JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 21 Mei 2016


Kursus yang dianjurkan oleh KRT dengan kerjasama dari Surau Infitah Al-Khairiah dan Pertubuhan Khairat dan Kematian Kariah Taman Sri Mawar akan dijalankan pada 22/05/2016. Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Kursus adalah percuma. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.

My Image

My Image


My Image

My Image




En. Zul. Bendahari Surau Infitah 

Moderator : Ustaz Hj. Muslal Rakiman

Kelihatan Bilal (baju biru) dan Timb. Pengerusi Surau Infitah (T-shirt oren/hitam)
Tatacara solat jenazah
Pengerusi KRT Rumah Pangsa Senawang. Orang kuat program

Ahad, 3 April 2016

PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA ASNAF DALAM KARIAH FLAT SENAWANG FASA 2

SERAMAI 11 ORANG ASNAF MENERIMA BANTUAN.


  1. Fatimah bt Shidztamiah
  2. Jamaliyah bt Yusoff
  3. Juridah bt Mohd Ali
  4. Kamsiah bt Idris
  5. Khagaariah@Khariah bt Hj. Abbas
  6. Hajah Mah bt Jaafar
  7. Mat Din bin Maarof
  8. Mohammad Noor bin Abdullah
  9. Rahmah bt Ibrahim
  10. Syarifah Nor Azam bt Syed Mohamed
  11. Rugayah bt Sazar Ali


My Image
Penerima bantuan asnaf daripada Mains yg disampaikan oleh YB Tn Ghazali Abd Wahid


My Image

My Image

Selasa, 26 Januari 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 13/01/2016 lalu yang menyaksikan pucuk pimpinan surau masih kekal pada kebanyakan AJK lama. Jika adapun perubahan dalam 10% sahaja. Berikut petikan minit mesyuarat agung tersebut.

Tarikh : 13/01/2016
Masa : 07:45 Malam
Tempat : Surau Infitah Al-Khairiah
Kehadiran Jemaah : 31 Orang



1. Agenda 1 : Ucapan aluan Pemangku Pengerusi (2015)
1.1 Sebelum memulakan mesyuarat agung, mantan pengerusi memohon jemaah membaca surah al-fatehah. Semoga dengan izin Allah; mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. Mantan Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kehadiran jemaah lelaki dan wanita yang berkesempatan hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Surau Infitah Al-Khairiah. Mantan Pengerusi juga memaklumkan tujuan mesyuarat agung tersebut ialah untuk melantik ahli jawatankuasa baru surau bagi sesi pentadbiran 2016-2017.

1.2 Mengimbas kembali mesyuarat agung tahun 2015 yang telah diadakan pada 10/02/2015, mantan pengerusi memaklumkan tiada sebarang keputusan berkenaan pelantikan AJK bagi sesi 2015 tersebut memandangkan kehadiran jemaah pada mesyuarat  sekadar 22 orang sahaja. Bagaimanapun untuk membolehkan surau mendapatkan dana bagi menjalankan aktiviti tahun 2015, organisasi atau pentadbir surau perlu dilantik juga. Oleh kerana tiada sesiapa yang sanggup untuk mentadbir surau, pengerusi ketika itu iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan terpaksa memangku jawatan pengerusi. Malah semua AJK 2015 juga secara automatik turut sama memangku jawatan masing-masing.

2.        Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.1 Mantan Pengerusi memaklumkan tiada sebarang minit yang dibuat pada mesyuarat agung 2015 memandangkan semua jawatan bersifat memangku.

3. Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan  Penyata Kewangan lalu yang berakhir pada 31 Dec, 2015.
3.1 Mantan pengerusi sendiri membentangkan laporan penyata kewangan untuk semakan dan rujukan semua jemaah yang hadir sebagai makluman sahaja.

4. Agenda 4 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2016—2017
4.1 Mantan pengerusi membubarkan semua AJK yang memangku jawatan pada 2015 bagi membolehkan pelantikan AJK baru dibuat.
4.2 Mantan pengerusi meminta jemaah yang hadir melantik seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat agung. Imam Hj Ruzali Said mencadangkan En. Tajol Ariffin mempengerusikan mesyuarat agung tersebut dan dipersetujui oleh semua jemaah.
4.3 Puan Raja Dewi mencadangkan agar kepimpinan lama dikekalkan. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara.
4.4 Berdasarkan senarai AJK lama, pengerusinya ialah En. Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha ialah En. Khairi bin Jahim manakala Bendahari ialah Pn. Norazah bte Baharin. Diikuti oleh 19 lagi AJK lama.
4.5 Atas permintaan pengerusi (En. Tajol Ariffin), 2  orang penyandang jawatan lalu iaitu Setiausaha dan Bendahari ditukar kepada orang lain. Beliau mencadangkan En. Abu Bakar bin Suliman sebagai setiausaha baru menggantikan En. Khairi bin Jahim dan En. Zulkiffly bin Hassan sebagai bendahari menggantikan Pn. Norazah bte Baharin. Serta diwujudkan jawatan penolong setiausaha bagi meringgankan kerja-kerja setiausaha. Penolong setiausaha ialah En. Mohd Amir bin Baba. Semua nama-nama yang dicadangkan ini mendapat sokongan sebulat suara.
4.6 Imam Hj. Ruzali Said pula mencadangkan agar pengerusi juga dibantu oleh seorang timbalan. Jawatan timbalan pengerusi diberikan kepada En. Khairi bin Jahim. Cadangan ini juga mendapat sokongan sebulat suara. Kewujudan jawatan penolong setiausaha dan timbalan pengerusi ini semata-mata bagi membantu dan meringgankan kerja-kerja seorang setiausaha dan pengerusi. 

5 Agenda 5 : Hal-hal Lain.
5.1 Pengerusi memaklumkan untuk sebarang bantuan dan sumbangan yang dianjurkan oleh surau pada masa akan datang, wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sumbangan. Pengerusi terpaksa bertegas dalam hal ini kerana beberapa kesulitan berulang telah terjadi sepanjang majlis penyampaian sumbangan iaitu sumbangan tidak sampai kepada penerima setelah melalui wakil. Bagaimanapun, wakil terdiri dari keluarga terdekat adalah dibenarkan seperti suami/isteri/ibu/bapa dan anak.

6. Agenda 6 : Ucapan Penanguhan.
6.1 Pengerusi amat berharap kepada sesiapa jemaah yang ada formula untuk meramaikan jumlah kehadiran jemaah ke surau agar memberikan buah pandang mereka kepada AJK surau. Ini memandangkan jumlah kehadrian jemaah harian ke surau amat mendukacitakan. Jemaah hanya ramai ketika ada program dibuat.
6.2 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8:30 malam.