Ahad, 13 Mac 2011
Perpustakaan Mini
Ahad, 20 Februari 2011
PERARAKAN MAULIDUR RASUL DAN CERAMAH
Tanggal 19hb Feb, 2011 bersamaan 16 Rabiulawal 1432H; alhamdulillah satu majlis sambutan Maulidur Rasul telah berjaya dianjurkan oleh Surau Infitah Al-Khairiah bersama gabungan UMNO Cawanganan RPSF2, Badan Kebajikan RPSF2. KRT dan RELA RPSF2. Majlis bermula seawal pagi lagi dengan gotong royong membersih kawasan surau dan para wanitanya membuat persiapan persediaan jamuan.
Selepas sahaja solat asar berjemaah yang diketuai oleh imam 2, Ustaz Mohd Awal Mangsor; perarakan sambil diiringi kira-kira 100 orang penduduk terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak serta sepanduk Maudidur Rasul, orang ramai berarak mengelilingi kawasan flat bermula dari blok A, F, D, E, C dan B. Alhamdulillah, cuaca yang pada mulanya mendung bertukar cerah sebaik perarakan bermula.
Selepas selesai perarakan, orang ramai dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Tunas Jiran dan Jiran Wanita. Kemudian orang ramai dijamukan dengan kuih-muih, cendol dan bubur kacang. Majlis berehat seketika sebelum bersambung pada sebelah malam iaitu sesi mendengar ceramah Maulidur Rasul yang akan bermula sebaik selesai solat maghrib berjemaah dan akan disampaikan oleh Ustaz Mohd Daniel Ibrahim.
Isnin, 31 Januari 2011
RIADAH KELUARGA
HARI KELUARGA - RUMAH REHAT KERAJAAN, BATU 12, PORT DICKSON
Khamis, 20 Januari 2011
PRA-MESYUARAT PENUBUHAN BERSAMA BADAN KHAIRAT KEMATIAN
Agenda mesyuarat antara lain ialah melantik AJK Penaja bagi mendaftarkan badan khairat tersebut di Pendaftar Pertubuhan. Seramai kira-kira 40 orang jemaah telah hadir pada mesyuarat malam itu. Surau Infitah Al-Khairiah telah diwakili oleh Pengerusinya iaitu Ustaz Mohd Awal Mangsor, Setiausaha surau iaitu En. Abdul Ghani Mansoor, Timb. Setiausaha surau iaitu En. Tajol Ariffin Hasan dan AJKnya En. Nekmat Takin. Pra-Mesyuarat telah memutuskan bayaran kemasukan atau bayaran keahlian ditetapkan sebanyak RM10.00 seumur hidup manakala bayaran yuran tahunan sebanyak RM4.00 sahaja ditambah bayaran pengurusan RM1.00 setahun. Jumlah keseluruhan bayaran permulaan Badan Khairat ialah RM15.00. Pra-Mesyuarat juga memutuskan setiap kariah surau melantik sekurang-kurangnya 5 orang AJK. Beerti 15 orang AJK bagi setiap surau. Sumbangan khairat kematian belum ditetapkan sehingga jumlah keahlian diperolehi. Bagaimanapun dicadangkan sebanyak antara RM700.00 ke RM800.00. Satu lagi mesyuarat pemutus akan diadakan pada bulan febuari nanti iaitu pada 3hb feb jam 9:00 malam.
Pengerusi:
Timbalan Pengerusi: Ustaz Mohd Awal Mangsor
Setiausaha: Tn. Hj. Zainal
Timbalan Setiausaha:
Bendahari:
Pemeriksa Kira-kira 1 :
Pemeriksa Kira-kira 2 :
5 Orang AJK dari Surau Taman Sri Mawar 1
1)
2)
3)
4)
5)
5 Orang AJK dari Surau Taman Sri Mawar 2
1)
2)
3)
4)
5)
5 Orang AJK dari Surau Infitah Al-Khairiah
1) En. Abdul Ghani Mansoor
2) En. Nekmat Takin
3) En. Tajol Ariffin Hasan
4) Pn. Azizah Mahmud
5) Pn. Raja Dewi Sulong
Isnin, 17 Januari 2011
PELBAGAI BORANG BANTUAN
Surau Infitah Al-Khairiah dalam usahanya membantu dan memudahkan para jemaah kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, telah menyediakan beberapa borang bantuan daripada Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Bantuan Pejabat Menteri Besar. Para jemaah yang memerlukan borang-borang tersebut bolehlah berhubung dengan AJK surau.
Terima kasih.
Sabtu, 8 Januari 2011
GAMBAR LOKASI PROGRAM RIADAH
LOKASI PROGRAM RIADAH - RUMAH REHAT KERAJAAN, PORT DICKSON
Isnin, 3 Januari 2011
QURBAN - BORANG UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT MELAKUKAN MAJLIS QURBAN PADA TAHUN 2011, DIBUKA
Surau Infitah Al-Khairiah kini menawarkan sesiapa yang berhajat untuk melakukan amalan qurban pada tahun ini (2011/1432 H), sila berhubung dengan AJK surau. Permohonan juga dibuka kepada orang ramai. Bayaran secara ansuran sebanyak RM40.00 sebulan untuk 1 bahagian lembu. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan :-
- Pn Norhisham Hj Ithnin (017-2769419)
- En. Tajol Ariffin Hasan (012-3748376)
- En. Abd Ghani Mansoor (013-6016330)
Langgan:
Catatan (Atom)







