JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 10 Mei 2014

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 1/2014

AJK SURAU Infitah Al-Khairiah selesai mengadakan mesyuarat AJK kali pertamanya pada 09/05/2014. Mesyuarat dipengerusikan oleh pengerusi baru En. Tajol Ariffin bin Hasan selepas solat maghrib. Agenda mesyuarat antaranya membincangkan tentang sambutan Israk Mikraj yang bakal mendatang.

Kehadiran AJK pada malam itu ialah seramai 13 orang daripada 24 orang. 

Berikut minit mesyuarat AJK tersebut untuk rujukan.

Agenda 1 : Ucapan aluan Pengerusi.
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memohon semua AJK membaca al fatehah untuk memberkati mesyuarat AJK bagi kali yang pertama.  
1.2 Pengerusi juga memaklumkan setiausaha terpaksa datang lewat kerana beliau perlu menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai dahulu. 
1.3 Seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK yang sempat hadir pada mesyuarat tersebut. 

Agenda 2 : Majlis sambutan Israk Mikraj
2.1 Pengerusi membentangkan cadangan untuk majlis sambutan israk mikraj. Atas permintaan En. Nekmat Takin, tarikh asal majlis yang dirancang pada 27hb Mei, akan diawalkan sehari iaitu pada 26hb Mei. Pengerusi telah pun berhubung dengan penceramah dan penceramah tiada masalah berkenaan dengan pindaan tarikh tersebut.  
2.2 Penceramah yang dijemput pada majlis israk mikraj tersebut ialah Ustaz Zulkarnain; Timbalan pengarah Pusat Dakwah bahagian ukhwah dan saudara baru.  
2.3 Untuk urusan makan dan minum, memandangkan komitmen masyarakat setempat yang sibuk bekerja, maka mesyuarat memutuskan sebulat suara ia akan diserahkan kepada pihak katering. Pihak katering terbabit pula akan diputuskan sendiri oleh semua AJK. 
2.4 Mesyuarat juga memutuskan untuk membuat kutipan derma seperti yang selalu dibuat pada masa-masa terdahulu. Untuk urusan kutipan derma ini, pengerusi menyerahkan kepada kebijaksanaan kaum perempuan, cara mana yang dirasakan sesuai dan siapa yang dipertanggunjawabkan untuk membuat kutipan. Jika tugas ini dirasa membebankan, pengerusi tidak memberatkannya kerana bagi pengerusi secara peribadi beliau mahu semua pihak berasa selesa. 
2.5 Mesyuarat juga memutuskan untuk menyewa khemah bagi menampung tempat makan dan minum para jemputan.

3. Agenda 3 : Solat sunat tarawikh
3.1 Sempena kedatangan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, cadangan imam untuk solat sunat tarawikh adalah terdiri dari Ustaz Awal, Hj. Ruzali dan Ustaz Razi. Pengerusi akan berbincang dengan ketiga-tiga nama yang dicadangkan ini sama ada mereka ini bersetuju dan punya kelapangan untuk menjadi imam solat sunat tarawikh. Pihak surau akan mengutamakan ahli kariah setempat terlebih dahulu sebelum menjemput imam dari luar jika memang ketiga-tiga nama yang dicadangkan menolak.
3.2 Surau juga akan meneruskan tradisi yang menjadi kelazimannya iaitu akan mengadakan tahlil aruah sepanjang bulan ramadhan. Tahlil ini akan dibuat oleh imam-imam yang dilantik. Borang untuk tahlil ini akan disediakan oleh pihak surau dan boleh didapati dari AJK.
3.3 Amil bagi memungut zakat di kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diputuskan kepada Hj. Ruzali. Nama beliau telah dihantar sendiri oleh pengerusi. Jika Hj. Ruzali tidak bersetuju maka terpaksalah warga rumah pangsa membayar zakat dengan amil luar nanti.

4. Agenda 4 : Lain-lain hal.
4.1 Duit pendahuluan surau kepada tabung Pertubuhan Khairat dan Kematian berjumlah RM1000.00. Status duit tersebut ialah ia menjadi milik pertubuhan khairat. Pengerusi telah berhubung dengan pengerusi pertubuhan khairat dan beliau memaklumkan duit pendahuluan itu dikira hangus kerana ia termasuk dalam belanja pengurusan.
4.2 Masalah Farid. AJK memutuskan untuk waktu terdekat ini, biarlah dia tinggal di surau. Pengerusi juga meminta jika terdapat sebarang masalah berkaitan, sila berhubung dengan pengerusi surau dan pengerusi akan mengambil tindakan segera. 

4.3 Bagi masalah-masalah lain  : -
i) Salur air yang tersumbat - pengerusi sendiri akan cuba membaikinya nanti.
ii) Tiles yang telah tercabut - menunggu peruntukan kewangan. 2 kertas kerja telah  dihantar ke Baitulmal. Masih menunggu kelulusan.
iii) Lubang di depan mimbar - pengerusi akan mengutus surat ulangan kepada pihak  berkenaan.  

4.4 En. Abdul Ghani selaku Pengerusi Persatuan Penduduk berharap agar pihak surau dapat memberi peluang kepada persatuan penduduk untuk menjalin kerjasama dalam majlis israk mikraj nanti. Pengerusi surau tiada masalah tentang itu malah mengalu-alukan kerjasama tersebut dengan hati terbuka.
5. Agenda 5 : Ucapan Penanguhan
5.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 08:27 malam.