Surau Infitah Al-Khairiah RPSF2 melalui anjuran bersama dengan Badan Kebajikan RPSF2 dan UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 buat julung kalinya berjaya menganjurkan satu majlis khas iaitu Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim pada 05hb Sept, 2010 yang lalu. Majlis lebih meriah dan bermakna dengan kehadiran YB Datuk Hj Hasim bin Rusdi, ADUN Kawasan Labu merangkap Ketua UMNO Bahagian Rasah bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah iaitu YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb bin Abdullah. Berikut sebahagian gambar aktiviti majlis berkenaan.
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
Sebahagian Jemaah wanita sedang menikmati juadah berbuka puasa |
Antara komuniti kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 yang hadir |
Kelihatan Iman 1 dan 2 serta SU Surau Infitah Al-Khairiah bersama YB DatukHj Hasim dan YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb |
Pengerusi merangkap Imam 2 Surau Infitah Al-Khairiah sedang menyampaikan sedikit ucapan |
Kelihatan Imam 1, En Ruzali bersama YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb dan YB Datuk Hj Hasim |
YB Datuk Hj Hasim, ADUN Kawasan Labu sedang menyampaikan ucapan |
Pengerusi Majlis menyampaikan ucapan aluan kepada YB Datuk Hj Hasim dan YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb |
YB Datuk Hj.Hasim sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada warga ibu tunggal |
YB Senator Dato' Hj. Mohammed Najeeb sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada salah seorang anak yatim |
Duit Raya! Khusus kepada anak-anak yang datang mengerjakan solat sunat tarawikh pada malam itu |
Antara jemaah wanita yang hadir |
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan