JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 31 Januari 2011

RIADAH KELUARGA

HARI KELUARGA  - RUMAH REHAT KERAJAAN, BATU 12, PORT DICKSON


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7


Gambar 8


Gambar 9


Gambar 10


Gambar 11


Gambar 12


Gambar 13


Gambar 14


Gambar 15


Gambar 16

Khamis, 20 Januari 2011

PRA-MESYUARAT PENUBUHAN BERSAMA BADAN KHAIRAT KEMATIAN


Setelah berkali-kali hajat tidak kesampaian, akhirnya satu pra-mesyuarat penubuhan Badan Khairat Kematian gabungan bersama 3 surau berdekatan iaitu Surau Taman Sri Mawar 1, Surau Taman Sri Mawar 2 dan Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2; telah diadakan di Surau Taman Sri Mawar 1 pada 20hb Jan, 2011 jam 9:00 malam. Mesyuarat itu di pengerusikan oleh Imam Hamzah dari Masjid Ar Raudhah selaku masjid kariah ketiga-tiga surau tersebut.


Agenda mesyuarat antara lain ialah melantik AJK Penaja bagi mendaftarkan badan khairat tersebut di Pendaftar Pertubuhan. Seramai kira-kira 40 orang jemaah telah hadir pada mesyuarat malam itu. Surau Infitah Al-Khairiah telah diwakili oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Mohd Awal Mangsor, Setiausaha surau iaitu En. Abdul Ghani Mansoor, Timb. Setiausaha surau iaitu En. Tajol Ariffin Hasan dan AJKnya En. Nekmat Takin. Pra-Mesyuarat telah memutuskan bayaran kemasukan atau bayaran keahlian ditetapkan sebanyak RM10.00 seumur hidup manakala bayaran yuran tahunan sebanyak RM4.00 sahaja ditambah bayaran pengurusan RM1.00 setahun.  Jumlah keseluruhan bayaran permulaan Badan Khairat  ialah RM15.00.  Pra-Mesyuarat juga memutuskan setiap kariah surau melantik sekurang-kurangnya 5 orang AJK. Beerti 15 orang AJK bagi setiap surau. Sumbangan khairat kematian belum ditetapkan sehingga jumlah keahlian diperolehi. Bagaimanapun dicadangkan sebanyak antara RM700.00 ke RM800.00. Satu lagi mesyuarat pemutus akan diadakan pada bulan febuari nanti iaitu pada 3hb feb jam 9:00 malam.


Pengerusi:

Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohd Awal Mangsor

Setiausaha: Tn. Hj. Zainal

Timbalan Setiausaha:

Bendahari:

Pemeriksa Kira-kira 1 :

Pemeriksa Kira-kira 2 :

5 Orang AJK dari Surau Taman Sri Mawar 1
1)
2)
3)
4)
5)

5 Orang AJK dari Surau Taman Sri Mawar 2
1)
2)
3)
4)
5)

5 Orang AJK dari Surau Infitah Al-Khairiah
1) En. Abdul Ghani Mansoor
2) En. Nekmat Takin
3) En. Tajol Ariffin Hasan
4) Pn. Azizah Mahmud
5) Pn. Raja Dewi Sulong

Isnin, 17 Januari 2011

PELBAGAI BORANG BANTUAN

Surau Infitah Al-Khairiah dalam usahanya membantu dan memudahkan para jemaah kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, telah menyediakan beberapa borang bantuan daripada Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Pejabat Menteri Besar. Para jemaah yang memerlukan borang-borang tersebut bolehlah berhubung dengan AJK surau.
Terima kasih.

Sabtu, 8 Januari 2011

GAMBAR LOKASI PROGRAM RIADAH

LOKASI PROGRAM RIADAH  - RUMAH REHAT KERAJAAN, PORT DICKSON



Gambar 1



Gambar 2





Gambar 3




Gambar 4





Gambar 5




Gambar 6




Gambar 7




Gambar 8

Isnin, 3 Januari 2011

QURBAN - BORANG UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT MELAKUKAN MAJLIS QURBAN PADA TAHUN 2011, DIBUKA

Surau Infitah Al-Khairiah kini menawarkan sesiapa yang berhajat untuk melakukan amalan qurban pada tahun ini (2011/1432 H), sila berhubung dengan AJK surau. Permohonan juga dibuka kepada orang ramai. Bayaran secara ansuran sebanyak RM40.00 sebulan untuk 1 bahagian lembu. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan :-

  1. Pn Norhisham Hj Ithnin (017-2769419)
  2. En. Tajol Ariffin Hasan (012-3748376)
  3. En. Abd Ghani Mansoor (013-6016330)
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)