JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 12 Januari 2015

BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KHAS UNTUK TUAN HJ. MOHAMED HUSSAIN BIN YUSOF

SELAMA 2 tahun (2013 dan 2014) Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warganegara Singapura telah memberi sumbangan kepada Surau Infitah Al-Khairiah. Sumbangan tersebut telah digunakan untuk memberi bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal. Pihak surau merakam kesyukuran yang amat tinggi kepada Tn. Hj. Mohamed atas sumbangan peribadi beliau itu.

Baru-baru ini pihak surau menerima satu berita tidak baik berkenaan kesihatan Tn. Hj. Mohamed daripada saudaranya iaitu Pn. Hajah Normah yang juga merupakan salah seorang AJK surau. Dalam keadaan kesihatan Tn. Haji yang tidak begitu sihat, Tn. Haji sekali lagi telah memberikan sumbangan peribadinya kepada surau dan berhajat agar sumbangan itu digunakan untuk memberi bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

Pihak pentadbiran surau telah berbincang dan memutuskan akan menunaikan hajat Tn. haji itu pada hari khamis ini (15/01/2015). Dan pada majlis itu juga akan diadakan sekali majlis bacaan yasin dan doa selamat khusus untuk Tn. Haji. Semoga kesihatan Tn. Haji akan bertambah baik dan dilindungi Allah sentiasa.    

Sabtu, 3 Januari 2015

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

TERLEBIH dahulu, sebelum mengadakan perarakan di kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, ramai kalangan jemaah yang terlebih dahulu telah terbabit dalam perarakan maulidur di peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Seremban. Perarakan maulidur di peringkat Negeri telah diadakan pada pukul 9:00 pagi. Ia turut dihadiri TYT Negeri Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jemaah dari Rumah Pangsa kira-kira 50 orang hadir dengan menaiki bas yang disediakan.



Sambutan maulidur rasul Surau Infitah Al-Khairiah bermula selepas solat asar berjemaah. Hasil kerjasama antara pihak surau dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, selain berarak, pengisian pada petang itu ialah persembahan nasyid oleh kanak-kanak dan kaum ibu. Jamuan pada petang itu ditaja oleh KRT.

Pada sebelah malam iaitu selepas solat maghrib, ceramah khas maulidur rasul disampaikan oleh Imam Masjid Negeri; Tn. Hj Zaher Rudin Hj. Moktar. Sebelum itu, beliau telah mengimamkan sembahyang maghrib. Satu kuiz berkenaan maulidur rasul telah diadakan selepas ceramah selesai. 

Pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah merakam jutaan terima kasih atas kerjasama daripada jemaah yang sudi datang beramai-ramai mengimarahkan majlis anjuran surau.



My Image

My Image


My Image

My Image