JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Selasa, 14 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA

BERTARIKH 11/07/2015 lalu, bersamaan hari jumaat ramadhan ke 24; telah diadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan raya oleh surau Infitah Al-Khairiah bersama dengan KRT. Sumbangan diberikan kepada warga emas (9 orang), OKU (7 orang), anak yatim, ibu tunggal  (20 orang) serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak sekolah (104 orang).
 Pihak pengurusan surau turut memberikan saguhati kepada 3 orang imam yang mengimamkan solat sunat tarawikh.

Ahad, 17 Mei 2015

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

CERAMAH israk mikraj kali ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Ibrahim daripada JHEAINS. Seperti biasa, program-program atau akitivi yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau Infitah sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak. 

Untuk menjayakan majlis kali ini, surau mendapat kerjasama dari segi tajaan daripada Combi dan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.

My Image

My Image

Khamis, 5 Mac 2015

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN

MAJLIS tersebut akan diadakan pada hari selasa bersamaan 10hb mac, 2015. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi surau di dalam kariah Masjid Ar Raudhah telah diadakan pada 4hb mac yang lalu bagi membincangkan persiapan sambutan majlis Tilawah Al Quran ini yang boleh dianggap sebuah program berskala besar kerana ia adalah pada peringkat daerah Seremban. Pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah telah hadir bagi mendengar taklimat perjalanan majlis. Difahamkan majlis tilawah ini akan dihadiri sekitar 500 orang dan akan dirasmikan oleh Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong. Turut hadir ialah YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.

Tentatif majlis :

06:30 pm - Ketibaan orang ramai dan dif jemputan

07:10 pm - Ketibaan YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.

07:15 pm - Ketibaan ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra, Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong.

07:37 pm - Solat maghrib berjemaah

07:50 pm - Ucapan aluan oleh pengerusi majlis

  • - Ucapan Tuan Pegawai Daerah Seremban

  • - Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al Quran

  • - Ucapan perasmian oleh ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong


08:30 pm - Acara tilawah Al Quran berlangsung (Qari dan Qariah)

09:30 pm - Solat isyak berjemaah

  • - Ulasan ketua jemaah hakim dan pengumuman keputusan

  • - Penyampaian hadiah tilawah

  • - Penyampaian Sumbangan pendidikan kepada anak-anak yatim

  • - Penyampaian cenderahati


10:00 pm - Santapan dan jamuan makan malam

10:30 pm - Bersurai 

Ahad, 15 Februari 2015

UCAPAN RINGKAS PEMANGKU PENGERUSI

ASSALAMUALAIKUM WBT

-         TERLEBIH DAHULU SAYA MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JEMAAH YANG HADIR KERANA MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA MENERAJUI PENTADBIRAN SURAU SELAMA LEBIH KURANG SETAHUN YANG LALU.

-         SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN AJK YANG SAMA-SAMA MEMBANTU SAYA MELICINKAN PENTADBIRAN SURAU

-         SAYA MOHON AMPUN DAN MAAF BAGI DIRI SAYA DAN BAGI PIHAK AJK SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA DAN AJK  MENTADBIR  SURAU. 

-         HARAPAN SAYA AGAR JEMAAH DAN BARISAN AJK YANG AKAN DILANTIK NANTI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA PADA PENTADBIRAN BARU.

-         SAYA MEMANG BERHASRAT AGAR JAWATAN DALAM PENTADBIRAN SURAU INI TIDAK BERSIFAT MONOPOLI. ITU SEBAB SAYA ANDAIKAN PADA MALAM INI SEMUA JAWATAN UTAMA DALAM PENTADBIRAN 2014 HENDAKLAH MELEPASKAN JAWATAN MASING-MASING DAN MEMBERI LALUAN PADA MUKA BARU. 




* Memandangkan tiada sesiapa yang berminat untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi dan lain-lain jawatan utama maka pengerusi lama terpaksa mengguna budi bicaranya untuk meneruskan pentadbiran surau sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Bagaimanapun dalam percakapan dasarnya, pengerusi lama sekadar bersedia memangku sementara jawatan pengerusi tersebut sehingga 15/3/2015. Apa-apapun, keputusan muktamad akan dibuat setelah segala perkara yang tidak merugikan mana-mana pihak terutama surau akan dibuat. Untuk sementara waktu, barisan jawatankuasa surau masih dipegang oleh barisan jawatankuasa lama (sesi 2014) dan ia bertambah dengan beberapa nama baru yang hadir pada malam mesyuarat agung 2015. Mereka ini secara automatik dilantik menjadi AJK yang juga bersifat memangku. 

Rabu, 11 Februari 2015

KEPUTUSAN MESYUARAT AGUNG 2015

PENGERUSI surau Infitah Al-Khairiah yang lama iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan terpaksa memangku jawatan pengerusi sehingga ke tarikh yang akan ditentukannya kelak memandangkan tiada calon yang sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut. Justeru untuk sesi pentadbiran 2015 ini, buat masa sekarang pentadbirannya masih mengekalkan hampir 95% pentadbiran lama. 

Kehadiran jemaah dalam mesyuarat agung ini juga cuma 22 orang sahaja berbanding pada tahun lepas iaitu 26 orang. Memandangkan pentadbiran surau tidak tertakluk kepada perlembagaan khusus sebagaimana kebanyakan NGO lain, maka jumlah kehadiran jemaah dalam mesyuarat tidak diambil kira sebagai cara untuk mengesahkan korum mesyuarat agung.

Isnin, 9 Februari 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Surau Infitah Al-Khairiah akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 10hb Feb, 2015
Waktu : 08:45 malam (Selepas solat isyak berjamaah

Kehadiran para jemaah di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 adalah dialu-alukan.