JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 6 Julai 2014

SOLAT SUNAT TARAWIKH DAN TAHLIL

SEPANJANG bulan ramadhan ini Surau Infitah Al-Khairiah akan membuat solat sunat tarawikh yang akan diimami oleh Ustaz Razi dan Imam Ruzali serta Bilal Nekmat secara bergiliran. Muslimin dan muslimat dijemput agar dapat sama-sama mengimarahkan surau dengan menyertai solat sunat tarawikh ini. Disamping itu, bagi jemaah yang ingin membuat tahlil, borang tahlil telah disediakan oleh AJK surau dan boleh berbuat demikian dengan menghantar borang kepada barisan AJK surau. 

Imam Ruzali juga telah dilantik sebagai amil bagi memungut wang zakat yang bernilai RM6.50 pada tahun ini. Beliau boleh ditemui pada setiap malam di surau Infitah Al-Khairiah atau boleh juga datang ke rumah beliau untuk tujuan membayar zakat.

Bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan. Pihak AJK surau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk juadah moreh atau apa saja sumbangan demi mengambil kesempatan pada bulan yang mulia lagi berakah ini.

Sabtu, 5 Julai 2014

KENDURI DAN TAHLIL SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK

SURAU INFITAH AL KHAIRIAH telah menganjurkan kenduri dan tahlil sempena kedatangan ramadhan al mubarak pada 26hb Jun. Tahlil dibuat selepas solat isyak berjemaah. Sebelum itu kelas agama membincangkan Kitab Kifayatul Al Muftah telah disampaikan oleh Ustaz Arizan.


My Image

My Image

RAMADHAN AL.MUBARAK

Seluruh AJK Surau Infitah Al Khairiah mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak

Isnin, 26 Mei 2014

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

ALHAMDULILLAH...surau Infitah Al-Khairiah telah dapat menunaikan tanggungjawabnya menganjur sambutan israk mikraj pada 26hb Mei lalu. Kali ini pihak surau telah menjemput penceramah dari Pusat Dakwah Paroi iaitu Ustaz Zulkarnain untuk memberikan ceramah.

Ceramah dimulakan sebaik selesai solat maghrib berjemaah. Kemudian jamuan disediakan selepas solat berjemaah isyak. Menu disediakan oleh katering yang dilantik.

Barisan AJK surau merakam kesyukuran dan terima kasih kepada seluruh jemaah yang sempat hadir.

Khamis, 15 Mei 2014

AKAN DATANG : SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan menyambut Israk Mikraj pada 26hb mei. Tentatif majlis ialah ceramah agama selepas solat maghrib. AJK menjemput seluruh muslimin dan muslimat agar dapat meluangkan masa hadir ke majlis agama tersebut.

Sabtu, 10 Mei 2014

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 1/2014

AJK SURAU Infitah Al-Khairiah selesai mengadakan mesyuarat AJK kali pertamanya pada 09/05/2014. Mesyuarat dipengerusikan oleh pengerusi baru En. Tajol Ariffin bin Hasan selepas solat maghrib. Agenda mesyuarat antaranya membincangkan tentang sambutan Israk Mikraj yang bakal mendatang.

Kehadiran AJK pada malam itu ialah seramai 13 orang daripada 24 orang. 

Berikut minit mesyuarat AJK tersebut untuk rujukan.

Agenda 1 : Ucapan aluan Pengerusi.
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memohon semua AJK membaca al fatehah untuk memberkati mesyuarat AJK bagi kali yang pertama.  
1.2 Pengerusi juga memaklumkan setiausaha terpaksa datang lewat kerana beliau perlu menghabiskan kerja-kerja yang belum selesai dahulu. 
1.3 Seterusnya pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK yang sempat hadir pada mesyuarat tersebut. 

Agenda 2 : Majlis sambutan Israk Mikraj
2.1 Pengerusi membentangkan cadangan untuk majlis sambutan israk mikraj. Atas permintaan En. Nekmat Takin, tarikh asal majlis yang dirancang pada 27hb Mei, akan diawalkan sehari iaitu pada 26hb Mei. Pengerusi telah pun berhubung dengan penceramah dan penceramah tiada masalah berkenaan dengan pindaan tarikh tersebut.  
2.2 Penceramah yang dijemput pada majlis israk mikraj tersebut ialah Ustaz Zulkarnain; Timbalan pengarah Pusat Dakwah bahagian ukhwah dan saudara baru.  
2.3 Untuk urusan makan dan minum, memandangkan komitmen masyarakat setempat yang sibuk bekerja, maka mesyuarat memutuskan sebulat suara ia akan diserahkan kepada pihak katering. Pihak katering terbabit pula akan diputuskan sendiri oleh semua AJK. 
2.4 Mesyuarat juga memutuskan untuk membuat kutipan derma seperti yang selalu dibuat pada masa-masa terdahulu. Untuk urusan kutipan derma ini, pengerusi menyerahkan kepada kebijaksanaan kaum perempuan, cara mana yang dirasakan sesuai dan siapa yang dipertanggunjawabkan untuk membuat kutipan. Jika tugas ini dirasa membebankan, pengerusi tidak memberatkannya kerana bagi pengerusi secara peribadi beliau mahu semua pihak berasa selesa. 
2.5 Mesyuarat juga memutuskan untuk menyewa khemah bagi menampung tempat makan dan minum para jemputan.

3. Agenda 3 : Solat sunat tarawikh
3.1 Sempena kedatangan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, cadangan imam untuk solat sunat tarawikh adalah terdiri dari Ustaz Awal, Hj. Ruzali dan Ustaz Razi. Pengerusi akan berbincang dengan ketiga-tiga nama yang dicadangkan ini sama ada mereka ini bersetuju dan punya kelapangan untuk menjadi imam solat sunat tarawikh. Pihak surau akan mengutamakan ahli kariah setempat terlebih dahulu sebelum menjemput imam dari luar jika memang ketiga-tiga nama yang dicadangkan menolak.
3.2 Surau juga akan meneruskan tradisi yang menjadi kelazimannya iaitu akan mengadakan tahlil aruah sepanjang bulan ramadhan. Tahlil ini akan dibuat oleh imam-imam yang dilantik. Borang untuk tahlil ini akan disediakan oleh pihak surau dan boleh didapati dari AJK.
3.3 Amil bagi memungut zakat di kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah diputuskan kepada Hj. Ruzali. Nama beliau telah dihantar sendiri oleh pengerusi. Jika Hj. Ruzali tidak bersetuju maka terpaksalah warga rumah pangsa membayar zakat dengan amil luar nanti.

4. Agenda 4 : Lain-lain hal.
4.1 Duit pendahuluan surau kepada tabung Pertubuhan Khairat dan Kematian berjumlah RM1000.00. Status duit tersebut ialah ia menjadi milik pertubuhan khairat. Pengerusi telah berhubung dengan pengerusi pertubuhan khairat dan beliau memaklumkan duit pendahuluan itu dikira hangus kerana ia termasuk dalam belanja pengurusan.
4.2 Masalah Farid. AJK memutuskan untuk waktu terdekat ini, biarlah dia tinggal di surau. Pengerusi juga meminta jika terdapat sebarang masalah berkaitan, sila berhubung dengan pengerusi surau dan pengerusi akan mengambil tindakan segera. 

4.3 Bagi masalah-masalah lain  : -
i) Salur air yang tersumbat - pengerusi sendiri akan cuba membaikinya nanti.
ii) Tiles yang telah tercabut - menunggu peruntukan kewangan. 2 kertas kerja telah  dihantar ke Baitulmal. Masih menunggu kelulusan.
iii) Lubang di depan mimbar - pengerusi akan mengutus surat ulangan kepada pihak  berkenaan.  

4.4 En. Abdul Ghani selaku Pengerusi Persatuan Penduduk berharap agar pihak surau dapat memberi peluang kepada persatuan penduduk untuk menjalin kerjasama dalam majlis israk mikraj nanti. Pengerusi surau tiada masalah tentang itu malah mengalu-alukan kerjasama tersebut dengan hati terbuka.
5. Agenda 5 : Ucapan Penanguhan
5.1 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 08:27 malam.

Khamis, 6 Mac 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH PADA 06HB MAC, 2014

DEMI mengelakan dasar dominasi dalam sistem pentadbiran surau Infitah Al-Khairiah, maka saban tahun mesyuarat agung tahunan surau telah diadakan antara bulan januari ke mac. Pada kali ini tarikh 6hb Mac telah dipilih untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut. Mesyuarat diadakan selepas selesai solat Isyak. 

Pengerusi lama iaitu En. Abdul Ghani Mansoor telah membubarkan AJK lama sebaik selesai pembentangan penyata laporan tahunan surau oleh setiausaha dan bendahari untuk cadangan dan sokongan kelulusan. Beberapa pertukaran utama telah berlaku semasa mesyuarat agung kali ini. Pengerusi lama telah menarik diri lantaran tidak dapat memberi komitmen memandangkan jadual tugasnya yang banyak. Maka jemaah sebulat suara telah melantik mantan setiausaha iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan untuk menjawat jawatan sebagai pengerusi yang baru manakala jawatan setiausaha yang dilepaskannya telah diganti oleh En. Khairi bin Jahim. Cuma jawatan bendahari sahaja yang masih mengekalkan bendahari lama iaitu Pn. Norazah bte Baharin.

Keputusan penuh mesyuarat agung tersebut adalah seperti di bawah :
  • PENGERUSI : TAJOL ARIFFIN BIN HASAN 
  • SETIAUSAHA : KHAIRI BIN JAHIM 
  • BENDAHARI : NOR AZAH BTE BAHARIN 
  1. AHLI JAWATANKUASA : ABU BAKAR BIN SULIMAN 
  2. AHLI JAWATANKUASA : ABD. GHANI BIN MANSOOR 
  3. AHLI JAWATANKUASA : MADDIN BIN BAKAR
  4. AHLI JAWATANKUASA : KHARIAH BTE HJ. ABAS 
  5. AHLI JAWATANKUASA : MAIMUNAH BTE HJ. ABU TALIB 
  6. AHLI JAWATANKUASA : NEKMAT BIN TAKIN 
  7. AHLI JAWATANKUASA : FATIMAH BTE SYIDTAMIAH 
  8. AHLI JAWATANKUASA : ERZANTINA BTE HASHIM
  9. AHLI JAWATANKUASA : NORHISHAM BTE HJ. ITHNIN 
  10. AHLI JAWATANKUASA : SERPIAH BTE SA'AD
  11. AHLI JAWATANKUASA : PADILAH BTE MUSTAFA 
  12. AHLI JAWATANKUASA : RAHMAH BTE IBRAHIM 
  13. AHLI JAWATANKUASA : RAJA DIWI BTE SULONG 
  14. AHLI JAWATANKUASA : RUSNAH BTE HJ. SALLEH 
  15. AHLI JAWATANKUASA : ROHAYA BTE AHMAD
  16. AHLI JAWATANKUASA : POZIAH BTE HUSIN
  17. AHLI JAWATANKUASA : PUTEH BTE BONGSU
  18. AHLI JAWATANKUASA : ZAITON BTE HASSAN 
  19. AHLI JAWATANKUASA : NORFITRI BTE SARIF 
  1. PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : JAMILAH BTE TAAT 
  2. PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 : NORMAH BTE DOLLAH