JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Isnin, 14 Januari 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

KEPUTUSAN pelantikan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014 memperlihatkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam organisasi pentadbirannya. Hampir kesemua jawatan teratas telah bertukar orang kecuali jawatan setiausaha yang masih mengekalkan orang lama. Bagaimanapun barisan AJK lama yang menduduki jawatan teratas masih dikekalkan sebagai AJK bagi sesi pelantikan baru ini.

Bagi jawatan pengerusi surau, En. Abd. Ghani Mansoor yang pernah menjawat jawatan setiausaha pada pentadbiran tahun 2010 lalu telah dilantik dengan undi majoriti (19 undi) mengalahkan penyandang pengerusi 2012; Hj. Ruzali Said (6 undi). Jawatan setiausaha mengekalkan En. Tajol Ariffin Hasan dengan undi sebulat suara begitu juga dengan jawatan Bendahari telah digantikan oleh Pn. Nor Azah Baharin kerana Pn. Norhisham Hj. Ihtnin meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun seperti mantan pengerusi 2012, beliau juga dilantik menjadi AJK bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014.

Jemaah mesyuarat juga atas cadangan En. Nekmat Takin bersetuju melantik semua yang hadir pada mesyuarat agung malam itu (31 orang) menjadi AJK secara automatik. Jemaah melihat dengan pelantikan jumlah AJK yang ramai ini akan menambah kecekapan pentadbiran organisasi baru surau.


Selasa, 11 Disember 2012

SAMBUTAN AWAL MUHARAM

TANGGAL 14hb November bersamaan 1 Muharam 1434, sekali lagi Surau Infitah Al-Khairiah menganjurkan sambutan awal muharam. Kali ini majlis dilangsungkan dengan kerjasama KRT RPSF2. Bacaan yassin dan tahlil aruah di bawah pimpinan iman 1 surau Infitah telah dibuat sebagai pengisian majlis tersebut; diikuti solat maghrib dan isyak berjemaah. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan.
 AJK surau merakam ucapan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran umat Islam sekitar komuniti RPSF2 dan begitu juga kepada pihak Baitulmal atas bantuan kewangan untuk menjalankan masjlis tersebut.

DEFINISI :

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

My Image

My Image

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sabtu, 3 November 2012

SEKITAR MAJLIS KORBAN SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH

3 ekor lembu dikorbankan sempena aidil adha kali ini. Majlis korban bermula seawal jam 6:00 pagi dengan penglibatan seluruh komuniti. 2 ekor lembu disedekah oleh YB Tan Sri Isa Samad manakala 1 ekor lagi adalah lembu korban penduduk RPSF2.

Sabtu, 8 September 2012

RUMAH TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH DAN KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah bersama-sama menganjurkan rumah terbuka sempena aidil fitri pada 08/09/2012 bersamaan hari sabtu bermula jam 2:00 petang sehingga jam 6:00 petang. Rumah terbuka tersebut turut dihadiri oleh beberapa jemputan termasuk pegawai perpaduan daerah dan penolongnya bagi mewakili Jabatan Perpaduan Negeri iaitu En. Fazli dan En. Asraf Abdullah. Turut kelihatan ialah Dato' Hj. Zainol Ishak, YDP Persatuan Penjaja. 

Khamis, 9 Ogos 2012

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN RAYA

ALHAMDULILLAH...MAJLIS berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya kepada ahli kariah di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 terdiri dari warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya dan kanak-kanak sekolah bawah 17 tahun berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah. Jemaah dari pelbagai umur telah mula berkumpul di khemah di hadapan surau seawal jam 6:30 petang. 

Wakil dari PPD (Pejabat Perpaduan Daerah) turut hadir iaitu Pegawai Perpaduan Daerah - Sdr Fadzli dan penolongnya Sdr Asraf Abdullah. Majlis dipengerusikan oleh setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah. majlis penyampaian sumbangan dilakukan selepas usai solat sunat tarawikh.

Berikut senarai nama penerima sumbangan raya tersebut :
ORANG KURANG UPAYA (OKU)
No
Nama
Blok
1
MAIMON
C
2
ROGAYAH BTE SAZAR ALI
E-33
3
NORAZAH BTE BAHARIN
E-48
4
SALLEH BIN ABDULLAH
D
-
JUMLAH
4 Orang
WARGA EMAS
No
Nama
Blok
1
HAJJAH MAH BTE JAAFAR
E-4
2
KAMSIAH BTE IDRIS
C-15
3
KHAIRIAH BTE HJ ABAS
C
4
MOHAMAD YUSOF BIN SIRAT
C-12
5
NORISAH BTE YASIN
D-34
6
PUTEH BTE BONGSU
E-19
-
JUMLAH
6 Orang
IBU TUNGGAL
No
Nama
Blok
1
AZIZAH BTE MAHMUD
E-11
2
FARIDAH BTE HJ. HAMID
C-41
3
FATIMAH BINTI SHIDZTAMIAH
F-13
4
JAMILIAH BTE YUSOF
B-14
5
JUNAIDAH BTE MOHD YUSOF
B-12
6
LATIPAH BTE OMAR
A-9
7
MAZWIAH BTE MD ZAIN
E
8
MORANA BTE SA'ABAN
C-32
9
NORASIMAH
F
10
NORHAIDA BTE ABU HASAN
C-15
11
NORLITA BTE CHE LE
B-16
12
RAJA DEWI BTE SULONG
C-36
13
RUSNAH BTE SALLEH (KAK WOK)
B-18
14
SERPIAH BTE SA'AD
E-7
15
SHARIPAH NOR AZAM BINTI SYED MOHAMED
D-12
16
SHASA BTE BAHARIN
B
17
SOM
B
18
ZUBAIDAH BINTI RASIP
A-7
-
JUMLAH
18 Orang
KANAK-KANAK/MURID SEKOLAH (BAWAH 17 TAHUN)
BIL NAMA BLOK BIL NAMA BLOK
1
ADAM AL-ZIKRI BIN MOHD JEFRI
D-22
61
NAUFAL  BIN YASSIN 
E
2
ADAM HAZIQ BIN AZMI
B
62
NOR AMIRA SYAHIRA BTE MOHD RADZI
C-15
3
AIMAN BIN SHAHBUDIN
-
63
NOR ATHIRAH SYAHIRA BTE MOHD RADZI
C-15
4
AIN BATRISHA BTE MUHAMMAD ZAHAR
F-13
64
NORFAIYA BTE FAUZEE
E-32
5
AKMAL IRFAN BIN ARZREEN
C-43
65
NORHAIZRIN BTE NORHAIZI
-
6
AMMAR QAYYUM BIN ARZREEN
C-43
66
NUR ADRINA BTE ZULKEFLI
E-33
7
ANISHA BTE MASNI
E-8
67
NUR AFINI NAJAAH BTE MOHD AMIR
-
8
AQIUDDIN BIN ADIKUN
E-32
68
NUR AIN SYAFIQAH BTE ZOLKIFLI
B-1
9
AYU NAZIRA BTE SHAFIE
-
69
NUR AISYAH BTE HERMAN
E-33
10
AZIRA BTE AZMI
B
70
NUR ALIAH NATASYA BTE MOHD AMIR
-
11
AZIRUL BIN AZMI
B
71
NUR DIYANA BTE SHAFIE
-
12
DANIAL BIN ABD RASHID
E-6
72
NUR FARAH ATIKAH BTE MOHD HANAFIAH
B-2
13
ELYSHA DANIAL
B
73
NUR FARAH IZZATI BTE MOHD HANAFIAH
B-2
14
EMYLIA BALQIS BTE MOHD ARIS
C-29
74
NUR LIYANA IZZATY BTE MOHD ARIS
C-29
15
MOHD FADHLI BIN MD ZAHAR
F-15
75
NUR NAFISAH BTE FEIZAL
A-6
16
HAZIQ BIN ABD RASHID
A-6
76
NUR SYAFAAT BTE TAJOL ARIFFIN
D-5
17
MARDHIAH BTE SAYUDI
A-17
77
NUR SYUHADDAH ATHIRAH BTE ZOKIFLI
B-1
18
MOHD AINUL RUSHAIDI BIN ABDUL GHANI
F-10
78
NUR ZURIN ZAKIRA BTE ZULKEFLI
-
19
MOHD DANIAL RIZAL BIN ROSLAN
C-22
79
NURALISYA FIQAH BTE AZMI
B
20
MOHD FADHLI BIN MD ZAHAR
F-15
80
NURAMALINA BTE ABDUL GHANI
F-10
21
MOHD FARHAN AIMAN BIN ABDUL GHANI
F-10
81
NURAZURIN BIN AZMI
B
22
MOHD FAZLI BIN HERMAN
E-33
82
NURHIDAYAH BTE ABD RASHID
E-6
23
MOHD FIRASH BIN MOHD FARID
F-6
83
NURUL AIN SAFIYYAH BTE ZULFAQAR
B
24
MOHD FITRI BIN SALLEHUDIN TAN
D-20
84
NURUL ANISA SYAFIQAH BTE ZULFAKAR
B
25
MOHD HAIKAL BIN ROSLAN
C-22
85
NURUL KHAIRIAH BTE ABDUL HADI
C-4
26
MOHD HAZIQ BIN SHAFIQ
-
86
NURZURIN ZAFIRA BTE ZULKEFLI
E-33
27
MOHD IKHWAN AQIL BIN ABDUL GHANI
F-10
87
QASYAF BIN TAJOL ARIFFIN
D-5
28
MOHD NOR ADAM BIN BASIRON
-
88
RIEZMAN SHAH BIN MOHD ARIS
C-29
29
MOHD NORHAZRIL DANIAL BIN MOHD ASZELI
B-17
89
SAUFI ALIFF BIN TAJOL ARIFFIN
D-5
30
MOHD RAFIQ BIN MOHD RAZI
-
90
SITI AISYAH BIN SHAHBUDIN
-
31
MOHD SHAHRIZAD BIN ZOLKIFLI
B-1
91
SITI AISYAH BTE ZAINAL ANUAR
-
32
MOHD SIDDIQ BIN KASSIM
E-6
92
SITI AISYAH BTE ZULFAQAR
B
33
MOHD SUHAILI BIN SUMIRING
E-42
93
SITI KHADIJAH BTE SUFIAN
E
34
MOHD SYAFIQ BIN HERMAN
E-33
94
SITI KHADIJAH BTE ZULFAQAR
B
35
MOHD SYAKIR ARIF BIN MOHD SALLEH
D-45
95
SITI NURFARISHA BTE MOHD FARID
F-6
36
MOHD SYARIFUDDIN BIN MOHD SALLEH
D-45
96
SITI NURLITA BTE MOHD SAAD
F-35
37
MOHD SYAZWAN BIN MOHD SALLEH
D-45
97
SUHAILA BTE MD ZAHAR
F-15
38
MUHAMMAD AIDIL ZAFRAN BIN NEKMAT
C-20
98
SUHAILI BIN MD ZAHAR
F-15
39
MUHAMMAD AR-BAIN
F-26
99
UMAIRAH BTE AJIS
C-32
40
MUHAMMAD ARIF BIN HANAFI
D-48
100
WAN MOHD AMIRUL BIN WAN ISKANDAR
B
41
MUHAMMAD DANISH BIN ROSNIZAM
-
101
WAN MUHAMMAD IZZAT SYAZANI BIN WAN SUHAIMI
E-48
42
MUHAMMAD DARWISY BIN ROSNIZAM
-
102
WAN MUHAMMAD SUHAIRIE BIN WAN SUHAIMI
E-48
43
MUHAMMAD FAKHRI BIN BAHAR
F-3
103
WAN SHAHIRAN BTE WAN ANIS RAFIZA
E-21
44
MUHAMMAD FARHAN AIMAN BIN ABDUL GHANI
F-10
104
WAN SYAFIQAH BTE WAN ANIS RAFIZA
E-21
45
Y
Z
105
XXX
X
46
MUHAMMAD RHAQIB BIN MOHD. RAFI
D-4
106
XXX
X
47
MUHAMMAD ZAINI BIN NEKMAT
C-20
107
XXX
X
48
MUHAMMAD ZIKRI BIN NEKMAT
C-20
108
XXX
X
49
MUHAMMAD ZULFARKHAN
F-26
109
XXX
X
50
MUHAMMAD ZULKARNAIN
F-26
110
XXX
X
51
MUHD ADIB BIN MOHD AMIR
-
111
XXX
X
52
MUHD ADIF BIN MOHD AMIR
-
112
XXX
X
53
MUHD ALIF BIN MOHD AMIR
-
113
XXX
X
54
MUHD REDHO BIN ABDUL AZIZ
E-25
114
XXX
X
55
MUHD SHAFIZAN BIN SYAFIQ
D-43
115
XXX
X
56
MUHD SHAHAKIMI BIN SYAFIQ
-
116
XXX
X
57
MUHD SHAHAKMAL HAFIZ BIN SYAFIQ
-
117
XXX
X
58
MUHD SHARIDUWAN BIN SYAFIQ
-
118
XXX
X
59
MUHD YUZFAIZULLAH
-
119
XXX
X
60
MUHD ZAHIRUDDIN BIN SAAD
F-35
120
XXX
X
Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan (Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah)

Isnin, 30 Julai 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA, NUZUL QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH


MENJADI kelaziman Surau Infitah Al-Khairiah mengadakan majlis berbuka puasa serta majlis penyampaian sumbangan raya pada setiap kali ramadhan menjelma. Kali ini Surau Infitah Al-Khairiah menjalin kerjasama dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 menganjurkan majlis ini bersekali dengan sambutan Nuzul Quran. Majlis berbuka puasa ini terbuka kepada semua jemaah Islam, muslimin dan muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis diadakan pada 05hb Ogos, 2012 bersamaan hari ke 16 ramadhan bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. 

Penyampaian sumbangan raya diberikan kepada beberapa golongan iaitu OKU (Orang Kurang Upaya), warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak serta murid sekolah di bawah umur 17 tahun. Berbeza dari tahun-tahun sudah, pihak pentadbiran surau dalam mesyuaratnya memutuskan untuk menambah bilangan penerima sumbangan khususnya di kalangan kanak-kanak. Dianggarkan penerima sumbangan kali ini melebihi 100 orang.

Pentadbiran surau mensasarkan golongan yang paling ramai menerima sumbangan adalah terdiri dari kanak-kanak dan murid sekolah di bawah umur 17 tahun dengan harapan mereka ini akan rajin datang mengimarahkan surau.

Bukan menjadi tujuan utama pihak pentadbiran surau maupun KRT memberikan sumbangan ini agar majlis dihadiri ramai jemaah sekaligus mencerminkan surau menjadi destinasi popular masyarakat beragama Islam tetapi apa yang diharapkan majlis ini menjadi pembuka hidayah kepada orang ramai untuk datang pada waktu-waktu yang lain nanti dan akhirnya menjadikan mereka 'dekat' dengan surau.

Statistik Penerima Sumbangan Raya 2012.
No
Kategori
Jumlah
1
OKU (Orang Kurang Upaya)
4 orang
2
Warga Emas
6   orang
3
Ibu Tunggal
18   orang
4
Kanak-kanak/Murid Sekolah (Bawah 17 tahun)
104   orang
-
JUMLAH
132 Orang

Tentatif Majlis :-
07:00 - Berkumpul di Surau Infitah Al-Khairiah
07:27 - Berbuka puasa beramai-ramai
08:00 - Solat Maghrib berjemaah
08:43 - Solat Isyak berjemaah
09:55 - Solat Tarawikh berjemaah
10:00 - Ucapan Aluan Pengerusi Surau
10:10 - Penyampaian Sumbangan Raya
10:30 - Bersurai

Rabu, 25 Julai 2012

JEMPUTAN BERBUKA PUASA

JABATAN KESIHATAN akan menganjur majlis berbuka puasa sempena ramadhan al mubarak yang mulia ini pada 29hb Julai bersamaan ramadhan ke 9. Surau Infitah Al-Khairiah telah dipilih untuk  menjadi tuan rumah bagi majlis yang dinamakan Nafas Baru Ramadhan. Sehubungan dengan itu jemaah sekitar Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 adalah dijemput hadir. Menu untuk berbuka disediakan oleh Jabatan Kesihatan.

Tentatif majlis :
- Berbuka puasa beramai-ramai
- Solat Maghrib berjemaah
- Taklimat kesihatan
- Solat Isyak berjemaah
- Solat tarawikh berjemaah
- Bersurai