JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Khamis, 1 Julai 2010

KRONOLOGI SURAU

 1993
Surau untuk kegunaan umat Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 hanya bermula dengan sebuah rumah di Blok E yang disewa kerana ketika itu tiada tapak khusus untuk pembinaan surau. Kemudian surau beralih pula ke Blok D seterusnya Blok C.  Dengan daya usaha penduduk dan AJK Surau ketika itu, satu usaha untuk membina sebuah surau di tapak kosong iaitu kawasan tanah di hujung blok B telah dicadangkan. Perkara ini juga telah mendapat perhatian dari Mufti Negeri Sembilan ketika itu iaitu  Sahibus Samahah Dato' Haji Murtadza bin Haji Ahmad. Kutipan sebanyak RM50.00 setiap rumah penduduk beragama Islam  telah dijalankan sebagai usaha pertama ke arah merealisasikan sebuah surau khas untuk kegunaan penduduk Muslimin dan Muslimah. Alhamdulillah! sebuah surau akhirnya dapat dibina pada tahun 1993. Ketika itu ia hanyalah sebuah bangunan papan.

AJK surau ketika itu ialah
  • Penasihat : Ustaz Akib
  • Pengerusi : Hj. Yusof
  • Setiausaha : En. Wahab
  • Pen/Setiausaha : Hj. Shamsuddin
  • Bendahari :

1995
Pada tahun 1995, melalui bahan terpakai daripada Surau Taman Bukti yang telah diubahsuai, Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbesarkan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mendapatkan dana sama ada melalui kutipan derma orang ramai dan memohon peruntukan daripada Baitulmal serta Pejabat Menteri Besar. Akhirnya melalui saranan ADUN Senawang ketika itu, Dato' Woo Ah Lek, satu kertas kerja telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri YAB Dato' Hj. Ahmad Badawi mohon peruntukan untuk menaik taraf Surau Infitah Al-Khairiah


2003
Akhirnya berita mengembirakan diterima daripada Jabatan Pembangunan Negeri Sembilan. Peruntukan sebanyak RM90,000.00 telah diluluskan. Maka pada tahun 2003, berdirilah Surau Infitah Al-Khairiah dengan wajah baru. Surau papan telah digantikan dengan surau batu sepenuhnya. Pentadbiran AJK baru Surau Infitah Al-Khairiah ketika itu ialah,  

  • Hj. Yusof
  • En. Abdullah
  • En. Mohd Nasir
  • En. Roslan
  • En. Baharin
  • Hj. Shamsudin Abu

Seterusnya setelah beberapa AJK berpindah, maka AJK baru sehingga April, 2010 ialah,
  • Pengerusi : Hj. Shamsudin Abu
  • Timb. Pengerusi : En. Ruzali Said
  • Setiausaha : En. Abu Bakar
  • Penolong Setiausaha : -
  • Bendahari : En. Yusof


2010
Meskipun Surau Infitah Al-Khairiah telah membangun namun penggunaannya hanyalah diperingkat maksimum kerana ahli kariahnya tidak begitu menumpukan perhatian untuk mengimarahkan surau tersebut. Tambahan pula ramai dikalangan AJK Surau Infitah Al-Khairiah telah berpindah ke kawasan perumahan lain. Menurut laporan daripada Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan, pendaftaran Surau Infitah Al-Khairiah sebenarnya telah ditamatkan pada tahun 2001 kerana tiadanya laporan Mesyuarat Agung Tahunan yang dihantar oleh pihak AJKnya. Status Surau Infitah Al-Khairiah telah diletakan sebagai 'tidak aktif'.

Sekitar bulan Mac, atas kesedaran dan rasa tanggunjawab Timbalan Pengerusinya, En. Ruzali Said - satu mesyuarat khas untuk menstruktur semula pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah telah dibuat. Lewat tanggal  22hb Mac, 2010 jam 8.30 malam, satu Mesyuarat Agung Kali Pertama - Sesi 2010 telah diadakan di Surau Infitah Al-Khairiah. Kehadiran pada malam itu lebih kurang seramai 25 orang. 

AJK baru Surau Infitah Al-Khairiah 

  • Pengerusi : En. Mohd Awal Mangsor
  • Timb. Pengerusi : En. Ruzali Said
  • Setiausaha : En. Abdul Ghani Mansoor
  • Penolong Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan
  • Bendahari : Pn. Norhisham Hj Ithnin
  • AJK 
  1. En. Nekmat Takin
  2. En. Mohd Najib Hamim
  3. En. Arzreen Aba2
  4. En. Manap Bakar
  5. Pn. Raja Dewi Sulong
  6. Pn. Sarimah Osman
  7. Pn. Azila Alias
  8. Pn. Hamidah Basar
  • Pemeriksa Kira-kira
  1. Pn. Normala Al-Attas
  2. Pn. Paridah Hj Hamid

Kini Surau Infitah Al-Khairiah telah melalui sekali lagi pengubahsuaian melalui peruntukan yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak RM30,000.00. Antara pengubahsuaian itu ialah penambahan 'tiles' dibeberapa bahagian surau, pagar dan pintunya telah ditukar, kemasukan penghawa dingin, penukaran karpet baru, papan tanda baru, PA sistem telah diperbaiki dan struktur surau telah dicat semula. Ia dilakukan semata-mata untuk memberi keselesaan maksimum kepada jemaah yang sekaligus dapat menarik jemaah untuk sama-sama mengimarahkan surau. Pendaftaran Surau Infitah Al-Khairiah telah diperbaharui. Melalui pentadbiran baru ini, pelbagai program telah disusun dan dilaksanakan antaranya Majlis Bacaan Yasin pada setiap hari Khamis serta kelas belajar berzanji secara percuma pada setiap hari sabtu. Daripada baki akaun sebanyak RM32.00, kini akaun Surau Infitah Al-Khairiah telah melebihi RM10,000.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan