JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Selasa, 14 Disember 2010

ZIARAH TABLIGH

Satu jemaah tabligh dari Kuantan, Batu Pahat dan Kuala Lumpur serta sekitar Negeri Sembilan telah melakukan ziarah tabligh di Surau Infitah Al-Khairiah selama 3 hari bermula 12hb Dec sehingga 15hb Dec, 2010. Aktiviti mereka antaranya membaca potongan hadis setiap kali selepas solat fardhu mahgrib dan isyak serta bacaan taklim. Suran Infitah Al-Khairiah mengalu-alukan ziarah ini kerana ia bukan saja dapat menambah ilmu di kalangan jemaah surau tetapi juga membantu pihak surau dalam mengeratkan hubungan siraturahim antara pihak surau dengan penduduk kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini.

Difahamkan program ziarah ini akan diadakan setiap tahun dan Surau Infitah Al-Khairiah adalah salah satu lokasi pilihan mereka. Pihak surau merakam setinggi kesyukuran atas kesudian mereka menjadikan Surau Infitah Al-Khairiah sebagai salah satu lokasi pilihan jemaah tabligh ini.


(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan) 

Jumaat, 10 Disember 2010

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH

Bertarikh 6hb Dec, 2010 bersamaan 1 Muharam 1432H, buat pertama kalinya Surau Infitah Al-Khairiah dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah bersama-sama menganjurkan majlis sambutan maal hijrah bertempat di  Surau Infitah Al-Khairiah. Majlis bermula seawal jam 6.15 petang dengan bacaan 3 kali yasin disertai bacaan doa akhir tahun sebanyak 3 kali setiap kali selepas bacaan yasin. 
Bacaan yasin disambung semula selepas solat maghrib. Ia juga dilakukan dengan 3 kali bacaan yasin dan 3 kali bacaan doa awal tahun. Tahlil dan doa selamat juga dibaca selepas selesai bacaan yasin. Selepas majlis selesai, pihak urusetia telah mengadakan sedikit jamuan. Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Pihak Surau Infitah Al-Khairiah dan KRT merakam jutaan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. InsyaAllah, majlis sebegini akan dijadikan aktiviti wajib pada setiap tahun.

(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan) 

Sabtu, 13 November 2010

LAPORAN AKTIVITI - MAJLIS AQIQAH

Satu majlis aqiqah telah dijalankan oleh Surau Infitah Al-Khairiah pada tanggal 14hb November, 2010 bersamaan 7 Zulhijjah, 1431H. Majlis itu dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis aqiqah ini dijalankan lebih awal dari majlis qurban perdana yang akan dijalankan pada 20hb November nanti. Surau mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil  pada sebelah malamnya. Menu utama makan pada malam itu ialah jamuan sup tulang. AJK Surau merakam jutaan terima kasih pada seluruh penduduk yang terlibat. Syukur alhamdulillah!

















(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)

Ahad, 7 November 2010

LAPORAN AKTIVITI - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Tanggal 7hb November, 2010 bersamaan 30 zulkaedah, Surau Taman Sri Mawar 1, Surau Taman Sri Mawar 2 dan Surau Infitah Al-Khairiah dengan kerjasama Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang, bersama menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau Taman Sri Mawar 1. Kehadiran peserta melebihi 100 orang. 2 orang fasilitator dari Masjid Ar Raudhah  iaitu Tn Hj. Hamzah b Hj Md Dan (Imam Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang) dan En. Zainudin b. Hj Hambari (Bilal Masjid Ar Raudhah) dan seorang fasilitator perempuan dari Taman Tunku Jaafar telah dijemput untuk mengendalikan bengkel. Majlis dirasmikan oleh En. Zulkifili, SU Masjid Ar Raudhah.

(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan. Gambar ehsan dari Masjid Ar Raudah)

Ahad, 10 Oktober 2010

LAPORAN AKTIVITI - MAJLIS HARI RAYA DAN RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN


Pada 24 Syawal, 1431H beersamaan 03hb Oktober, 2010, melalui kerjasama Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan Badan Kebajikan telah sekali lagi berjaya menganjurkan satu Program Hari Raya dan Ramah Mesra Bersama Pemimpin. Buat pertama kalinya program itu berjaya menghimpun pemimpin dari parti UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC. Sasaran objektif program nampaknya telah berjaya dicapai. Kehadiran orang ramai dari pelbagai bangsa menunjukan keberjayaan program sekaligus menunjukan umat Islam di persekitaran kawasan kejiranan menghormati agama lain-lain bangsa dan agama.

Pada majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian sumbangan raya kepada warga emas. Warga emas terdiri dari 3 orang keturunan Melayu, 2 orang keturunan China dan 3 orang keturunan India. Untuk memeriahkan majlis, selain daripada jamuan hari raya dengan pelbagai juadah kuih moden dan tradisional, diadakan juga cabutan nombor bertuah. Seramai 10 orang penduduk yang hadir telah memenangi cabutan tersebut.

Program yang diatur ini juga sebenarnya untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua penduduk di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 disamping memupuk semangat gotong royong tanpa mengira bangsa dan agama. Program bermula seawal pagi dengan aktiviti memasak lemang, nasi himpit dan membuat rendang. Urusetia dan AJK Kerja mengambil kesempatan ini untuk merakam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat antaranya UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, RELA, SRS, COMBI, Surau Infitah Al-Khairiah, Badan Kebajikan serta orang ramai dari kawasan kejiranan persekitaran. InsyaAllah, kami akan mengatur lebih banyak program lagi demi merapatkan hubungan sedia ada penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Berikut sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.
























(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)

Selasa, 5 Oktober 2010

Panggilan Mesyuarat


Ruj Kami: Pent. Jld 1/Bil 13 (1010)
Ruj Tuan: 
05hb Okt, 2010/26 Syawal 1431H
___________________________________

____________________________________________

Tuan/puan,

Assalamualaikum,
NOTIS PANGGILAN Mesyuarat AJK Surau Infitah Al-Khairiah Kali Ke 4 (2010)
Sukacita dimaklumkan, satu mesyurat AJK Surau Infitah Al-Khairiah akan diadakan seperti ketetapan berikut.

            Tarikh             :           07hb Okt, 2010
            Masa               :           09.00 mlm (Khamis)
            Tempat           :           Surau Infitah Al-Khairiah

2.         Agenda Mesyuarat  
                        2.1       Ucapan Aluan Pengerusi
                        2.2      Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
                        2.3      Laporan kewangan
                        2.4      Laporan biro-biro
                        2.5      Perkara berbangkit
                        2.6      Hal-hal lain.

4.         Kehadiran tuan/puan dalam mesyuarat tersebut amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian




“Surau Menjana Perpaduan Ummah”


 Yang benar,


.....................................
(Abd Ghani bin Mansoor)
Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

-          Pengerusi dan AJK Masjid Ar-Raudhah
-          Sisipan Fail


Rabu, 22 September 2010

Panggilan Mesyuarat

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh : 20hb Sept, 2010

___________________________________

___________________________________

Tuan/puan,

Assalamualaikum,

Per. : MESYUARAT KHAS URUSETIA DAN AJK SURAU BERKENAAN PROGRAM MAJLIS HARI RAYA DAN RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN PADA 02/10/2010.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan satu mesyuarat khas bagi membincangkan perjalananan program Majlis Hari Raya dan Ramah Mesra Bersama Pemimpin anjuran bersama Surau Infitah Al-khairiah, Badan Kebajikan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

  • Tarikh : 23hb Sept, 2010
  • Masa : Jam 09.00 mlm, selepas majlis bacaan yasin (Khamis)
  • Tempat : Surau Infitah Al-Khairiah

3. Kerjasama dan segala pandangan daripada pihak tuan/puan adalah amat dihargai dan kami dahulu dengan ucapan ribuan terima kasih.

“Surau Menjana Perpaduan Ummah”

Sekian.
Yang benar


………………………………….
(Abd Ghani bin Mansoor)
Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
- Pengerusi dan AJK Masjid Ar-Raudhah
- Pengerusi KRT/Jiran Wanita
- Pengerusi COMBI/RELA/SRS

Selasa, 21 September 2010

LAPORAN AKTIVITI - MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM

Surau Infitah Al-Khairiah RPSF2 melalui anjuran bersama dengan Badan Kebajikan RPSF2 dan  UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 buat julung kalinya berjaya menganjurkan satu majlis khas iaitu Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim pada 05hb Sept, 2010 yang lalu. Majlis lebih meriah dan bermakna dengan kehadiran YB Datuk Hj Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap Ketua UMNO Bahagian Rasah bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah iaitu  YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb bin Abdullah. Berikut sebahagian gambar aktiviti majlis berkenaan.

Sebahagian Jemaah wanita sedang menikmati juadah berbuka puasa
Antara komuniti kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 yang hadir

Kelihatan Iman 1 dan 2 serta SU Surau Infitah Al-Khairiah bersama
YB DatukHj Hasim dan YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb

Pengerusi merangkap Imam 2 Surau Infitah Al-Khairiah sedang
menyampaikan sedikit ucapan

Kelihatan Imam 1, En Ruzali bersama YB Senator Dato' Hj. Mohammed
Najeeb  dan YB Datuk Hj Hasim

YB Datuk Hj Hasim, ADUN Kawasan Labu sedang
menyampaikan ucapan





Isnin, 20 September 2010

Ahli Jawatankuasa Surau Infitah Al-Khairiah mengucapkan selamat menyambut aidil fitri kepada seluruh warga kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan pada mereka yang berkesempatan melayari laman blog ini. Semoga perjalanan anda balik ke kampung atau kemana pun destinasi, dalam peliharaan Allah sentiasa.


Jumaat, 17 September 2010

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA (PERUNTUKAN DARI SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH)

  1. PUTEH BTE BONGSU
  2. HAJAH MAH
  3. FARIDAH BTE HJ HAMID
  4. NORLITA
  5. NORIZAN
  6. AZIZAH BTE MAHMUD
  7. TIMAH
  8. RAJA DEWI BTE SULONG
  9. ZUBAIDAH
  10. KHAIRIAH BTE HJ ABAS
  11. ANI
  12. SHARIPAH
  13. MORANA
  14. MAZWIAH
  15. AZILA ALIAS
  16. ROGAYAH
  17. SHASA BTE BAHARIN
  18. FADILAH BTE MUSTAPA
  19. NORHAYATI
  20. NORAZAH
  21. JUNAIDAH

Jumaat, 3 September 2010

Majlis Berbuka Puasa

JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL.

Sukacita dimaklumkan Surau Infitah Al-khairiah bersama Badan Kebajikan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Untuk Anak Yatim dan Ibu Tunggal. Pihak Ahli Jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YB. Datuk/Dato’/tuan/puan/en./cik, muslimin dan muslimat untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis ini. Berikut adalah maklumat majlis :-


Tarikh : 05hb Sept, 2010
Masa : Jam 06.00 Ptg – 11.00 mlm (Ahad)
Tempat : Surau Infitah Al-Khairiah
Tentatif Majlis


10.00 pagi - Gotong-royong membuat Bubur Lambuk

06.00 mlm - Ketibaan Jemputan/Penduduk

- - Majlis Berbuka Puasa

- - Solat Maghrib berjamaah diikuti bacaan yasin.

- - Solat Isyak Berjamaah

- - solat sunat tarawikh

- - Ucapan YB Datuk Hj. Hasim bin Rusdi (ADUN Labu)

- - Penyampaian Sumbangan

11.00 mlm - Bersurai
Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak dalam menjayakan majlis adalah amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


“Surau Menjana Perpaduan Ummah”


Yang benar



………………………………….
(Abd Ghani bin Mansoor)
Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

- Pengerusi dan AJK Masjid Ar-Raudhah
- Pengerusi KRT/Jiran Wanita
- Pengerusi COMBI/RELA/SRS
- Ketua UMNO Cawangan

Sabtu, 14 Ogos 2010

SENARAI AHLI KARIAH YANG MENGADAKAN TAHLIL ARUAH DAN MOREH

  1. MD ZAHAR BIN OTHMAN
  2. NORHISHAM BTE HJ. ITHNIN
  3. JAHARAH BTE IDRIS
  4. SARIMAH BTE OTHMAN
  5. PARIDAH BTE HJ. HAMID
  6. NOR HASHIMAH BTE MD ZIN
  7. HJH NORMAH BTE DOLLAH
  8. ROHAYA BTE AHMAD
  9. MARIAM BTE IDRIS
  10. SERPIAH BTE SA'AD
  11. HJ. SHAMSUDDIN BIN ABU
  12. SUFFIAN BIN TAJUDDIN
  13. RODIAH BTE ABDUL MAJID 
  14. MAZWIAH BTE MD ZAIN
  15. HASSAN 
  16. NEKMAT TAKIN
  17. MOHD AWAL MANGSOR
  18. CIK PUTEH
SENARAI KARIAH YANG MENERIMA SUMBANGAN RAYA DARIPADA WANIJA HONDA

Selasa, 10 Ogos 2010

Seluruh warga Surau Infitah Al-Khairiah mengucapkan salam ramadhan kepada semua penduduk beragama Islam di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 serta kepada semua muslimin dan musliman.


Isnin, 2 Ogos 2010

Syiar Ramadhan

PENGERTIAN PUASA


Puasa secara bahasa adalah menahan diri dari sesuatu. Sedangkan secara terminologi, adalah menahan diri pada siang hari dari berbuka dengan disertai niat berpuasa bagi orang yang telah diwajibkan sejak terbit fajar hingga terbenam matahari.

Detailnya, puasa adalah menjaga dari pekerjaan-pekerjaan yang dapat membatalkan puasa seperti makan, minum, dan bersenggama pada sepanjang hari tersebut (sejak terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Puasa diwajibkan atas seorang muslim yang baligh, berakal, bersih dari haidl dan nifas, disertai niat ikhlas semata-mata karena Allah ta'aala.

Adapun rukunnya adalah menahan diri dari makan dan minum, menjaga kemaluannya (tidak bersenggama), menahan untuk tidak berbuka, sejak terbitnya ufuk kemerah-merahan (fajar subuh) di sebelah timur hingga tenggelamnya matahari. Firman Allah swt : "Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar". (Al-Baqarah: 187).

Ibn 'Abdul Bar dalam hadis Rasulullah saw "Sesungguhnya Bilal biasa azan pada malam hari, maka makan dan minumlah kamu sampai terdengarnya azan Ibn Ummi Maktum", menyatakan bahwa benang putih adalah waktu subuh dan sahur hanya dikerjakan sebelum waktu fajar".

Selasa, 6 Julai 2010

PANTUN AGAMA
Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang

Isnin, 5 Julai 2010

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.

Ahad, 4 Julai 2010

AHLI JAWATAN KUASA 2010 - 2011

PENGERUSI
Ustaz Mohd Awal bin Mangsor

TIMBALAN PENGERUSI
Imam Ruzali bin Said

SETIAUSAHA
En. Abdul Ghani bin Mansoor

TIMBALAN SETIAUSAHA
En. Tajol Ariffin bin Hasan

BENDAHARI
Pn. Norisham bte Hj. Ithnin

PEMERIKSAN KIRA-KIRA
1) Pn. Normala bte Al-Attas
2) Pn. Paridah bte Hj. Hamid

AHLI JAWATAN KUASA
1) En. Nekmat bin Takin
2) En. Mohd Najib bin Hamim
3) En. Azreen bin Abbas
4) En. Manap bin Bakar
5) Pn. Raja Dewi bte Sulong
6) Pn. Sarimah bte Othman
7) Pn. Azila bte Alias
8) Pn. Hamidah bte Bahsar

Sabtu, 3 Julai 2010

CARTA ORGANISASI

IMAM 1
Imam Ruzali bin Said

IMAM 2
Ustaz Mohd Awal bin Mangsor

BILAL
En. Nekmat bin Takin

SIAK
En. Mohamad Yusof bin Sirat



BIRO

BIRO DAKWAH DAN PROGRAM
En. Abdul Ghani bin Mansoor

BIRO KEBAJIKAN DAN KEWANGAN
Pn. Norzalina bte Kassim

BIRO STOR DAN ALATAN
Pn. Normala bte Al-Attas

BIRO PENGURUSAN JENAZAH
Ustaz Mohd Awal bin Mangsor

BIRO KURSUS DAN LATIHAN
En. Tajol Ariffin bin Hasan

BIRO KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
1) En. Mohd Noor bin Abdullah
2) Pn. Raja Dewi bte Sulong

LAPORAN AKTIVITI - 27hb Jun, 2010

Dengan kerjasama daripada 3 pihak iaitu Surau Infitah Al-Khairiah, Badan Kebajikan Rumah Pangsa Senawang 2 serta UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang 2, dua program telah dijalankan khusus untuk penduduk kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang 2.

Program Pertama ialah Bengkel Kecemerlangan Pelajar SPM, PMR dan UPSR serta Bacaan Yassin dan Solat Hajat. Bengkel ini lebih kepada motivasi diri khusus untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Di samping itu sebagai santapan rohaniahnya, bacaan yassin dan solat hajat diadakan sebagai tanda setelah segala usaha dilakukan ia akhirnya dikembalikan kepada ketentuan Allah yakni pasrah dan tunduk patuh pada qada' dan qadarNya. Maknanya, para pelajar perlu berusaha dahulu kemudian baru bertawakal.

Program kedua ialah Program Penghayatan 1 Malaysia. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk kawasan kejiranan yang mempunyai penduduk dari pelbagai bangsa dan agama.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Baharin bin Mohamad.

Berikut sebahagian gambar-gambar aktiviti yang dijalankan.

Khamis, 1 Julai 2010

KRONOLOGI SURAU

 1993
Surau untuk kegunaan umat Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 hanya bermula dengan sebuah rumah di Blok E yang disewa kerana ketika itu tiada tapak khusus untuk pembinaan surau. Kemudian surau beralih pula ke Blok D seterusnya Blok C.  Dengan daya usaha penduduk dan AJK Surau ketika itu, satu usaha untuk membina sebuah surau di tapak kosong iaitu kawasan tanah di hujung blok B telah dicadangkan. Perkara ini juga telah mendapat perhatian dari Mufti Negeri Sembilan ketika itu iaitu  Sahibus Samahah Dato' Haji Murtadza bin Haji Ahmad. Kutipan sebanyak RM50.00 setiap rumah penduduk beragama Islam  telah dijalankan sebagai usaha pertama ke arah merealisasikan sebuah surau khas untuk kegunaan penduduk Muslimin dan Muslimah. Alhamdulillah! sebuah surau akhirnya dapat dibina pada tahun 1993. Ketika itu ia hanyalah sebuah bangunan papan.

AJK surau ketika itu ialah
  • Penasihat : Ustaz Akib
  • Pengerusi : Hj. Yusof
  • Setiausaha : En. Wahab
  • Pen/Setiausaha : Hj. Shamsuddin
  • Bendahari :

1995
Pada tahun 1995, melalui bahan terpakai daripada Surau Taman Bukti yang telah diubahsuai, Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbesarkan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan dana sama ada melalui kutipan derma orang ramai dan memohon peruntukan daripada Baitulmal serta Pejabat Menteri Besar. Akhirnya melalui saranan ADUN Senawang ketika itu, Dato' Woo Ah Lek, satu kertas kerja telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Hj. Ahmad Badawi mohon peruntukan untuk menaik taraf Surau Infitah Al-Khairiah


2003
Akhirnya berita mengembirakan diterima daripada Jabatan Pembangunan Negeri Sembilan. Peruntukan sebanyak RM90,000.00 telah diluluskan. Maka pada tahun 2003, berdirilah Surau Infitah Al-Khairiah dengan wajah baru. Surau papan telah digantikan dengan surau batu sepenuhnya. Pentadbiran AJK baru Surau Infitah Al-Khairiah ketika itu ialah,  

  • Hj. Yusof
  • En. Abdullah
  • En. Mohd Nasir
  • En. Roslan
  • En. Baharin
  • Hj. Shamsudin Abu

Seterusnya setelah beberapa AJK berpindah, maka AJK baru sehingga April, 2010 ialah,
  • Pengerusi : Hj. Shamsudin Abu
  • Timb. Pengerusi : En. Ruzali Said
  • Setiausaha : En. Abu Bakar
  • Penolong Setiausaha : -
  • Bendahari : En. Yusof