JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 23 Februari 2014

SURAU INFITAH JADI TUAN RUMAH MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KHAIRAT

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Khairat dan Kematian Taman Sri Mawar bagi sesi pentadbiran 2014 - 2017. Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat AJK Pertubuhan, pelaksanaan mesyuarat agung tahunan pertubuhan akan dilakukan diantara 3 taman secara giliran. Kali pertama mesyuarat tersebut telah diadakan di kariah Taman Sri Mawar 1 (2012), diikuti Taman Sri Mawar 2 (2013) dan kini di Rumah Pangsa Senawang Fasa 1 (2014). 

Mesyuarat dijangka dirasmikan oleh Imam Masjid Rasa Sayang Senawang iaitu Tn. Hj. Hamzah Md. Dan. Selaku tuan rumah mesyuarat, pihak AJK surau telah membuat persedian awal dengan menempah 2 buah khemah dan membuat gotong royong membersihkan persekitaran surau seminggu sebelum mesyuarat.

Rabu, 22 Januari 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


13HB APRIL, 2014. SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH  sekali lagi mengadakan sambutan maulidur rasul, perarakan dan ceramah. Kali ini surau bekerjasama dengan KRT.

Selasa, 5 November 2013

SAMBUTAN MAAL HIJRAH SECARA SEDERHANA

SURAU INFITAH AL KHAIRIAH mengadakan bacaan yasin pada sebelah petang dan malam selepas maghrib diikuti bacaan doa akhir dan awal tahun sempena menyambut Maal Hijrah. Majlis turut disertai golongan tabligh yang kebanyakannya terdiri dari pelajar Politeknik Port Dickson. Usai majlis, telah diadakan sedikit jamuan ringan.

PETIKAN BERITA :

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat kebangsaan.

Sementara penerima anugerah tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa ialah cendekiawan, ulama tersohor dan pendakwah Islam dari Mumbai, India, Dr Zakir Abdul Karim Naik.

Masing-masing menerima wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak dan bingkai.

Abdul Hamid, 69, berkelulusan Sarjana dalam bidang Siasah Shariyyah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam ucapannya, Abdul Hamid berkata penganugerahan itu menunjukkan penghargaan kerajaan Malaysia terhadap jasa yang telah ditaburkan.

"Sesungguhnya saya amat terharu dengan penganugerahan ini dan merupakan satu penghormatan kepada saya dan keluarga yang akan terpahat dalam lipatan perjalanan hidup saya," katanya.

Beliau berkata semoga sambutan Maal Hijrah yang diadakan setiap tahun dapat menjadikan kekuatan dalam perjuangan untuk mengangkat martabat serta mempertahankan maruah masyarakat Islam.

Sementara itu, Dr Zakir, 48, merupakan pengasas Islamic Research Foundation di India dan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan dan pembedahan dari Universiti Bombay, Mumbai.

"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia bagi pengiktirafan ini, saya berasa sungguh gembira menerima anugerah ini dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menerima saya sebagai pendakwah Islam di negara ini," katanya dalam ucapan.

Katanya hanya melalui Al-Quran dan Sunnah sahaja dapat menyatukan perpaduan ummah dan menyelesaikan segala permasalahan.


Ahad, 6 Oktober 2013

SEJARAH TILAWAH AL-QURAN


Tidak banyak orang yang mengetahui sejarah tilawah Al-Quran di negara ini yang sudah mencecah 53 tahun. Tidak seperti tahun-tahun awalnya, tilawah Al-Quran tidak lagi menarik perhatian generasi baharu penonton TV. Pada peringkat awalnya tilawah Al-Quran merupakan suatu peristiwa TV yang penting yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Malah pada peringkat awalnya radio menjadi wahana penting untuk menyiarkan tilawah Al-Quran.

Maka itu penerbitan buku 50 Tahun Tilawah Al-Quran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sangat berguna. Buku ini diilhamkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ia diterbitkan sempena 50 tahun tilawah Al-Quran di negara ini. 

Buku setebal 229 halaman ini bukan sahaja bermuat sejarah tilawah tetapi juga banyak gambar penting yang sebahagian besarnya tidak tersiar di mana-mana. Ia bermuat pelbagai aspek sejarah tilawah itu termasuk nama-nama peserta, para hakim, pemenang juga sejarah astaka yang menjadi pentas tilawah itu diadakan. 
Pada peringkat awalnya tilawah Al-Quran merupakan suatu peristiwa TV yang penting yang ditunggu-tunggu setiap tahun”

Sayogia diingat perkataan ‘tilawah’ sebenarnya baharu diperkenalkan. Sebelum ini perkataan ‘pertandingan’ dan ‘musabaqah’ digunakan. Negeri Johor hari ini menggunakan majlis perujian membaca Al-Quran.

Adalah dipercayai bahawa tilawah Al-Quran yang pertama secara rasmi diadakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR, nama asal UMNO) pada 4 September 1947 di Masjid Jamek, Johor Bahru. Pertandingan ini dibuka hanya untuk kaum lelaki.

Peringkat kebangsaan mula 1960

Almarhum Tunku Abdul Rahman memulakan peraduan membaca Al-Quran pada peringkat kebangsaan pada tahun 1960. Pada tahun berikutnya Malaya mengadakan tilawah Al-Quran pada peringkat antarabangsa. Adalah dipercayai ini merupakan tilawah Al-Quran yang pertama di dunia. Sewaktu berucap merasmikan tilawah peringkat kebangsaan yang pertama pada tahun 1960, Tunku berharap akan menjadikan Malaya negara yang hebat dengan mengambil semangat dan pemahaman kitab suci itu.

Pada tahun 1961 apabila tilawah peringkat antarabangsa diadakan buat pertama kalinya, Masjid Negara sedang dibina. Selama 22 kali, Stadium Merdeka menjadi tempat pertandingan kebangsaan dan 23 pertandingan antarabangsa. (Stadium bersejarah itu juga merealisasikan cadangan Tunku untuk menaikkan nama negara dalam bidang sukan dengan mengadakan Pesta Bola Merdeka setiap tahun). Sebuah astaka indah akan dibina dan setiap tahun akan diadakan peraduan bagi memilih seni bina astaka yang terbaik.

Pada tahun 1982, tilawah Al-Quran yang terakhir diadakan di Stadium Merdeka. Mulai 1981, tilawah antarabangsa diasingkan daripada peringkat kebangsaan. 

Tilawah Al-Quran juga menampakkan bakat luar biasa orang Melayu dalam tradisi membaca kitab suci itu. Pada peringkat kebangsaan qari dari Kedah, Ismail Hashim menang sembilan kali dari tahun 1962 hingga 1975 sementara Faridah Mat Saman dari Kelantan menang lapan kali dan Rogayah Sulong dari Terengganu menang tujuh kali. Pada peringkat antarabangsa Ismail menang lapan kali, termasuk menjadi johan bersama dengan peserta dari Thailand, Manaf Saseelos pada tahun 1963. 

Faridah merupakan pemenang tilawah antarabangsa wanita yang pertama pada tahun 1964. Beliau menang tujuh kali pada peringkat antarabangsa. Tiga kali yang terakhir (daripada tahun 1989 hingga 1991) dimenanginya setelah meninggalkan gelanggang selama 11 tahun. Rogayah pula menang empat kali pada peringkat antarabangsa, pertama kali pada tahun 1966 dan seterusnya pada tahun 1973, 1974 dan 1978.



Dominasi wakil Malaysia 

Qari pertama menang tilawah antarabangsa adalah Ahmad Mat Som pada tahun 1961. Faridah pula menang pada tahun 1964 apabila tilawah peringkat antarabangsa dibuka kepada wanita. Malah apabila tilawah dibuka pada peserta-peserta negara Arab mulai tahun 1976, qari dan qariah Melayu masih menang banyak kali. Pada tahun itu peserta dari Indonesia, M. Ali Yusni menang ketegori lelaki dan Faridah menang ketegori wanita. Walaupun ada qari dari Libya, Mesir dan Kuwait pernah menang tetapi jumlah mereka sedikit. Bagi qariah pula selain pemenang dari Indonesia, Brunei dan Thailand yang memecahkan kelangsungan kemenangan, selebihnya merupakan qariah Malaysia.

Ada satu aspek menarik mengenai etika berpakaian para peserta, khususnya kaum wanita. Pada zaman Faridah, Rogayah dan lain-lain qariah hanya memakai selendang sewaktu membaca. Hanya pada tahun 1978, qariah pertama bertudung datangnya dari Perak. Hal ini ada kaitannya dengan kebangkitan baru Islam pada tahun-tahun 1970-an.

Buku ini penuh maklumat dan memberikan perspektif yang jelas makna tilawah Al-Quran bagi umat Islam di negara ini. Ia perlu dibaca bagi memahami matlamat sebenar tilawah itu seperti yang dibayangkan oleh Almarhum Tunku – menjadikan negara ini progresif melalui pemahaman kitab suci Al-Quran yang sepatutnya menjadi teras kekuatan ummah.

Kredit : Dato' Johan Jaafar

Ahad, 29 September 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULANAN KALI KE 3

Penyampaian sumbangan bulanan diteruskan untuk kali ke 3 pada 26hb lalu sebaik usai solat berjemaah Isyak. Penerima kali ini ialah :

  1. En. Abu Bakar Suliman
  2. Pn. Rohaya Ahmad (Ibu Tunggal)
SENARAI JEMAAH YANG TELAH MENERIMA SUMBANGAN BULANAN.
Penerima pada 05/06/2013
  1. Pn Khairiah bte Hj. Abas (Blok C14)
  2. Pn Rahmah bte Ibrahim (Blok C12)

Penerima pada 04/07/2013
  1. Pn. Serpiah bte Saad (Blok E07)
  2. Pn. Paridah bte Mustafa (D40)
  3. Pn Faridah bte Hj. Hamid (C38)
  4. En. Khairi bin Jahim (D48)

Isnin, 23 September 2013

BANTUAN BULANAN DITERUSKAN LAGI...

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan meneruskan lagi bantuan bulanannya pada 26hb ini bersempena dengan majlis bacaan yasin mingguan. Kudapan bagi malam bacaan yasin tersebut kali ini disediakan sendiri oleh para jemaah dengan membawa juadah masing-masing dari rumah. Memang telah diputuskan pada mesyuarat AJK lalu, pada setiap minggu keempat majlis bacaan yasin, kudapannya disediakan secara potluck.

Surau Infitah Al-Khairiah mengalu-alukan jemaah datang beramai-ramai pada majlis bacaan yasin itu nanti. Bahkan kalau boleh datang pada setiap malam sama ada majlis atau tidak demi mengimarahkan surau.

Ahad, 22 September 2013

'RENOVATION' LAGI...

Demi memastikan keselesaan ditahap maksima, sekali lagi pengurusan Surau Infitah Al-Khairiah telah menambahbaik kemudahan surau seperti menambah awning di bahagian beranda, di bahagian susur alur atap untuk mencengah tempias air hujan serta membaiki tiang pagar utama surau yang menempatkan tempat surat.

Melalui bantuan Ybhg Senator Dato' Hj. Najeeb Abdullah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, hampir RM7000.00 telah diperolehi dari Baitullah untuk tujuan penambahbaikan surau. (Ybhg Senator adalah salah seorang ahli panel Baitulmal)

Selain itu, seorang hamba Allah telah menghadiahkan surau sebuah peti ais bagi kegunaan menyimpan bahan sejuk beku. Untuk makluman, semua program atau aktiviti surau yang telah dirancang sepanjang tahun ini, hampir 80% telah berjaya dilaksanakan.