JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Khamis, 17 Mac 2011

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Pengerusi memaklumkan Skim Khairat Kematian gabungan Surau Infitah Al-Khairiah, Surau Sri Mawar 1 dan Surau Sri Mawar 2 telah didaftar. Penyertaan dari penduduk masih dibuka dengan kadar bayaran tidak berubah iaitu RM10.00 yuran kemasukan dan RM5.00 yuran tahunan.

Senarai peserta Skim Khairat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

  1. NEKMAT BIN TAKIN
  2. NAHARUDIN BIN PALIL (D18)
  3. MOHD YUSUF BIN SIRAT (C12)
  4. HASANAH BIN PACKER (D17)
  5. NORIZAH BTE SHARIF (E34)
  6. HERMAN BIN ABD LATIF (E33)
  7. UMI SALMAH BTE ISMAIL (D45)
  8. MOHD NORDIN BIN SHARIF
  9. MADIN BIN BAKAR (B22)
  10. TAJOL ARIFFIN BIN (D05)
  11. AZIZAH BTE MAHMUD (E11)
  12. AZIZAH BTE ABU BAKAR (B19)
  13. SHAMSUDIN BIN ABU (B06)
  14. RUZALI BIN SAID (C37)
  15. FARIDAH BTE HJ. HAMID (C38)
  16. MD. ZAHAR BIN OTHMAN (F15)
  17. KHAGARU@KHARIAH BTE HJ. ABAS (C14)
  18. MAT DIN BIN MAAROF (C02)
  19. RAHMAT BIN MOHD JONID (B11)
  20. SAPIAN BIN MAJID (C10)
  21. WAN SUHAIMI BIN WAN SULAIMAN (E48)
  22. AZILA BTE ALIAS (E37)
  23. NORMALA BTE AL-ATAS (B02)
  24. RAJA DEWI BTE SULONG (C36)
  25. FARIDAH HANOM BTE SALLEHUDIN (C05)
  26. FATIMAH BTE SHAIDZTAMIAH (F13)
  27. ABDUL GHANI BIN MANSOOR (F11)
  28. MOHD AWAL BIN MANGSOR (F10)

PERLANTIKAN AJK TAMBAHAN

Pengerusi melalui peruntukan kuasa yang ada padanya telah melantik AJK tambahan bagi membantu AJK sedia ada dalam urusan pentadbiran surau yang semakin berkembang dan aktif dengan pelbagai aktiviti. AJK tambahan tersebut terdiri dari seorang lelaki dan 6 orang perempuan.
Berikut senarai AJK tambahan tersebut :
  1. Ustazah Mah
  2. Pn. Norazah Baharin
  3. Pn. Norfitri Sharif
  4. Pn. Puteh Bongsu
  5. Pn. Wok
  6. En. Khairi Jahim

Kelas Belajar Mengaji Dan Fardhu Ain.

Akhirnya, melalui peruntukan yang diperolehi dari Baitulmal; Surau Infitah Al-Khairiah telah dapat membuka kelas mengaji dan belajar fardhu ain. Kelas ini akan bermula pada pertengahan bulan Mac, 2011 dengan tanaga pengajarnya setakat ini cuma seorang iaitu Ustazah Mah. Penduduk-penduduk kawsasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 boleh menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji dan fardhu ain secara percuma kerana pihak surau telah menyediakan elaun khas untuk tenaga pengajarnya.

Untuk peringkat permulaan ini, kelas mengaji akan diadakan pada hari isnin, selasa, khamis dan jumaat manakala kelas fardhu ain pada hari rabu. Kelas dewasa belajar tajwid kemungkinan akan diadakan pada hari sabtu. Masa yang ditentukan untuk kelas mengaji ialah dari pukul 5.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Kelas belajar fardu ain pada hari rabu akan bermula kira-kira pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Diharapkan penduduk-penduduk setempat dapat mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak mereka mengaji dan belajar fardhu ain secara percuma. Semoga Surau Infitah Al-Khairiah terus mendapat berkah Ilahi dan dikunjungi oleh ramai jemaah.

Ahad, 13 Mac 2011

Perpustakaan Mini

Surau Infitah Al-Khairiah telah mewujudkan satu sudut perpustakaan mini. Ia menyediakan koleksi buku-buku agama sumbangan Afaal Resources untuk para jemaah membuat rujukan. Antara koleksi buku-buku tersebut termasuklah kitab fardhu ain, himpunan hadis-hadis pilihan, sirah nabi, ilmu tajwid dan lain-lain. Biarpun kuantiti buku tidak banyak, diharapkan ia menjadi titik tolak kepada AJK untuk berusaha memperbanyakkan lagi koleksi dan mewujudkan satu ruang khas untuk perpustakaan mini tersebut.