JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Khamis, 17 Mac 2011

Kelas Belajar Mengaji Dan Fardhu Ain.

Akhirnya, melalui peruntukan yang diperolehi dari Baitulmal; Surau Infitah Al-Khairiah telah dapat membuka kelas mengaji dan belajar fardhu ain. Kelas ini akan bermula pada pertengahan bulan Mac, 2011 dengan tanaga pengajarnya setakat ini cuma seorang iaitu Ustazah Mah. Penduduk-penduduk kawsasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 boleh menghantar anak-anak mereka untuk belajar mengaji dan fardhu ain secara percuma kerana pihak surau telah menyediakan elaun khas untuk tenaga pengajarnya.

Untuk peringkat permulaan ini, kelas mengaji akan diadakan pada hari isnin, selasa, khamis dan jumaat manakala kelas fardhu ain pada hari rabu. Kelas dewasa belajar tajwid kemungkinan akan diadakan pada hari sabtu. Masa yang ditentukan untuk kelas mengaji ialah dari pukul 5.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Kelas belajar fardu ain pada hari rabu akan bermula kira-kira pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang.

Diharapkan penduduk-penduduk setempat dapat mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak mereka mengaji dan belajar fardhu ain secara percuma. Semoga Surau Infitah Al-Khairiah terus mendapat berkah Ilahi dan dikunjungi oleh ramai jemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan