JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Selasa, 26 Januari 2016

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 13/01/2016 lalu yang menyaksikan pucuk pimpinan surau masih kekal pada kebanyakan AJK lama. Jika adapun perubahan dalam 10% sahaja. Berikut petikan minit mesyuarat agung tersebut.

Tarikh : 13/01/2016
Masa : 07:45 Malam
Tempat : Surau Infitah Al-Khairiah
Kehadiran Jemaah : 31 Orang



1. Agenda 1 : Ucapan aluan Pemangku Pengerusi (2015)
1.1 Sebelum memulakan mesyuarat agung, mantan pengerusi memohon jemaah membaca surah al-fatehah. Semoga dengan izin Allah; mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. Mantan Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kehadiran jemaah lelaki dan wanita yang berkesempatan hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Surau Infitah Al-Khairiah. Mantan Pengerusi juga memaklumkan tujuan mesyuarat agung tersebut ialah untuk melantik ahli jawatankuasa baru surau bagi sesi pentadbiran 2016-2017.

1.2 Mengimbas kembali mesyuarat agung tahun 2015 yang telah diadakan pada 10/02/2015, mantan pengerusi memaklumkan tiada sebarang keputusan berkenaan pelantikan AJK bagi sesi 2015 tersebut memandangkan kehadiran jemaah pada mesyuarat  sekadar 22 orang sahaja. Bagaimanapun untuk membolehkan surau mendapatkan dana bagi menjalankan aktiviti tahun 2015, organisasi atau pentadbir surau perlu dilantik juga. Oleh kerana tiada sesiapa yang sanggup untuk mentadbir surau, pengerusi ketika itu iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan terpaksa memangku jawatan pengerusi. Malah semua AJK 2015 juga secara automatik turut sama memangku jawatan masing-masing.

2.        Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.1 Mantan Pengerusi memaklumkan tiada sebarang minit yang dibuat pada mesyuarat agung 2015 memandangkan semua jawatan bersifat memangku.

3. Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan  Penyata Kewangan lalu yang berakhir pada 31 Dec, 2015.
3.1 Mantan pengerusi sendiri membentangkan laporan penyata kewangan untuk semakan dan rujukan semua jemaah yang hadir sebagai makluman sahaja.

4. Agenda 4 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2016—2017
4.1 Mantan pengerusi membubarkan semua AJK yang memangku jawatan pada 2015 bagi membolehkan pelantikan AJK baru dibuat.
4.2 Mantan pengerusi meminta jemaah yang hadir melantik seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat agung. Imam Hj Ruzali Said mencadangkan En. Tajol Ariffin mempengerusikan mesyuarat agung tersebut dan dipersetujui oleh semua jemaah.
4.3 Puan Raja Dewi mencadangkan agar kepimpinan lama dikekalkan. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara.
4.4 Berdasarkan senarai AJK lama, pengerusinya ialah En. Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha ialah En. Khairi bin Jahim manakala Bendahari ialah Pn. Norazah bte Baharin. Diikuti oleh 19 lagi AJK lama.
4.5 Atas permintaan pengerusi (En. Tajol Ariffin), 2  orang penyandang jawatan lalu iaitu Setiausaha dan Bendahari ditukar kepada orang lain. Beliau mencadangkan En. Abu Bakar bin Suliman sebagai setiausaha baru menggantikan En. Khairi bin Jahim dan En. Zulkiffly bin Hassan sebagai bendahari menggantikan Pn. Norazah bte Baharin. Serta diwujudkan jawatan penolong setiausaha bagi meringgankan kerja-kerja setiausaha. Penolong setiausaha ialah En. Mohd Amir bin Baba. Semua nama-nama yang dicadangkan ini mendapat sokongan sebulat suara.
4.6 Imam Hj. Ruzali Said pula mencadangkan agar pengerusi juga dibantu oleh seorang timbalan. Jawatan timbalan pengerusi diberikan kepada En. Khairi bin Jahim. Cadangan ini juga mendapat sokongan sebulat suara. Kewujudan jawatan penolong setiausaha dan timbalan pengerusi ini semata-mata bagi membantu dan meringgankan kerja-kerja seorang setiausaha dan pengerusi. 

5 Agenda 5 : Hal-hal Lain.
5.1 Pengerusi memaklumkan untuk sebarang bantuan dan sumbangan yang dianjurkan oleh surau pada masa akan datang, wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sumbangan. Pengerusi terpaksa bertegas dalam hal ini kerana beberapa kesulitan berulang telah terjadi sepanjang majlis penyampaian sumbangan iaitu sumbangan tidak sampai kepada penerima setelah melalui wakil. Bagaimanapun, wakil terdiri dari keluarga terdekat adalah dibenarkan seperti suami/isteri/ibu/bapa dan anak.

6. Agenda 6 : Ucapan Penanguhan.
6.1 Pengerusi amat berharap kepada sesiapa jemaah yang ada formula untuk meramaikan jumlah kehadiran jemaah ke surau agar memberikan buah pandang mereka kepada AJK surau. Ini memandangkan jumlah kehadrian jemaah harian ke surau amat mendukacitakan. Jemaah hanya ramai ketika ada program dibuat.
6.2 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8:30 malam.









Isnin, 12 Oktober 2015

TAMBAHAN HARI KELAS MENGAJAR OLEH USTAZ ALIZAN

ADALAH dimaklumkan, Ustaz Alizan akan menambah jumlah hari belajar memandangkan banyak pelajaran yang masih tertinggal. Ustaz akan memasukan bab feqah, tauhid dan tasauf dalam kelas pembelajarannya. Tambahan hari tersebut ialah pada setiap ahad. Bermakna kelas pengajian oleh Ustaz Alizan sekarang ialah pada setiap hari sabtu dan ahad malam (selepas solat maghrib).

Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada jemaah adalah diharapkan untuk meluangkan masa hadir dalam kelas pengajian Ustaz Alizan. Kelas adalah percuma.

Terima kasih.

Selasa, 14 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA

BERTARIKH 11/07/2015 lalu, bersamaan hari jumaat ramadhan ke 24; telah diadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan raya oleh surau Infitah Al-Khairiah bersama dengan KRT. Sumbangan diberikan kepada warga emas (9 orang), OKU (7 orang), anak yatim, ibu tunggal  (20 orang) serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak sekolah (104 orang).
 Pihak pengurusan surau turut memberikan saguhati kepada 3 orang imam yang mengimamkan solat sunat tarawikh.

Ahad, 17 Mei 2015

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH israk mikraj kali ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Ibrahim daripada JHEAINS. Seperti biasa, program-program atau akitivi yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau Infitah sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak. 

Untuk menjayakan majlis kali ini, surau mendapat kerjasama dari segi tajaan daripada Combi dan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

My Image

My Image

Khamis, 5 Mac 2015

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN

MAJLIS tersebut akan diadakan pada hari selasa bersamaan 10hb mac, 2015. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi surau di dalam kariah Masjid Ar Raudhah telah diadakan pada 4hb mac yang lalu bagi membincangkan persiapan sambutan majlis Tilawah Al Quran ini yang boleh dianggap sebuah program berskala besar kerana ia adalah pada peringkat daerah Seremban. Pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah telah hadir bagi mendengar taklimat perjalanan majlis. Difahamkan majlis tilawah ini akan dihadiri sekitar 500 orang dan akan dirasmikan oleh Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong. Turut hadir ialah YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.

Tentatif majlis :

06:30 pm - Ketibaan orang ramai dan dif jemputan

07:10 pm - Ketibaan YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.

07:15 pm - Ketibaan ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra, Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong.

07:37 pm - Solat maghrib berjemaah

07:50 pm - Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

  • - Ucapan Tuan Pegawai Daerah Seremban

  • - Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al Quran

  • - Ucapan perasmian oleh ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong


08:30 pm - Acara tilawah Al Quran berlangsung (Qari dan Qariah)

09:30 pm - Solat isyak berjemaah

  • - Ulasan ketua jemaah hakim dan pengumuman keputusan

  • - Penyampaian hadiah tilawah

  • - Penyampaian Sumbangan pendidikan kepada anak-anak yatim

  • - Penyampaian cenderahati


10:00 pm - Santapan dan jamuan makan malam

10:30 pm - Bersurai 

Ahad, 15 Februari 2015

UCAPAN RINGKAS PEMANGKU PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM WBT

-         TERLEBIH DAHULU SAYA MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JEMAAH YANG HADIR KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA MENERAJUI PENTADBIRAN SURAU SELAMA LEBIH KURANG SETAHUN YANG LALU.

-         SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN AJK YANG SAMA-SAMA MEMBANTU SAYA MELICINKAN PENTADBIRAN SURAU

-         SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF BAGI DIRI SAYA DAN BAGI PIHAK AJK SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA DAN AJK  MENTADBIR  SURAU. 

-         HARAPAN SAYA AGAR JEMAAH DAN BARISAN AJK YANG AKAN DILANTIK NANTI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA PADA PENTADBIRAN BARU.

-         SAYA MEMANG BERHASRAT AGAR JAWATAN DALAM PENTADBIRAN SURAU INI TIDAK BERSIFAT MONOPOLI. ITU SEBAB SAYA ANDAIKAN PADA MALAM INI SEMUA JAWATAN UTAMA DALAM PENTADBIRAN 2014 HENDAKLAH MELEPASKAN JAWATAN MASING-MASING DAN MEMBERI LALUAN PADA MUKA BARU. 




* Memandangkan tiada sesiapa yang berminat untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi dan lain-lain jawatan utama maka pengerusi lama terpaksa mengguna budi bicaranya untuk meneruskan pentadbiran surau sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Bagaimanapun dalam percakapan dasarnya, pengerusi lama sekadar bersedia memangku sementara jawatan pengerusi tersebut sehingga 15/3/2015. Apa-apapun, keputusan muktamad akan dibuat setelah segala perkara yang tidak merugikan mana-mana pihak terutama surau akan dibuat. Untuk sementara waktu, barisan jawatankuasa surau masih dipegang oleh barisan jawatankuasa lama (sesi 2014) dan ia bertambah dengan beberapa nama baru yang hadir pada malam mesyuarat agung 2015. Mereka ini secara automatik dilantik menjadi AJK yang juga bersifat memangku.