JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 17 Jun 2012

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

MAJLIS ISRAK MIKRAJ anjuran Surau Infitah Al-Khairiah usai disambut pada 16/06/2012. Alhamdulillah, majlis dihadiri oleh ramai jemaah. Persiapan sambutan telah diadakan seawal pagi dengan golongan muslimah berkerjasama menyediakan masakan untuk hidangan pada sebelah malam. 

Pada sebelah malamnya, solat secara berjemaah telah dilakukan di bawah pimpinan imam Surau Infitah Al-Khairiah. Seterusnya ceramah khusus tentang israk mikraj disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah iaitu Ustaz Solihin Abdi. Usai ceramah, Ustaz Solihin mengimamkan solat isyak berjemaah.

Isnin, 11 Jun 2012

Mesyuarat Membincangkan Sambutan Israk Mikraj

Tanggal 11/06/2012 telah diadakan mesyuarat atau tepatnya perbincangan antara sesama ahli kariah. Perbincangan ini lebih kepada untuk mengatur tentatif sambutan. Ia dipengerusikan oleh imam surau Infitah Al-Khairiah, Hj. Ruzali Said. Biarpun perbincangan ini tidak secara formal kerana surat penggilan mesyuarat kepada AJK tidak dibuat, tetapi selaku setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah saya minitkan juga di sini secara ringkas. 

Semua yang hadir sepakat memutuskan sambutan israk mikraj tersebut akan diadakan pada 16/06/2012 iaitu pada hari sabtu memandangkan ramai yang ada kelapangan ketika itu. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Solihin daripada pusat Islam Paroi. Untuk jamuan selepas ceramah, Puan Normala akan mengetuai proses penyediaan masakan dan beliau akan dibantu oleh beberapa orang jemaah perempuan. 

Kutipan derma untuk israk mikraj juga akan dibuat seperti biasa dan terpulang kepada ahli kariah samada untuk menderma wang, tenaga atau barangan. 2 orang ahli kariah sedia menderma 15kg beras. Sementara khemah akan ditaja oleh KRT. 

Perbincangan juga menyentuh tentang tarikh untuk kenduri sempena kedatangan ramadhan. Ia diputuskan pada 14/07/2012. 

Dalam perbincangan lain-lain hal, Puan Azizah Mahmud mencadangkan surau memasang kaset bacaan yasin setiap kali berlaku kematian ahli kariah. Ia untuk memaklumkan secara tidak langsung kepada seluruh kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, terdapat kematian di kariah mereka. 

Imam Hj. Ruzali pula mencadangkan kelengkapan pinggan mangkuk ditambah memandangkan banyak peralatan tersebut telah rosak dan hilang. Puan Normala juga membangkitkan tentang peralatan memasak yang banyak telah rosak dan perlu diganti/dibeli baru. En. Tajol Ariffin mencadangkan berdasarkan status kewangan surau sekarang, pada bulan ramadhan nanti surau dapat menyumbang sesuatu kepada golongan asnaf yang 8 termasuk anak-anak yatim dan OKU. 

Untuk majlis israk mikraj, semua yang hadir bersetuju dan meluluskan peruntukan sebanyak RM1500. Jika terdapat lebihan nanti, ia akan dimasukan semula ke dalam akaun surau.

Mesyuarat/perbincangan berakhir jam 9:00 malam.

Daftar kehadiran :

  1. Hj. Ruzali Said
  2. Tajol Ariffin Hasan
  3. Nekmat Takin
  4. Hj. Shamsudin Abu
  5. Mohamad Yusof Sirat
  6. Maimunah Abu Talib
  7. Azizah Mahmud
  8. Rosnah Salleh
  9. Hjh. Halimah Hasan
  10. Khairiah
  11. Norisah Mohd Yassin
  12. Nor Azah Baharin
  13. Norhisham Hj. Ithnin
  14. Normala Al-Attas

Sabtu, 11 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

ALHAMDULILLAH, sambutan Maulidur Rasul kali ini berjalan lancar dengan antara pengisiannya ialah perarakan dengan iringan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Mohamad S.A.W selepas solat asar. Diikuti persembahan nasyid selepas usai perarakan. 

Pengisian sebelah malam pula ialah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Ayub Baharudin. 

Program kali ini disertai oleh gabungan 2 NGO iaitu Surau Infitah Al-khairiah dan KRT.

Rabu, 8 Februari 2012

MESYUARAT AJK KALI KE 2/2012

Mesyuarat AJK kali ke 2 bagi sesi 2012 telah dijalankan pada 4hb Feb, 2012 selepas solat maghrib. Agenda mesyuarat antaranya berkenaan majlis sambutan Maulidur rasul pada 11hb feb, 2012. KRT Rumah pangsa terlibat secara langsung disamping Persatuan Penduduk, RELA, COMBI, UMNO Cawangan dan SRS. Dijangka perarakan Maulidur Rasul akan diadakan selepas solat asar diikuti persembahan nasyid dan ceramah agama pada sebelah malamnya. (Selepas solat maghrib).

Mesyuarat juga telah mengenal pasti 7 orang ahli kariah yang akan mengadakan korban pada tahun ini iaitu

  1. En. Tajol Ariffin bin Hasan (S/U Surau Infitah Al-Khairiah)
  2. En. Mohd Rizal bin Ruzali
  3. Hajjah Mah (AJK Surau Infitah Al-Khairiah)
  4. Pn. Norjan (Bendahari KRT)
  5. Pn. Norhasimah
  6. Pn. Ina (S/U KRT)

Isnin, 21 November 2011

SAMBUTAN AWAL MUHARAM

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah mengadakan sambutan awal muhamram /maal hijrah pada 26hb Nov, 2011. Aturcara majlis bermula sebelum solat maghrib dengan bacaan doa akhir tahun. dipimpin oleh Ustaz Radzi Akib. Selepas maghrib bacaan doa awal  tahun diikuti dengan bacaan yasin. Jamuan makan akan diadakan selepas solat isyak. Alhamdulillah, ramai jemaah yang hadir pada malam itu terutama kanak-kanak.

Dengan berlangsungnya majlis yang sederhana ini maka tertunailah amanah yang dipikulkan oleh Imam 1 Surau Infitah Al-Khairiah, Tn. Hj. Ruzali yang mahukan sambutan maal hijrah diadakan meskipun beliau tiada kerana menunaikan fardhu haji.


Rabu, 9 November 2011

PROGRAM LAWATAN KE 2: ZIARAH KE MASJID

PROGRAM LAWATAN KE MASJID KRISTAL tempoh hari saya kira sebagai berjaya. Manakan tidak, dari cadangan asal hanya menggunakan sebuah bas, akhirnya terpaksa menggunakan 2 buah bas. Begitu pun, masih ramai yang tertinggal. Beberapa hari menjelang hari berangkat rombongan ke Masjid Kristal Terengganu, bilangan jemaah terutama kanak-kanak ramai yang datang ke surau dengan harapan mereka dapat ikut serta. Namun kerana tempat sudah penuh, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Seorang AJK surau membisikan sesuatu kepada saya. Setelah termenung sejenak, saya anggukan kepala. Apa yang saya anggukan?

Anggukan kepala itu  saya terjemah melalui satu kertas kerja, kali ini kepada Baitulmal. Kertas kerja itu memohon dana daripada Baitulmal untuk menganjur program lawatan ke Masjid-Masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Hari ini saya dikhabarkan dengan berita gembira apabila kertas kerja itu diluluskan oleh Baitulmal.

Kali ini 5 buah masjid bakal dilawati. Surau Infitah Al-Khairiah mahu menjadikan program lawatan ke masjid sebagai salah satu destinasi pelancongan popular.

Masjid Negara, Kuala Lumpur
Masjid Sultan Al-Mizan (Masjid Besi), Putrajaya
Masjid Wilayah Persekutuan (Masjid Jln Duta), Selangor
Masjid Putra, Putrajaya
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Selangor

Senarai peserta yang mengikuti program ziarah ke masjid-masjid 2


  1. NEKMAT BIN TAKIN (Pembantu Urusetia)
  2. MAIMUNAH BTE ABU TALIB
  3. MUHAMAD ZAHIRUDDIN BIN NEKMAT
  4. NUR SYAHIRAH BTE NEKMAT
  5. MUHAMMAD ZAINI BIN NEKMAT
  6. MUHAMMAD ZIKRI BIN NEKMAT
  7. MUHAMMAD AIDIL ZAFRAN BIN NEKMAT
  8. MOHD ZAHIRUDDIN BIN MOHD SAAD
  9. SUHAILI  BIN SUMIRING
  10. ANIS NUR FARAHHANA
  11. SITI NURITA BR MOHD SAAD
  12. PUTERI AZLIZ NURBAYA BT AZIZ
  13. TAJOL ARIFFIN BIN HASAN  (Ketua Program)
  14. SERPIAH BT SAAD
  15. PUTRIE NUR AMALINA BT. TAJOL ARIFFIN (Pembantu Urusetia)
  16. SAUFI ALIFF BIN TAJOL ARIFFIN
  17. TAJOL ASHRAF BIN TAJOL ARIFFIN 
  18. NUR SYAFFAAT BT TAJOL ARIFFIN
  19. QASYAF BIN TAJOL ASHRAF
  20. IMAM HJ. RUZALI BIN SAID (Ketua Urusetia)
  21. NORIMANWATY BINTI RUZALI
  22. MOHD SHAHRIZAD B ZULKIFLI
  23. MUHAMMAD MUZAKKIR BIN MOHD RADZI
  24. NURUL AFIFAH BT ABU KASSIM
  25. UMMU NABILAH BT ABDUL RASHID
  26. NUR HIDAYAH BT ABDUL RASYID
  27. HAZIQ ISKANDAR BIN ABDUL RASYID
  28. ARIF SYAFIQ BIN HAMZAH
  29. USTAZAH MAH BT. JAAFAR (Pembantu urusetia)
  30. NUR FARAH IZZATI BT MOHD HANAFIAH
  31. MUHAMMAD FAKHRI B BAKAR
  32. WAN MUHAMMAD IZZAT SYAZANI WAN SUHAIMI
  33. NUR FARAH ATIKAH BT MOHD HANAFIAH
  34. NUR SHABIRAH BTE MOHD RADZI
  35. MOHD FAZZLI SITORUS HERMAN
  36. NUR SHYUHADDAH ATHIRAH BT. ZULKIFLI
  37. MOHAMMAD TAHJUD B. M.ROZMI
  38. NUR FARISHA ASWANI BT JUNAIDI
  39. MOHD AINUL RUSHAIDI B. ABDUL GHANI
  40. MOHD FARHAN AIMAN B. ABDUL GHANI


Ahad, 16 Oktober 2011

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Sejarah tercipta, rasanya tidak terlalu takbur jika dikatakan satu-satunya surau di dalam Negeri Sembilan ini yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin yang turut diiringi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan. Kemuncak kronologi penubuhan Surau Infitah Al-Khairiah sejak lebih 10 tahun lalu berlaku pada hari ini 15/10/2011.