JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Rabu, 27 Ogos 2014

GAMBAR SEKITAR PROGRAM


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image



My Image

My Image

Selain majlis jamuan hari raya, turut diadakan ialah majlis pelancaran bulan kemerdekaan. Pada majlis itu En. David mewakili Dato' Hj. Hasim Rusdi menyampaikan jalur gemilang kepada pengerusi-pengerusi NGO yang terbabit yang terdiri dari pengerusi surau Infitah Al-Khairiah (En. Tajol Ariffin Hasan), pengerusi COMBI (Pn. Norjan Ismail), pengerusi Persatuan Penduduk (En. Abdul Ghani Mansor) dan Pengerusi Pewita (Pn. Raja Dewi Sulong) manakala jalur gemilang untuk ketua Umno Cawangan diberikan kepada En. Abdul Ghani Mansor yang juga merangkap pengerusi Badan Kebajikan RPSF2.

Antara tetamu VIP yang kekesempatan hadir pada malam itu ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi (Ketua Umno Bahagian Rasah), En. David (Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan), pegawai COMBI dan beberapa orang ketua cawangan.

Untuk memaknakan lagi pengertian bulan kemerdekaan, artis budaya yang diketuai oleh En. Yuzimudin telah mendeklamasikan sajak berkenaan kekejaman Israel di bumi Gaza. 

Khamis, 14 Ogos 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI



PIHAK SURAU INFITAH AL KHAIRIAH berbesar hati menganjurkan majlis rumah terbuka pada tahun ini bertarikh 26hb Ogos, 2014; iaitu pada hari terakhir syawal. Kali ini pihak surau menjemput kerjasama daripada beberapa NGO di kawasan kejiranan yang sama. NGO yang telah memberikan persetujuan ialah COMBI, Persatuan Penduduk RPSF2, Umno Cawangan, Badan Kebajikan RPSF2 dan Pewita.

Menurut pengerusinya En. Tajol Ariffin Hasan; ini adalah julung kalinya pentadbiran surau berjaya mendapatkan kerjasama daripada NGO-NGO terbabit. Pengerusi-pengerusi NGO terbabit telahpun memberikan persetujuannya dalam mesyuarat AJK surau yang telah diadakan pada 10hb Ogos lalu.

Persetujuan terkini diperolehi daripada pengerusi Pewita iaitu Puan Raja Dewi Sulong. Sementara Pengerusi Combi iaitu Puan Norjan Ismail awal-awal lagi telah menyatakan persetujuan untuk bergabung bagi menganjurkan majlis rumah terbuka tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk, En. Abdul Ghani juga telah menyatakan persetujuannya untuk bergabung dalam program jamuan hari raya tersebut. Beliau juga akan menjemput beberapa VIP untuk turut serta memeriahkan program.

Antara aturcara program ialah solat maghrib dan isyak berjemaah di Surau Infitah Al-Khairiah. Cabutan no bertuah dengan hadiah hamper juga disediakan. Nawaitu utama program tidak lain selain hanya untuk menyatukan semua penduduk dan menjalin kerjasama dengan semangat muhibbah yang tinggi.

En. Tajol Ariffin Hasan berharap ini bukanlah kerjasama terakhir dari NGO-NGO terbabit tetapi sebaliknya sebagai satu langkah permulaan kepada penyatuan NGO-NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

"Muafakat Membawa Berkat"


Khamis, 7 Ogos 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA KEPADA OKU, IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS

Majlis dilangsungkan pada 18hb Julai, 2014. Seramai kira-kira 49 orang penerima sumbangan pada tahun ini. Pihak surau juga turut memberi sumbangan kepada imam 1 dan imam 2 yang menjadi imam solat sunat terawikh. Juga diberikan sumbangan kepada bilal dan siak.

Bagi duit raya kanak-kanak, seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak sekolah diberikan duit raya sejumlah RM5.00 seorang. Turut menerima duit raya ialah beberapa orang AJK utama yang terlibat sepenuh masa sepanjang moreh ramadhan.

Dalam ucapan ringkas pengerusi surau, En.Tajol Ariffin; beliau mewakili seluruh AJK surau memohon ampun dan maaf zahir bathin kepada para jemaah. Beliau mengingatkan bahawa sumbangan yang diberikan janganlah dinilai dengan wang ringgit tetapi anggaplah ia sebagai rezeki Allah yang harus disyukuri. InsyaAllah, pemberian sumbangan raya ini akan djadikan satu program tahunan menjelang raya.

Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi Persatuan Penduduk RPSF2, pengerusi KRT, ketua Umno cawangan dan pengerusi Combi.