BARU-BARU INI melalui satu kertas kerja yang dihantar untuk memohon bantuan bagi mengadakan sambutan majlis israk mikraj telah dibuat dan dihantar ke pejabat Baitulmal negeri. Kertas kerja itu telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1,500.00.
Beberapa perbicangan tidak rasmi kemudian telah diadakan antara AJK di surau Infitah Al-Khairiah untuk mengatur dan merancang majlis sambutan israk mikraj itu. Terlebih dahulu pihak AJK surau mengucapkan setinggi rasa syukur atas bantuan daripada pihak Baitulmal selama ini yang sekaligus merancakan aktiviti-aktiviti surau. Ini dilihat dapat menjadikan surau sebagai bukan sahaja tempat beribadah tetapi sebagai tempat untuk bermuzakarah dan bermasyarakat.
Isnin, 13 Jun 2011
Gotong Royong Membersih dan Mengecat Bangunan Surau
Baru-baru ini telah diadakan program gotong royong membersih dan mengecat bangunan surau Infitah Al-Khairiah. Selain untuk menjaga kebersihan surau, objektif program ini juga adalah untuk mengajak ahli kariah rapat dengan surau. Ia juga untuk menjalin dan merapatkan hubungan silaturahim antara sesama penduduk.
Imam 1 merangkap Timbalan Pengerusi surau, En. Ruzali Said
Imam 2 merangkap Pengerusi surau, En. Mohd Awal Mangsor
Bilal surau Infitah Al-Khairiah sedang mengecat pagar. (En. Nekmat Takin)
Selasa, 7 Jun 2011
MUSAFIR KE MASJID KRISTAL - ZIARAH ILMIAH YANG DIBERKAHI
Hari Pertama (3hb Jun, 2011)
Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang dibuat lewat jan 2011 lalu berjaya direalisasikan. Malah boleh dikatakan lebih meriah daripada yang dijangkakan apatah lagi perancangan awal menggunakan sebuah bas, pihak urusetia terpaksa menyewa sebuah bas lagi untuk menampung jumlah peserta yang ingin turut serta. Dianggarkan jumlah peserta ialah seramai lebih kurang 84 orang terdiri dari pelbagai peringkat umur.
Seperti jadual tentatif program yang telah siap disusun, sebahagian peserta menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak di Surau Infitah Al-Khairiah. En. Tajol Ariffin mengimami solat maghrib manakala En. Nekmat Takin mengimami solat isyak. Kemudian setelah menunaikan solat sunat musafir, peserta berkumpul di perkarangan padang sepak takraw sementara menunggu ketibaan bas.
Bas pertama tiba sekitar jam 9:00 malam diikuti bas kedua pukul 9:10 malam. Setelah menyampaikan sedikit taklimat, semua peserta menaiki bas. Semakan nama-nama peserta dilakukan setelah semua peserta duduk dikerusi masing-masing. Saya tidak dapat mengulas suasana bas kedua kerana saya menaiki bas pertama.
Bacaan doa mohon keselamatan dalam perjalanan telah dibaca oleh En. Tajol Ariffin Hasan. Beliau juga selaku ketua rombongan sempat memberikan sedikit taklimat iaitu setiap peserta hendaklah memastikan rakan disebelah mereka sentiasa ada ketika bas hendak bergerak, setelah peserta turun bas untuk ke tandas atau sebagainya. Ini penting untuk menggelakan berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti peserta tertinggal bas.
Kedua bas bergerak tepat jam 9:45 malam mengikuti laluan Senawang-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Gambang-Jabor-Kuala Terengganu. Kegembiraan jelas terbayang, peserta seolah tidak mahu tidur meskipun sudah lewat malam. Akhirnya destinasi perhentian pertama (untuk ke tandas, minum dan makan malam)tiba iaitu di RnR Muadzam. Rombongan sampai kira-kira jam 12:30 tengah malam. Memeranjatkan di RnR itu telah ada sekitar 20 buah bas rombongan ke pelbagai destinasi. Suasana seolah macam ada pesta atau autshow bas. Dengan jumlah bas sedemikian banyak bas, anda semua dapat bayangkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk ke tandas! atau untuk memesan secawan teh tarik!...Saya lihat ada yang cuma membeli air sahaja manakala makanan, mereka telah membawa bekal dari rumah. Saya sendiri mengambil masa kira-kira setengah jam semata-mata untuk membayar harga sebotol miniral water lantaran ramainya orang beratur untuk membeli air tersebut.
Hari Kedua (4hb Jun, 2011)
Setelah menghabiskan masa kira-kira setengah jam, bas kembali meneruskan perjalanan. Perjalanan yang penuh kedinginan malam itu memaksa beberapa peserta mohon bas berhenti untuk mereka ke tandas! Bas berhenti untuk memenuhi hajat beberapa peserta tersebut di RnR Kuantan. Ketika ini jam menunjukan pukul 2:40 pagi. Kemudian sekali lagi bas berhenti untuk tujuan yang sama di petronas jalan ke Kuala Terengganu. Saya telah berbincang dengan pemandu dan bertanyakan jarak antara petronas tersebut ke masjid terapung Kuala Terengganu, beliau mengatakan sekitar 10 ke 20 minit sahaja. Lantas saya membuat pengumuman, bas akan berhenti untuk solat subuh di Masjid Terapung Tengku Zaharah lebih kurang 10 ke 20 minit lagi. Mulanya memang kami menjangkakan untuk solat subuh di Masjid Kristal, tapi memandangkan waktu suntuk, jadual terpaksa diubah. Rombongan tiba di Masjid Terapung tepat jam 6:15 pagi. Semua peserta bergegas turun dan menunaikan solat subuh. Ada yang mengambil kesempatan untuk turut mandi. Kebetulan di Masjid Terapung itu ada kuliah subuh dan anggota rombongan ada yang turut mendengar kuliah subuh tersebut.
Setelah semuanya selesai, bas bertolak ke Pantai Batu Buruk untuk bersarapan pagi. Ia cuma mengambil masa kira-kira 10 minit dari masjid terapung untuk ke Pantai Batu Buruk tersebut. Jadual seterusnya selepas bersarapan ialah rombongan menuju ke Kg. Losong untuk meninjau pembuatan keropok losong. Memang di Kg. Losong, deretan industri pembuatan keropok losong yang boleh dikatakan diusahakan di rumah + kedai didirikan di sepanjang kiri kanan jalan. Peserta rombongan mengambil kesempatan membeli keropok losong untuk dibawa balik. Keropok biasa dijual RM20 untuk 5 beg seberat kira-kira 1 ke 2 kilo. Di sini juga didapati banyak bas rombongan yang turut sama membawa anggota rombongannya membeli keropok losong.
Seterusnya rombongan menuju ke Arfa Batik. Sekali lagi saya lihat ada beberapa bas rombongan yang telah sampai. Di sini pihak pengurusan Arfa Batik memberikan kupon cabutan bertuah kepada anggota rombongan yang melebihi 15 orang. Syarat penggunaan kupon itu pula ialah sekurang-kurangnya 15 orang mestilah membeli di Arfa Batik tanpa mengira berapa harga belian, bermakna untuk rombongan 2 buah bas, seramai 30 orang mesti membeli. Oleh kerana kami tiba dengan 2 buah bas, sebanyak kira-kira 88 kupon telah diberikan. Cuma dengan jumlah sebanyak itu, pemenang cabutan bertuah yang ditawarkan ialah 6 orang sahaja! Ertinya setiap bas hanya mempunyai 3 orang pemenang. Tapi memang kualiti pakaian batik di sini cukup tinggi dan harganya pun biar ada yang ditawarkan diskaun sehingga 50%, ia masih berharga ratusan ringgit. Itulah Arfa Batik. Rasanya target mereka ialah pelancung asing, bukan warganegara. Apapun, saya salute kerana itulah antara syarikat Bumiputera yang berjaya membawa industri batik sampai ke luar negara. Terlupa saya nak khabarkan, rombongan kami juga disajikan dengan persembahan kebudayaan secara 'live'.
Isnin, 9 Mei 2011
Peruntukan Skim Khairat kematian dinaikan lagi
Susulan mesyuarat agung kali pertama skim khairat kematian yang diadakan pada 8hb Mei lalu, telah diputuskan jumlah wang khairat kematian yang akan diterima oleh waris telah dinaikan dari RM800.00 ke RM1000.00.
PERASMIAN SURAU INFITAH OLEH YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Ketika artikel ini ditulis, saya berpendapat tarikh terkini perasmian surau Infitah Al-Khairiah ialah pada 31hb Mei, 2011. Ia adalah tundaan tarikh kali ketiga setelah tarikh pertama dan kedua iaitu pada 20hb dan 28hb dianjakan ke depan lagi lantaran jadual Menteri Besar yang padat. Dalam mesyuarat bersama wakil pusat khidmat BN dan DO serta ADO semalam, mereka jangkakan 31hb itu adalah tarikh sebenar.
Selasa, 5 April 2011
SESI PENERANGAN SKIM KHAIRAT
AJK Skim Khairat Kematian akan mengadakan sesi penerangan kepada semua peserta bermula di surau Taman Sri Mawar II pada 31hb Mac, kemudian di surau Taman Sri Mawar 1 pada 7hb April diikuti pada 14hb April di surau Infitah Al-Khairiah. Sesi penerangan ini khusus untuk memberi maklumat lengkap kepada semua peserta skim khairat dan akan diadakan juga sesi soal jawab untuk para peserta lebih memahaminya.
Sehubungan dengan itu diminta kerjasama daripada para peserta untuk menghadirkan diri pada sesi berkenaan. Ia akan diadakan selepas solat isyak.
Khamis, 17 Mac 2011
SKIM KHAIRAT KEMATIAN
Pengerusi memaklumkan Skim Khairat Kematian gabungan Surau Infitah Al-Khairiah, Surau Sri Mawar 1 dan Surau Sri Mawar 2 telah didaftar. Penyertaan dari penduduk masih dibuka dengan kadar bayaran tidak berubah iaitu RM10.00 yuran kemasukan dan RM5.00 yuran tahunan.
Senarai peserta Skim Khairat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
Senarai peserta Skim Khairat Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
- NEKMAT BIN TAKIN
- NAHARUDIN BIN PALIL (D18)
- MOHD YUSUF BIN SIRAT (C12)
- HASANAH BIN PACKER (D17)
- NORIZAH BTE SHARIF (E34)
- HERMAN BIN ABD LATIF (E33)
- UMI SALMAH BTE ISMAIL (D45)
- MOHD NORDIN BIN SHARIF
- MADIN BIN BAKAR (B22)
- TAJOL ARIFFIN BIN (D05)
- AZIZAH BTE MAHMUD (E11)
- AZIZAH BTE ABU BAKAR (B19)
- SHAMSUDIN BIN ABU (B06)
- RUZALI BIN SAID (C37)
- FARIDAH BTE HJ. HAMID (C38)
- MD. ZAHAR BIN OTHMAN (F15)
- KHAGARU@KHARIAH BTE HJ. ABAS (C14)
- MAT DIN BIN MAAROF (C02)
- RAHMAT BIN MOHD JONID (B11)
- SAPIAN BIN MAJID (C10)
- WAN SUHAIMI BIN WAN SULAIMAN (E48)
- AZILA BTE ALIAS (E37)
- NORMALA BTE AL-ATAS (B02)
- RAJA DEWI BTE SULONG (C36)
- FARIDAH HANOM BTE SALLEHUDIN (C05)
- FATIMAH BTE SHAIDZTAMIAH (F13)
- ABDUL GHANI BIN MANSOOR (F11)
- MOHD AWAL BIN MANGSOR (F10)
Langgan:
Catatan (Atom)
