JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



KRONOLOGI SURAU

 1993
Surau untuk kegunaan umat Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 hanya bermula dengan sebuah rumah di Blok E yang disewa kerana ketika itu tiada tapak khusus untuk pembinaan surau. Kemudian surau beralih pula ke Blok D seterusnya Blok C.  Dengan daya usaha penduduk dan AJK Surau ketika itu, satu usaha untuk membina sebuah surau di tapak kosong iaitu kawasan tanah di hujung blok B telah dicadangkan. Perkara ini juga telah mendapat perhatian dari Mufti Negeri Sembilan ketika itu iaitu   Sahibus Samahah Dato' Haji Murtadza bin Haji Ahmad. Kutipan sebanyak RM50.00 setiap rumah penduduk beragama Islam  telah dijalankan sebagai usaha pertama ke arah merealisasikan sebuah surau khas untuk kegunaan penduduk Muslimin dan Muslimah. Alhamdulillah! sebuah surau akhirnya dapat dibina pada tahun 1993. Ketika itu ia  hanyalah sebuah bangunan papan.

AJK surau ketika itu ialah

       
    AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 1993
    NO JAWATAN NAMA NO. TEL
    1 Penasihat Ustaz Akib -
    2 Pengerusi Hj. Yusof -
    3 Setiausaha En. Wahab -
    4 Timb. Setiausaha Hj. Shamsuddin -
    5 Bendahari - -

    1995
    Pada tahun 1995, melalui bahan terpakai daripada Surau Taman Bukti yang telah diubahsuai, Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbesarkan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan dana sama ada melalui kutipan derma orang ramai dan memohon peruntukan daripada Baitulmal serta Pejabat Menteri Besar. Akhirnya melalui saranan ADUN Senawang ketika itu, Dato' Woo Ah Lek, satu kertas kerja telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Hj. Ahmad Badawi mohon peruntukan untuk menaik taraf Surau Infitah Al-Khairiah


    2003
    Akhirnya berita mengembirakan diterima daripada Jabatan Pembangunan Negeri Sembilan. Peruntukan sebanyak RM90,000.00 telah diluluskan. Maka pada tahun 2003, berdirilah Surau Infitah Al-Khairiah dengan wajah baru. Surau papan telah digantikan dengan surau batu sepenuhnya. Pentadbiran AJK baru Surau Infitah Al-Khairiah ketika itu ialah,  

    • Hj. Yusof
    • En. Abdullah
    • En. Mohd Nasir
    • En. Roslan
    • En. Baharin
    • Hj. Shamsudin Abu
    Seterusnya setelah beberapa AJK berpindah, maka AJK baru sehingga April, 2010 ialah,

       
    AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 1993
    NO JAWATAN NAMA NO. TEL
    1 Pengerusi Hj. Shamsuddin -
    2 Timb. Pengerusi En. Ruzali Said -
    3 Setiausaha En. Abu Bakar -
    4 Timb. Setiausaha - -
    5 Bendahari En. Yusof -

    2010
    Meskipun Surau Infitah Al-Khairiah telah membangun namun penggunaannya hanyalah diperingkat maksimum kerana ahli kariahnya tidak begitu menumpukan perhatian untuk mengimarahkan surau tersebut. Tambahan pula ramai dikalangan AJK Surau Infitah Al-Khairiah telah berpindah ke kawasan perumahan lain. Menurut laporan daripada Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan, pendaftaran Surau Infitah Al-Khairiah sebenarnya telah ditamatkan pada tahun 2001 kerana tiadanya laporan Mesyuarat Agung Tahunan yang dihantar oleh pihak AJKnya. Status Surau Infitah Al-Khairiah telah diletakan sebagai 'tidak aktif'.

    Sekitar bulan Mac, atas kesedaran dan rasa tanggunjawab Timbalan Pengerusinya, En. Ruzali Said - satu mesyuarat khas untuk menstruktur semula pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah telah dibuat. Lewat tanggal  22hb Mac, 2010 jam 8.30 malam, satu Mesyuarat Agung Kali Pertama - Sesi 2010 telah diadakan di Surau Infitah Al-Khairiah. Kehadiran pada malam itu lebih kurang seramai 25 orang. 

           
    AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 2011
    NO JAWATAN NAMA NO. TEL
    1 Pengerusi En. Mohd Awal Mangsor 016-3018979
    2 Timb. Pengerusi En. Ruzali Said 012-9356581
    3 Setiausaha En. Abdul Ghani Mansoor 013-6016330
    4 Timb. Setiausaha En. Tajol Ariffin Hasan 012-3748376
    5 Bendahari Pn. Norhisham Hj Ithnin 017-2769419
    6 AJK En. Nekmat Takin 06-6777030
    7 AJK En. Mohd Najib Hamim 017-2558476
    8 AJK En. Arzreen Abbas 012-6990050
    9 AJK En. Manap Bakar -
    10 AJK Pn. Raja Dewi Sulong 016-2035332
    11 AJK Pn. Sarimah Osman 017-2399026
    12 AJK Pn. Azila Alias 012-6962013
    13 AJK Pn. Hamidah Basar -
    14 Pemeriksa Kira-kira Pn. Normala Al-Attas 017-2845701
    15 Pemeriksa Kira-kira Pn. Paridah Hj Hamid -

    Kini Surau Infitah Al-Khairiah telah melalui sekali lagi pengubahsuaian melalui peruntukan yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak RM30,000.00. Antara pengubahsuaian itu ialah penambahan 'tiles' dibeberapa bahagian surau, pagar dan pintunya telah ditukar, kemasukan penghawa dingin, penukaran karpet baru, papan tanda baru, PA sistem telah diperbaiki dan struktur surau telah dicat semula. Ia dilakukan semata-mata untuk memberi keselesaan maksimum kepada jemaah yang sekaligus dapat menarik jemaah untuk sama-sama mengimarahkan surau. Pendaftaran Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbaharui. Melalui pentadbiran baru ini, pelbagai program telah disusun dan dilaksanakan antaranya Majlis Bacaan Yasin pada setiap hari Khamis serta kelas belajar berzanji secara percuma pada setiap hari sabtu. Daripada baki akaun sebanyak RM32.00, kini akaun Surau Infitah Al-Khairiah telah melebihi RM10,000.00.

    Pengurusan baru surau juga memperbaharui pendaftaran surau yang telah lama disenaraikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sebagai 'tidak aktif.' No pendaftaran baru Surau Infitah Al-Khairiah ialah (PANS.19(06)753-1/90

    2011
    Tanggal 05hb Ogos, 2011, berlaku satu Mesyuarat Agung Luar Biasa kerana perletakan jawatan beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa Utama yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Timbalan Setiausaha. Oleh kerana perletakan jawatan ini menyebabkan akaun surau 'tergantung'; maka melalui nasihat dari Jabatan Agama Islam Seremban, Timbalan Pengerusi yang memangku jawatan Pengerusi telah diarahkan membuat satu Mesyuarat Agung Luar Biasa secepat mungkin kerana dikhuatiri masalah akaun tergantung ini akan mendatangkan masalah pula pada persiapan menyambut ramadhan yang bakal tiba kelak.


    Hasil keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa itu adalah seperti di bawah. Beberapa Ahli Jawatan Kuasa lama yang meletak jawatan telah dicadangkan untuk memegang jawatan yang dilepaskan semula seperti jawatan Timbalan Pengerusi (En. Ruzali Said) telah dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Setiausaha (En. Tajol Ariffin Hasan) telah dilantik menjadi Setiausaha manakala jawatan Bendahari (Pn. Norhsam Hj. Ithnin) dilantik semula menjadi Bendahari. Senarai AJK juga telah ditambah untuk memastikan pentadbiran surau bertambah tersusun dengan agihan kerja yang mencukupi.


    AHLI JAWATAN KUASA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH 2011-2012
    NO JAWATAN NAMA NO. TEL
    1 Pengerusi En. Ruzali Said 014-2658952
    2 Timb. Pengerusi dikosongkan -
    3 Setiausaha En. Tajol Ariffin Hasan 012-3748376
    4 Timb. Setiausaha En. Arzreen Abbas 012-6990050
    5 Bendahari Pn. Norhisham Hj Ithnin 017-2769419
    6 AJK En. Nekmat Takin 06-6777030
    7 AJK En. Mohd Najib Hamim 017-2558476
    8 AJK En. Khairi Jahim -
    9 AJK En. Manap Bakar -
    10 AJK Pn. Raja Dewi Sulong 016-2035332
    11 AJK Pn. Sarimah Osman 017-2399026
    12 AJK Pn. Azila Alias 012-6962013
    13 AJK Pn. Hamidah Basar -
    14 AJK En. Mohamad Radzi Akib -
    15 AJK En. Mohd Yusof Sirat -
    16 AJK En. Abu Kassim Mohamad -
    17 AJK Pn. Jamilah Taat -
    18 AJK Pn. Rodiah Majid -
    19 AJK Pn. Maimunah Hj Abu Talib -
    20 AJK Pn. Nor Azah Baharin -
    21 AJK Pn. Cik Puteh Bongsu -
    22 AJK Pn. Che Mah Jaafar -
    23 AJK Pn. Azizah Mahmud -
    24 Pemeriksa Kira-kira Pn. Normala Al-Attas 017-2845701
    25 Pemeriksa Kira-kira Pn. Paridah Hj Hamid -

    (Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)