SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah mengadakan sambutan awal muhamram /maal hijrah pada 26hb Nov, 2011. Aturcara majlis bermula sebelum solat maghrib dengan bacaan doa akhir tahun. dipimpin oleh Ustaz Radzi Akib. Selepas maghrib bacaan doa awal tahun diikuti dengan bacaan yasin. Jamuan makan akan diadakan selepas solat isyak. Alhamdulillah, ramai jemaah yang hadir pada malam itu terutama kanak-kanak.
Dengan berlangsungnya majlis yang sederhana ini maka tertunailah amanah yang dipikulkan oleh Imam 1 Surau Infitah Al-Khairiah, Tn. Hj. Ruzali yang mahukan sambutan maal hijrah diadakan meskipun beliau tiada kerana menunaikan fardhu haji.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan