JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 21 Disember 2014

MAULIDUR RASUL :PERSEDIAAN


SURAU INFITAH AL KHAIRIAH sekali lagi akan menganjurkan sambutan Maulidur Rasul pada 3hb Jan, 2015. Kali ini pihak surau akan bekerjasama dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa II. Penceramah jemputan ialah Tuan Hj. Zaher Rudin Hj. Moktar; imam 1 Masjid Negeri. 

Rabu, 15 Oktober 2014

MESYUARAT AJK BIL 2/2014. PERBINCANGAN BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI NGO FLAT SENAWANG FASA 2

Pada 23hb September, 2014; pengerusi surau Infitah telah memanggil satu mesyuarat antara AJK surau dengan pengerusi-pengerusi NGO yang terdapat di kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. 

Agenda mesyuarat antara lain ialah bagi membuat post mortem terhadap aktiviti terkini yang telah dijalankan iaitu sambutan rumah terbuka aidilfitri. Memandangkan ia dijalankan secara kerjasama antara beberapa NGO buat pertama kalinya maka pengerusi berpendapat jalinan kerjasama ini perlu diteruskan lagi demi memantapkan perpaduan antara penduduk terutama muslimin dan muslimat.

Secara keseluruhan, aktiviti atau program yang telah dijalankan tersebut menampakan kejayaan yang di luar jangka. Terdapat kehadiran bangsa asing terdiri dari India dan China yang turut meraikan rumah terbuka tersebut biarpun ia diadakan di perkarangan surau. 

Kos penganjuran majlis adalah RM1306.00. Ini tidak termasuk sumbangan berbentuk makanan dan hamper dari NGO-NGO yang terbabit. Pengerusi melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana Baitulmal Negeri Sembilan turut memberikan bantuan kewangan bagi melicinkan program.

Persatuan Penduduk RPSF2 telah menyumbangkan 6 hamper dan menaja lemang. Pewita telah menaja khemah dan menyumbangkan 5 hamper manakala Combi menyumbangkan 1000 cucuk sate dan 5 hamper. Umno Cawangan telah menaja barisan pendeklamasi puisi daripada Jabatan Kebudayaan Negeri Sembilan; yang telah mendeklamasikan puisi berkenaan Gaza serta menaja bendera Malaysia kerana sambutan turut memasukan agenda sambutan bulan kemerdekaan. Sumbangan wang tunai RM500.00 dari pengerusi Gerakan Negeri bagi membiayai sambutan bulan kemerdekaan turut disampaikan pada malam tersebut. Tetamu terhormat ialah Exco Negeri Sembilan YB Dato' Hasim Rusdi.

Rabu, 27 Ogos 2014

GAMBAR SEKITAR PROGRAM


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image



My Image

My Image

Selain majlis jamuan hari raya, turut diadakan ialah majlis pelancaran bulan kemerdekaan. Pada majlis itu En. David mewakili Dato' Hj. Hasim Rusdi menyampaikan jalur gemilang kepada pengerusi-pengerusi NGO yang terbabit yang terdiri dari pengerusi surau Infitah Al-Khairiah (En. Tajol Ariffin Hasan), pengerusi COMBI (Pn. Norjan Ismail), pengerusi Persatuan Penduduk (En. Abdul Ghani Mansor) dan Pengerusi Pewita (Pn. Raja Dewi Sulong) manakala jalur gemilang untuk ketua Umno Cawangan diberikan kepada En. Abdul Ghani Mansor yang juga merangkap pengerusi Badan Kebajikan RPSF2.

Antara tetamu VIP yang kekesempatan hadir pada malam itu ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi (Ketua Umno Bahagian Rasah), En. David (Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan), pegawai COMBI dan beberapa orang ketua cawangan.

Untuk memaknakan lagi pengertian bulan kemerdekaan, artis budaya yang diketuai oleh En. Yuzimudin telah mendeklamasikan sajak berkenaan kekejaman Israel di bumi Gaza. 

Khamis, 14 Ogos 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI



PIHAK SURAU INFITAH AL KHAIRIAH berbesar hati menganjurkan majlis rumah terbuka pada tahun ini bertarikh 26hb Ogos, 2014; iaitu pada hari terakhir syawal. Kali ini pihak surau menjemput kerjasama daripada beberapa NGO di kawasan kejiranan yang sama. NGO yang telah memberikan persetujuan ialah COMBI, Persatuan Penduduk RPSF2, Umno Cawangan, Badan Kebajikan RPSF2 dan Pewita.

Menurut pengerusinya En. Tajol Ariffin Hasan; ini adalah julung kalinya pentadbiran surau berjaya mendapatkan kerjasama daripada NGO-NGO terbabit. Pengerusi-pengerusi NGO terbabit telahpun memberikan persetujuannya dalam mesyuarat AJK surau yang telah diadakan pada 10hb Ogos lalu.

Persetujuan terkini diperolehi daripada pengerusi Pewita iaitu Puan Raja Dewi Sulong. Sementara Pengerusi Combi iaitu Puan Norjan Ismail awal-awal lagi telah menyatakan persetujuan untuk bergabung bagi menganjurkan majlis rumah terbuka tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk, En. Abdul Ghani juga telah menyatakan persetujuannya untuk bergabung dalam program jamuan hari raya tersebut. Beliau juga akan menjemput beberapa VIP untuk turut serta memeriahkan program.

Antara aturcara program ialah solat maghrib dan isyak berjemaah di Surau Infitah Al-Khairiah. Cabutan no bertuah dengan hadiah hamper juga disediakan. Nawaitu utama program tidak lain selain hanya untuk menyatukan semua penduduk dan menjalin kerjasama dengan semangat muhibbah yang tinggi.

En. Tajol Ariffin Hasan berharap ini bukanlah kerjasama terakhir dari NGO-NGO terbabit tetapi sebaliknya sebagai satu langkah permulaan kepada penyatuan NGO-NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

"Muafakat Membawa Berkat"


Khamis, 7 Ogos 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA KEPADA OKU, IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS

Majlis dilangsungkan pada 18hb Julai, 2014. Seramai kira-kira 49 orang penerima sumbangan pada tahun ini. Pihak surau juga turut memberi sumbangan kepada imam 1 dan imam 2 yang menjadi imam solat sunat terawikh. Juga diberikan sumbangan kepada bilal dan siak.

Bagi duit raya kanak-kanak, seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak sekolah diberikan duit raya sejumlah RM5.00 seorang. Turut menerima duit raya ialah beberapa orang AJK utama yang terlibat sepenuh masa sepanjang moreh ramadhan.

Dalam ucapan ringkas pengerusi surau, En.Tajol Ariffin; beliau mewakili seluruh AJK surau memohon ampun dan maaf zahir bathin kepada para jemaah. Beliau mengingatkan bahawa sumbangan yang diberikan janganlah dinilai dengan wang ringgit tetapi anggaplah ia sebagai rezeki Allah yang harus disyukuri. InsyaAllah, pemberian sumbangan raya ini akan djadikan satu program tahunan menjelang raya.

Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi Persatuan Penduduk RPSF2, pengerusi KRT, ketua Umno cawangan dan pengerusi Combi.






Ahad, 6 Julai 2014


SOLAT SUNAT TARAWIKH DAN TAHLIL

SEPANJANG bulan ramadhan ini Surau Infitah Al-Khairiah akan membuat solat sunat tarawikh yang akan diimami oleh Ustaz Razi dan Imam Ruzali serta Bilal Nekmat secara bergiliran. Muslimin dan muslimat dijemput agar dapat sama-sama mengimarahkan surau dengan menyertai solat sunat tarawikh ini. Disamping itu, bagi jemaah yang ingin membuat tahlil, borang tahlil telah disediakan oleh AJK surau dan boleh berbuat demikian dengan menghantar borang kepada barisan AJK surau. 

Imam Ruzali juga telah dilantik sebagai amil bagi memungut wang zakat yang bernilai RM6.50 pada tahun ini. Beliau boleh ditemui pada setiap malam di surau Infitah Al-Khairiah atau boleh juga datang ke rumah beliau untuk tujuan membayar zakat.

Bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan. Pihak AJK surau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk juadah moreh atau apa saja sumbangan demi mengambil kesempatan pada bulan yang mulia lagi berakah ini.