LOKASI PROGRAM RIADAH - RUMAH REHAT KERAJAAN, PORT DICKSON
Sabtu, 8 Januari 2011
Isnin, 3 Januari 2011
QURBAN - BORANG UNTUK SESIAPA YANG BERMINAT MELAKUKAN MAJLIS QURBAN PADA TAHUN 2011, DIBUKA
Surau Infitah Al-Khairiah kini menawarkan sesiapa yang berhajat untuk melakukan amalan qurban pada tahun ini (2011/1432 H), sila berhubung dengan AJK surau. Permohonan juga dibuka kepada orang ramai. Bayaran secara ansuran sebanyak RM40.00 sebulan untuk 1 bahagian lembu. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan :-
- Pn Norhisham Hj Ithnin (017-2769419)
- En. Tajol Ariffin Hasan (012-3748376)
- En. Abd Ghani Mansoor (013-6016330)
Selasa, 14 Disember 2010
ZIARAH TABLIGH
Satu jemaah tabligh dari Kuantan, Batu Pahat dan Kuala Lumpur serta sekitar Negeri Sembilan telah melakukan ziarah tabligh di Surau Infitah Al-Khairiah selama 3 hari bermula 12hb Dec sehingga 15hb Dec, 2010. Aktiviti mereka antaranya membaca potongan hadis setiap kali selepas solat fardhu mahgrib dan isyak serta bacaan taklim. Suran Infitah Al-Khairiah mengalu-alukan ziarah ini kerana ia bukan saja dapat menambah ilmu di kalangan jemaah surau tetapi juga membantu pihak surau dalam mengeratkan hubungan siraturahim antara pihak surau dengan penduduk kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini.
Difahamkan program ziarah ini akan diadakan setiap tahun dan Surau Infitah Al-Khairiah adalah salah satu lokasi pilihan mereka. Pihak surau merakam setinggi kesyukuran atas kesudian mereka menjadikan Surau Infitah Al-Khairiah sebagai salah satu lokasi pilihan jemaah tabligh ini.
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
Jumaat, 10 Disember 2010
SAMBUTAN MA'AL HIJRAH
Bertarikh 6hb Dec, 2010 bersamaan 1 Muharam 1432H, buat pertama kalinya Surau Infitah Al-Khairiah dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah bersama-sama menganjurkan majlis sambutan maal hijrah bertempat di Surau Infitah Al-Khairiah. Majlis bermula seawal jam 6.15 petang dengan bacaan 3 kali yasin disertai bacaan doa akhir tahun sebanyak 3 kali setiap kali selepas bacaan yasin.
Bacaan yasin disambung semula selepas solat maghrib. Ia juga dilakukan dengan 3 kali bacaan yasin dan 3 kali bacaan doa awal tahun. Tahlil dan doa selamat juga dibaca selepas selesai bacaan yasin. Selepas majlis selesai, pihak urusetia telah mengadakan sedikit jamuan. Majlis berakhir sekitar jam 10.00 malam.
Pihak Surau Infitah Al-Khairiah dan KRT merakam jutaan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. InsyaAllah, majlis sebegini akan dijadikan aktiviti wajib pada setiap tahun.
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan)
Sabtu, 13 November 2010
LAPORAN AKTIVITI - MAJLIS AQIQAH
Satu majlis aqiqah telah dijalankan oleh Surau Infitah Al-Khairiah pada tanggal 14hb November, 2010 bersamaan 7 Zulhijjah, 1431H. Majlis itu dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Majlis aqiqah ini dijalankan lebih awal dari majlis qurban perdana yang akan dijalankan pada 20hb November nanti. Surau mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil pada sebelah malamnya. Menu utama makan pada malam itu ialah jamuan sup tulang. AJK Surau merakam jutaan terima kasih pada seluruh penduduk yang terlibat. Syukur alhamdulillah!
Ahad, 7 November 2010
LAPORAN AKTIVITI - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Tanggal 7hb November, 2010 bersamaan 30 zulkaedah, Surau Taman Sri Mawar 1, Surau Taman Sri Mawar 2 dan Surau Infitah Al-Khairiah dengan kerjasama Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang, bersama menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Surau Taman Sri Mawar 1. Kehadiran peserta melebihi 100 orang. 2 orang fasilitator dari Masjid Ar Raudhah iaitu Tn Hj. Hamzah b Hj Md Dan (Imam Masjid Ar Raudhah Taman Rasa Sayang) dan En. Zainudin b. Hj Hambari (Bilal Masjid Ar Raudhah) dan seorang fasilitator perempuan dari Taman Tunku Jaafar telah dijemput untuk mengendalikan bengkel. Majlis dirasmikan oleh En. Zulkifili, SU Masjid Ar Raudhah.
(Laporan disediakan oleh : Tajol Ariffin Hasan. Gambar ehsan dari Masjid Ar Raudah)
Ahad, 10 Oktober 2010
LAPORAN AKTIVITI - MAJLIS HARI RAYA DAN RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN
Pada 24 Syawal, 1431H beersamaan 03hb Oktober, 2010, melalui kerjasama Surau Infitah Al-Khairiah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, UMNO Cawangan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan Badan Kebajikan telah sekali lagi berjaya menganjurkan satu Program Hari Raya dan Ramah Mesra Bersama Pemimpin. Buat pertama kalinya program itu berjaya menghimpun pemimpin dari parti UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC. Sasaran objektif program nampaknya telah berjaya dicapai. Kehadiran orang ramai dari pelbagai bangsa menunjukan keberjayaan program sekaligus menunjukan umat Islam di persekitaran kawasan kejiranan menghormati agama lain-lain bangsa dan agama.
Pada majlis tersebut juga telah diadakan majlis penyampaian sumbangan raya kepada warga emas. Warga emas terdiri dari 3 orang keturunan Melayu, 2 orang keturunan China dan 3 orang keturunan India. Untuk memeriahkan majlis, selain daripada jamuan hari raya dengan pelbagai juadah kuih moden dan tradisional, diadakan juga cabutan nombor bertuah. Seramai 10 orang penduduk yang hadir telah memenangi cabutan tersebut.
Program yang diatur ini juga sebenarnya untuk merapatkan hubungan silaturahim antara semua penduduk di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 disamping memupuk semangat gotong royong tanpa mengira bangsa dan agama. Program bermula seawal pagi dengan aktiviti memasak lemang, nasi himpit dan membuat rendang. Urusetia dan AJK Kerja mengambil kesempatan ini untuk merakam jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat antaranya UMNO, MCA, MIC, GERAKAN, RELA, SRS, COMBI, Surau Infitah Al-Khairiah, Badan Kebajikan serta orang ramai dari kawasan kejiranan persekitaran. InsyaAllah, kami akan mengatur lebih banyak program lagi demi merapatkan hubungan sedia ada penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Berikut sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakam.










Langgan:
Catatan (Atom)



























