beliau juga mengingatkan kembali sebarang pembelian peralatan surau yang mempunyai amaun yang tinggi perlu mendapat kelulusan Pengerusi dan AJK terlebih dahulu.

Tindakan : AJK

5.3 Pengerusi memaklumkan sumbangan kewangan untuk majlis perkahwinan AJK (anak-anak mereka sahaja) akan diberikan sebagai menghargai jasa mereka dalam pentadbiran surau.

Tindakan : Makluman

6.    Agenda 6 : Lain-lain Hal
6.1 Pengerusi memaklumkan Skim Khairat Kematian masih terbuka. Skim Khairat itu juga telah mendapat kelulusan dari ROS dan salinan sijil sah pendaftarannya telah ditampal di papan kenyataan.
6.2 Pn. Raja Dewi mencadangkan kutipan RM1.00 dipraktikan semula seperti dulu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan majoriti. Kaedah kutipan adalah mengikut blok. Wakil blok yang ditentukan adalah seperti berikut :-

Blok B – Pn. Sarimah
Blok C – Pn. Zariah Manap
Blok D – Pn Norsyam Hj. Ithnin
Blok E – Pn. Rogayah Sazar Ali
Blok F -

6.3 Pn Sarimah memaklumkan Jiran Wanita KRT akan menganjurkan satu aktiviti
Tindakan : AJK/Makluman

7.    Ucapan Penangguhan
7.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.15 malam.



Laporan disediakan oleh :                                                                  

                                                   
Abdul Ghani bin Mansoor                                                          
Setiausaha                                                                                             

Disemak oleh : 
Mohd Awal bin Mangsor
Pengerusi









Tarikh : 09hb. Jan 2011

Masa : 09.00 Malam

Tempat : SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH

Kehadiran : 27 orang


1. Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah merangkap Imam 2 surau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK.
1.2 Pengerusi memaklumkan Setiausaha surau lambat hadir kerana terbabit dalam majlis tahlil sempena Hari Keputeraan Tunku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Masjid Negeri.
1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, Pengerusi membacakan doa mohon keberkatan dan kesejahteraan.

Tindakan : Makluman

2. Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.1 En. Tajol Ariffin Hasan selaku Timbalan Setiausaha membacakan minit mesyuarat yang lalu untuk pengesahan. Salinan minit telah diberikan kepada semua AJK.
2.2 En. Nekmat Takin mencadangkan minit mesyuarat itu diluluskan dan Pn. Ana Hashim menyokong.

Tindakan : Makluman

3. Agenda 3 : Laporan Kewangan
3.1 Pn Norhisham bte Hj. Ithnin, Bendahari surau Infitah Al-Khairiah memaklumkan akaun surau yang berakhir pada 31hb Dec, 2010 adalah seperti berikut. (Satu salinan kepada semua AJK telah disertakan).
3.1.1 Jumlah Wang Masuk
(Derma/Baitulmal/Hibah/Pej. Menteri Besar) - RM53,304.18
3.1.2 Jumlah Wang Keluar - RM42,559.01
3.1.3 Baki Wang ditangan - RM 45.00
3.1.4 Baki Wang di bank - RM8,700.18

3.2 Pengerusi mengingatkan kepada bendahari segala perbelanjaan hendaklah beserta dengan resit. Bendahari memaklumkan semua resit-resit ada dalam simpanan beliau.

3.3 Imam 1 merangkap Timbalan Pengerusi mencadangkan agar diadakan buku lejar bagi mencatatkan urusan wang keluar masuk dan ia hendaklah disahkan setiap bulan oleh pemeriksa kira-kira. Ia untuk memudahkan penyediaan laporan tahunan akaun surau.

3.4 En. Tajol Ariffin bin Hasan mencadangkan laporan kewangan ini disahkan manakala En Ruzali Said menyokong.

Tindakan : Makluman

4. Agenda 4 : Laporan Aktiviti

i) Aktiviti Lalu
4.1 Salinan laporan aktiviti sepanjang tahun 2010 telah diberikan kepada semua AJK. Timbalan Setiausaha turut memaklumkan segala laporan dan aktiviti surau boleh juga dirujuk dan dibaca menerusi laman blog surau.

Tindakan : Makluman

ii) Aktiviti Semasa
4.2 Tiada aktiviti semasa dilaporkan.

Tindakan : Makluman

iii) Aktiviti Akan Datang/Cadangan

4.3 Program bersama Badan Kebajikan dan UMNO Cawangan untuk menganjur Hari Keluarga/Riadah Keluarga akan dibincangkan pada satu mesyuarat khas bertarikh 13hb Januari, 2011 (selepas tahlil/bacaan yasin).

5. Agenda 5 : Perkara Berbangkit
5.1 Pengerusi memaklumkan untuk tahun 2011, segala projek-projek surau hendaklah di bawah seliaan AJK surau secara giliran. Tidak dibenarkan hanya AJK-AJK tertentu sahaja menyelia sesuatu projek. Ini untuk mengelakkan jemaah ramai menganggap AJK ada kepentingan peribadi terhadap sesuatu projek.

Tindakan : AJK

5.2 Timbalan Pengerusi menyentuh tentang program/majlis surau yang bertindih. Beliau mahu AJK memastikan tiada program yang dijalankan secara bertindih di masa akan datang. Sebagai contoh program ceramah israk mikraj yang disekalikan dengan majlis ceramah sempena kehadiran bulan ramadhan. Beliau mahukan jemaah dapat fokus terhadap sesuatu ceramah.

Tindakan : AJK

5.3 Puan Ina Kasim yang juga Biro Kebajikan dan Kewangan menyentuh tentang kebersihan surau. Beliau mencadangkan dilantik seseorang untuk memastikan kebersihan surau dan diberikan imbuhan saguhati. Peruntukan saguhati itu diambil dari AIM sebanyak RM20.00 sebulan manakala RM20.00 lagi diberikan kepada pemotong rumput. En Ruzali Said mencadangkan tugas itu diberikan kepada En. Mohamad Yusof dan dibantu oleh mana-mana AJK yang ada kelapangan. Skop kerja bukanlah setiap hari tetapi berdasarkan keadaan kebersihan semasa surau.

5.4 Pengerusi bertanyakan status bangunan yang diguna pakai oleh muslimah. Pn Ina Kasim menjelaskan ia akan diserahkan semula kepada pihak surau sebaik kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

Tindakan : Makluman.

6. Agenda 6 : Lain-lain Hal
6.1 Pengerusi mencadangkan pembelian pinggan mangkuk baru. Beliau juga menegur penggunaan pinggan pakai buang kerana merasakan pinggan-pinggan yang sedia ada tidak digunakan dan membazir sahaja. Bagaimanapun beliau faham jika digunakan pinggan-pinggan sedia ada, akan timbul masalah untuk mencuci pinggan-pinggan tersebut kerana berdasarkan keadaan lalu, hanya orang-orang yang sama sahaja bertugas mencuci pinggan. Pengerusi mencadangkan ia dibuat secara giliran dan sedikit imbuhan diberikan berdasarkan keadaan kewangan semasa surau. Imbuhan yang diberikan dengan harapan dapat menarik orang ramai untuk sama-sama membantu mencuci pinggan secara giliran.

6.2 En. Nekmat mencadangkan papan tanda lama surau (signboard) dipasang di kawasan yang difikirkan sesuai di sekitaran surau. Beliau juga mencadangkan diadakan peti/tabung derma yang lebih sesuai menggantikan peti/tabung derma lama.

6.3 Pn Padilah mencadangkan tirai langsir yang memisahkan antara jemaah lelaki dan wanita ditukar baru kerana tirai yang ada sekarang telah lusuh.

6.4 Timbalan Setiausaha mencadangkan pembelian peti cadangan untuk tujuan jemaah menghantar segala bentuk cadangan/komen kepada pihak pentadbiran surau.

6.5 Timbalan Pengerusi mencadangkan :-

1. Pembelian set AV (TV dan VCD). Ia untuk digunakan bagi mendengar dan menonton VCD agama (Ceramah/bacaan Al Quran) pada waktu senggang. (Selepas solat maghrib, sementara menunggu solat isyak).

2. Pemasangan kubah untuk lebih menonjolkan identiti surau.

3. Pemasangan lampu limpah (spot light) pada papan tanda di pagar surau.

6.6 Pengerusi memaklumkan suatu mesyuarat khas antara Surau Infitah Al-Khairiah dengan Surau Sri Mawar 1 akan diadakan untuk membincangkan pelaksanaan Skim Khairat. Skim ini dicadang untuk dilaksanakan secara bersama antara 2 kariah.

Tindakan : AJK/Makluman

7. Agenda 6 : Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.

Laporan disediakan oleh :


……………………………..
Abdul Ghani bin Mansoor
Setiausaha


Disemak oleh :


……………………………..
Mohd Awal bin Mangsor
Pengerusi








 MINIT MESYUARAT AJK SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH KALI KE 4 (2010) 

Tarikh            :           19hb. Ogos 2010
Masa              :           10.00 Malam
Tempat          :           SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH
Kehadiran     :           13 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 En. Mohd Awal Mangsor selaku pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah merangkap Imam 2 surau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua AJK. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut ramadhan.
1.2 Pengerusi menyarankan agar pada setiap kali mesyuarat AJK surau, ia dimulai dengan bacaan doa mohon keberkatan Allah SWT. Kemudian pengerusi sendiri membacakan doa sebelum memulakan mesyuarat.

Tindakan : Makluman

2.    Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.1 En. Abdul Ghani Mansoor selaku Setiausaha membacakan minit mesyuarat kali ke 3 sepintas lalu untuk pengesahan.
2.2 En. Tajol Ariffin bin Hasan mencadangkan minit mesyuarat kali ke 3 itu diluluskan dan Pn. Raja Dewi bte Sulong menyokong.

Tindakan : Makluman

3.    Agenda 3 : Laporan Kewangan
3.1 Pn Norhisham bte Hj. Ithnin, Bendahari surau Infitah Al-Khairiah memaklumkan akaun surau bagi bulan Jun hingga Julai adalah seperti berikut. (Satu salinan kepada semua AJK telah disertakan)

3.1.1 Jumlah Wang Masuk
(Derma/Baitulmal/Hibah/Pej. Menteri Besar)             -         RM33,522.20
3.1.2 Jumlah Wang Keluar                                            -         RM29,798.00
3.1.3 Baki Wang ditangan                                                         -         RM       -
3.1.4 Baki Wang di bank                                                -         RM23,724.20
3.2 Penolong Setiausaha En. Tajol Ariffin bin Hasan memaklumkan sebanyak 4 kertas kerja mohon peruntukan dari Baitulmal telah dihantar. 2 dari kertas kerja tersebut telah diluluskan iaitu peruntukan untuk mengubah suai surau termasuk menambah kelengkapan surau diluluskan sebanyak RM8,000.00 dan 1 kertas kerja mohon peruntukan moreh sempena bulan ramadhan juga diluluskan sebanyak RM1,000.00. 2 lagi kertas kerja masih menunggu kelulusan iaitu kertas kerja mohon peruntukan taqwim tahunan (6 bulan) dan mohon peruntukan israk mikraj. Manakala 2 lagi kertas kerja kepada Adun Bagan Pinang iaitu kertas kerja mohon peruntukan taqwim dan kertas kerja mohon peruntukan untuk dana sumbangan ramadhan juga masih dalam proses penilaian Adun.

Tindakan : Makluman

4.    Agenda 4 : Laporan Aktiviti
i) Aktiviti Lalu
4.1 Program sambutan dan ceramah Israk Mikraj, Nisfu Sya’aban dan Awal Ramadhan telah diadakan pada 22hb Julai. Ceramah disampaikan oleh Kadi Rembau.
4.2 Majlis bacaan yassin dan doa sempena Nisfu Sya’aban telah diadakan pada 26hb Julai. Bacaan yassin telah dipimpin oleh Imam 2 Surau Infitah Al-Khairiah.

Tindakan : Makluman

ii) Aktiviti Semasa
4.3 Sempena bulan ramadhan ini Surau Infitah Al-Khairiah mengadakan solat sunat tarawih pada setiap malam.
4.4 Majlis tahlil aruah sebagaimana yang telah dirancang pada mesyuarat lalu, juga telah diadakan hampir sepanjang malam selepas solat sunat tarawikh.
4.5 Pihak surau Infitah Al-Khairiah sama ada melalui sumbangan orang perseorangan ataupun dengan sendirinya telah mengadakan jamuan moreh ramadhan pada setiap malam sepanjang bulan ramadhan.

Tindakan : Makluman

iii) Aktiviti Akan Datang/Cadangan
4.6 Program membuat bubur lambuk secara gotong royong dicadang untuk diadakan pada 27hb Ogos bersamaan hari jumaat. Pn. Raja Dewi memaklumkan peruntukan diperolehi dari YB Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Timb. Ketua UMNO Bahagian Rasah).
4.7 Program membuat bubur lambuk secara gotong-royong kali kedua dicadang untuk diadakan pada 5hb September bersamaan hari Ahad. Program akan dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Hasim bin Rusdi. En. Abdul Ghani Mansoor memaklumkan peruntukan diperolehi dari JASA.
4.8 Majlis berbuka puasa akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 27hb Ogos dan 5hb September.
4.9 Cadangan pemberian sumbangan hari raya akan diadakan bersempena majlis berbuka puasa pada 5hb September. Seramai 22 orang yang dicadangkan untuk menerima sumbangan iaitu :-



1.    Pn. Zubaidah Rasip
2.    Pn. Junaidah
3.    Pn. Norizam Razali
4.    Pn. Shasha Baharin
5.    Pn. Kamsiah Idris
6.    Pn. Puteh Bongsu
7.    Pn. Rogayah Sazar Ali
8.    Pn. Jamaliah
9.    Pn. Rodiah Majid
10. Pn. Serpiah Sa’ad
11. Pn. Kariah Abas
12. Pn. Rahmah Ibrahim
13. Pn. Sharipah Nor Azam
14. Ustazah Mah
15. Pn. Marona Sa’aban
16. Pn. Ani Lan
17. Pn. Timah
18. Pn. Fadilah Mustapa
19. Pn. Norita
20. Pn. Azizah Mahmud
21. Pn. Norsiah
22.  



Tindakan : Semua AJK


5.    Agenda 5 : Lain-lain Hal
5.1 Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya;
1.    Cadangan membaiki atau membeli baru set peralatan PA System, menambak tanah di bahagian belakang/berhampiran mimbar.
2.    En. Nekmat Takin menyarankan agar sistem pendawaian eletrik surau diselenggara semula kerana sering kali terdapat gangguan ‘spark’ pada fius hadapan. Begitu juga masalah air-cond bahagian perempuan yang sering ‘trip’.
3.    En. Tajol Ariffin Hasan mohon papan kenyataan dibeli baru.
4.    En. Abdul Ghani Mansoor mohon ditambah kabinet untuk menyimpan segala borang. Beliau juga menyarankan diadakan Carta Organisasi Surau
5.    Kariah muslimah mohon ‘stand’ untuk menggantung telekung.

Tindakan : Makluman

6.    Agenda 6 : Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.



Laporan disediakan oleh :                                                     


……………………………..                                           
Abdul Ghani bin Mansoor                                              
Setiausaha      

Disemak oleh :         
                                                                 

……………………………..
Mohd Awal bin Mangsor
Pengerusi