JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 17 Jun 2012

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

MAJLIS ISRAK MIKRAJ anjuran Surau Infitah Al-Khairiah usai disambut pada 16/06/2012. Alhamdulillah, majlis dihadiri oleh ramai jemaah. Persiapan sambutan telah diadakan seawal pagi dengan golongan muslimah berkerjasama menyediakan masakan untuk hidangan pada sebelah malam. 

Pada sebelah malamnya, solat secara berjemaah telah dilakukan di bawah pimpinan imam Surau Infitah Al-Khairiah. Seterusnya ceramah khusus tentang israk mikraj disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah iaitu Ustaz Solihin Abdi. Usai ceramah, Ustaz Solihin mengimamkan solat isyak berjemaah.

Isnin, 11 Jun 2012

Mesyuarat Membincangkan Sambutan Israk Mikraj

Tanggal 11/06/2012 telah diadakan mesyuarat atau tepatnya perbincangan antara sesama ahli kariah. Perbincangan ini lebih kepada untuk mengatur tentatif sambutan. Ia dipengerusikan oleh imam surau Infitah Al-Khairiah, Hj. Ruzali Said. Biarpun perbincangan ini tidak secara formal kerana surat penggilan mesyuarat kepada AJK tidak dibuat, tetapi selaku setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah saya minitkan juga di sini secara ringkas. 

Semua yang hadir sepakat memutuskan sambutan israk mikraj tersebut akan diadakan pada 16/06/2012 iaitu pada hari sabtu memandangkan ramai yang ada kelapangan ketika itu. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Solihin daripada pusat Islam Paroi. Untuk jamuan selepas ceramah, Puan Normala akan mengetuai proses penyediaan masakan dan beliau akan dibantu oleh beberapa orang jemaah perempuan. 

Kutipan derma untuk israk mikraj juga akan dibuat seperti biasa dan terpulang kepada ahli kariah samada untuk menderma wang, tenaga atau barangan. 2 orang ahli kariah sedia menderma 15kg beras. Sementara khemah akan ditaja oleh KRT. 

Perbincangan juga menyentuh tentang tarikh untuk kenduri sempena kedatangan ramadhan. Ia diputuskan pada 14/07/2012. 

Dalam perbincangan lain-lain hal, Puan Azizah Mahmud mencadangkan surau memasang kaset bacaan yasin setiap kali berlaku kematian ahli kariah. Ia untuk memaklumkan secara tidak langsung kepada seluruh kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, terdapat kematian di kariah mereka. 

Imam Hj. Ruzali pula mencadangkan kelengkapan pinggan mangkuk ditambah memandangkan banyak peralatan tersebut telah rosak dan hilang. Puan Normala juga membangkitkan tentang peralatan memasak yang banyak telah rosak dan perlu diganti/dibeli baru. En. Tajol Ariffin mencadangkan berdasarkan status kewangan surau sekarang, pada bulan ramadhan nanti surau dapat menyumbang sesuatu kepada golongan asnaf yang 8 termasuk anak-anak yatim dan OKU. 

Untuk majlis israk mikraj, semua yang hadir bersetuju dan meluluskan peruntukan sebanyak RM1500. Jika terdapat lebihan nanti, ia akan dimasukan semula ke dalam akaun surau.

Mesyuarat/perbincangan berakhir jam 9:00 malam.

Daftar kehadiran :

  1. Hj. Ruzali Said
  2. Tajol Ariffin Hasan
  3. Nekmat Takin
  4. Hj. Shamsudin Abu
  5. Mohamad Yusof Sirat
  6. Maimunah Abu Talib
  7. Azizah Mahmud
  8. Rosnah Salleh
  9. Hjh. Halimah Hasan
  10. Khairiah
  11. Norisah Mohd Yassin
  12. Nor Azah Baharin
  13. Norhisham Hj. Ithnin
  14. Normala Al-Attas