JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Khamis, 1 Julai 2010

KRONOLOGI SURAU

 1993
Surau untuk kegunaan umat Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 hanya bermula dengan sebuah rumah di Blok E yang disewa kerana ketika itu tiada tapak khusus untuk pembinaan surau. Kemudian surau beralih pula ke Blok D seterusnya Blok C.  Dengan daya usaha penduduk dan AJK Surau ketika itu, satu usaha untuk membina sebuah surau di tapak kosong iaitu kawasan tanah di hujung blok B telah dicadangkan. Perkara ini juga telah mendapat perhatian dari Mufti Negeri Sembilan ketika itu iaitu  Sahibus Samahah Dato' Haji Murtadza bin Haji Ahmad. Kutipan sebanyak RM50.00 setiap rumah penduduk beragama Islam  telah dijalankan sebagai usaha pertama ke arah merealisasikan sebuah surau khas untuk kegunaan penduduk Muslimin dan Muslimah. Alhamdulillah! sebuah surau akhirnya dapat dibina pada tahun 1993. Ketika itu ia hanyalah sebuah bangunan papan.

AJK surau ketika itu ialah
  • Penasihat : Ustaz Akib
  • Pengerusi : Hj. Yusof
  • Setiausaha : En. Wahab
  • Pen/Setiausaha : Hj. Shamsuddin
  • Bendahari :

1995
Pada tahun 1995, melalui bahan terpakai daripada Surau Taman Bukti yang telah diubahsuai, Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbesarkan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan dana sama ada melalui kutipan derma orang ramai dan memohon peruntukan daripada Baitulmal serta Pejabat Menteri Besar. Akhirnya melalui saranan ADUN Senawang ketika itu, Dato' Woo Ah Lek, satu kertas kerja telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Hj. Ahmad Badawi mohon peruntukan untuk menaik taraf Surau Infitah Al-Khairiah


2003
Akhirnya berita mengembirakan diterima daripada Jabatan Pembangunan Negeri Sembilan. Peruntukan sebanyak RM90,000.00 telah diluluskan. Maka pada tahun 2003, berdirilah Surau Infitah Al-Khairiah dengan wajah baru. Surau papan telah digantikan dengan surau batu sepenuhnya. Pentadbiran AJK baru Surau Infitah Al-Khairiah ketika itu ialah,  

  • Hj. Yusof
  • En. Abdullah
  • En. Mohd Nasir
  • En. Roslan
  • En. Baharin
  • Hj. Shamsudin Abu

Seterusnya setelah beberapa AJK berpindah, maka AJK baru sehingga April, 2010 ialah,
  • Pengerusi : Hj. Shamsudin Abu
  • Timb. Pengerusi : En. Ruzali Said
  • Setiausaha : En. Abu Bakar
  • Penolong Setiausaha : -
  • Bendahari : En. Yusof