SOLAT SUNAT DHUHA, HAJAT DAN TASBIH AKAN DIADAKAN PADA 12/06/16 INI DENGAN DIIMAMKAN OLEH USTAZ DZUWAZIR HJ SAAT JAM 09:00 PAGI. MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Photobucket

Ahad, 13 Mac 2011

Perpustakaan Mini

Surau Infitah Al-Khairiah telah mewujudkan satu sudut perpustakaan mini. Ia menyediakan koleksi buku-buku agama sumbangan Afaal Resources untuk para jemaah membuat rujukan. Antara koleksi buku-buku tersebut termasuklah kitab fardhu ain, himpunan hadis-hadis pilihan, sirah nabi, ilmu tajwid dan lain-lain. Biarpun kuantiti buku tidak banyak, diharapkan ia menjadi titik tolak kepada AJK untuk berusaha memperbanyakkan lagi koleksi dan mewujudkan satu ruang khas untuk perpustakaan mini tersebut.