JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 29 September 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULANAN KALI KE 3

Penyampaian sumbangan bulanan diteruskan untuk kali ke 3 pada 26hb lalu sebaik usai solat berjemaah Isyak. Penerima kali ini ialah :

  1. En. Abu Bakar Suliman
  2. Pn. Rohaya Ahmad (Ibu Tunggal)
SENARAI JEMAAH YANG TELAH MENERIMA SUMBANGAN BULANAN.
Penerima pada 05/06/2013
  1. Pn Khairiah bte Hj. Abas (Blok C14)
  2. Pn Rahmah bte Ibrahim (Blok C12)

Penerima pada 04/07/2013
  1. Pn. Serpiah bte Saad (Blok E07)
  2. Pn. Paridah bte Mustafa (D40)
  3. Pn Faridah bte Hj. Hamid (C38)
  4. En. Khairi bin Jahim (D48)

Isnin, 23 September 2013

BANTUAN BULANAN DITERUSKAN LAGI...

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan meneruskan lagi bantuan bulanannya pada 26hb ini bersempena dengan majlis bacaan yasin mingguan. Kudapan bagi malam bacaan yasin tersebut kali ini disediakan sendiri oleh para jemaah dengan membawa juadah masing-masing dari rumah. Memang telah diputuskan pada mesyuarat AJK lalu, pada setiap minggu keempat majlis bacaan yasin, kudapannya disediakan secara potluck.

Surau Infitah Al-Khairiah mengalu-alukan jemaah datang beramai-ramai pada majlis bacaan yasin itu nanti. Bahkan kalau boleh datang pada setiap malam sama ada majlis atau tidak demi mengimarahkan surau.

Ahad, 22 September 2013

'RENOVATION' LAGI...

Demi memastikan keselesaan ditahap maksima, sekali lagi pengurusan Surau Infitah Al-Khairiah telah menambahbaik kemudahan surau seperti menambah awning di bahagian beranda, di bahagian susur alur atap untuk mencengah tempias air hujan serta membaiki tiang pagar utama surau yang menempatkan tempat surat.

Melalui bantuan Ybhg Senator Dato' Hj. Najeeb Abdullah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, hampir RM7000.00 telah diperolehi dari Baitullah untuk tujuan penambahbaikan surau. (Ybhg Senator adalah salah seorang ahli panel Baitulmal)

Selain itu, seorang hamba Allah telah menghadiahkan surau sebuah peti ais bagi kegunaan menyimpan bahan sejuk beku. Untuk makluman, semua program atau aktiviti surau yang telah dirancang sepanjang tahun ini, hampir 80% telah berjaya dilaksanakan. 

Khamis, 5 September 2013

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2013

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH sekali lagi dengan kerjasama 2 gabungan NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Persatuan Penduduk dan UMNO Cawangan telah menganjurkan majlis rumah terbuka sempena menyambut aidilfitrie. Majlis tersebut telah diadakan pada 01hb Sept. Jemputan VIP yang turut serta ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi dan Ybhg Senator Dato, Najeeb Abdullah. 

My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11

Selasa, 27 Ogos 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA (2013)

Tanggal 25hb Julai, 2013 lalu, untuk kali ketiga Surau Infitah Al-Khairiah menganjurkan sekali lagi penyampaian sumbangan raya kepada warga muslimin dan muslimah yang layak. Ia merangkumi warga emas, OKU, anak yatim dan ibu tunggal. Sumbangan duit raya kepada anak-anak kecil dan masih bersekolah seperti yang dilakukan pada tahun lepas turut diadakan sekali lagi. 

Majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai dari warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. InsyaAllah, pentadbiran surau akan sentiasa mencari dana untuk disalurkan kepada penduduk-penduduk yang memerlukan. Dengan bantuan dan sokongan daripada Baitulmal dan Pejabat Menteri Besar yang berterusan, kebanyakan program dan majlis anjuran Surau Infitah Al-Khairiah dapat direalisasikan dengan jayanya. 

InsyaAllah, pada 01hb September nanti, dengan kerjasama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan UMNO Cawangan RPSF2, akan diadakan majlis rumah terbuka sempena aidilfitri. AJK Surau Infitah mengambil kesempatan menjemput semua warga penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 tanpa mengira bangsa dan agama untuk turut hadir bagi memeriahkan majlis. 

Sebarang pandangan dan cadangan daripada warga Islam Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 untuk menambahbaikan pentadbiran surau, bolehlah dimaklumkan kepada AJKnya atau melalui peti cadangan yang disediakan. 
My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6

Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

Jumaat, 12 Julai 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL



Satu majlis penyampaian sumbangan ramadhan telah diadakan selepas usai solat sunat tarawikh pada 12hb Julai bersamaan 3 ramadhan. Majlis penyampaian yang boleh dianggap sesi pertama itu (kerana insyaAllah, akan ada lagi majlis serupa pada 25hb Julai ini) menerima tajaan daripada Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warga Singapura yang telah bermurah hati menderma dalam bentuk wang tunai.

Majlis di pengerusikan oleh En. Abdul Ghani Mansoor iaitu pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah sendiri. Dalam ucapan ringkasnya, En. Abdul Ghani merakam setinggi penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed Hussain serta wakilnya di Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 iaitu Hajjah Normah Dollah. Beliau juga akan mengutuskan surat penghargaan kepada Tuan Hj. Mohamed atas sumbangan ikhlas tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Hajjah Normah Dollah. Seramai 30 orang penerima sumbangan terdiri dari warga emas dan ibu tunggal.

Berikut senarai penerima sumbangan :

  1. AZIZAH BTE MAHMUD
  2. FARIDAH BTE HJ. HAMID
  3. FATIMAH BINTI SHIDZTAMIAH
  4. JAMILIAH BTE YUSOF
  5. JUNAIDAH BTE MOHD YUSOF
  6. LATIPAH BTE OMAR
  7. MORANA BTE SA'ABAN
  8. NORASIMAH
  9. NORHAIDA BTE ABU HASAN
  10. RAJA DEWI BTE SULONG
  11. RUSNAH BTE SALLEH (KAK WOK)
  12. SERPIAH BTE SA'AD
  13. HJ. RUZALI SAID
  14. SHASAREENA BTE BAHARIN
  15. ZUBAIDAH BINTI RASIP
  16. ROHAYA BINTI AHMAD
  17. NORJAN BINTI ISMAIL
  18. AMY NORFARIZA BINTI RAMLI
  19. NORLI
  20. HAJJAH MAH BTE JAAFAR
  21. KAMSIAH BTE IDRIS
  22. KHAIRIAH BTE HJ ABAS
  23. NORISAH BTE YASIN
  24. PUTEH BTE BONGSU
  25. NORMAH BINTI DOLLAH
  26. NORLIA BINTI MAAZIN
  27. MAIMON
  28. ZAITON BINTI HASAN
  29. RAHIMAH BINTI IBRAHIM
  30. ZAINON





Isnin, 8 Julai 2013

KENDURI SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

ALHAMDULILLAH, kenduri sempena menyambut awal ramadhan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK bil 3 lalu telah berjaya disempurnakan pada hari ini 08hb Julai, 2013. Seperti yang dijangkakan, sambutan daripada jemaah terutama jemaah kecil amat membanggakan. Sesungguhnya selama ini, apa saja aktiviti atau majlis yang dianjurkan oleh Surau Infitah Al-Khairiah belum pernah mengalami kegagalan.

Seperti majlis pada malam ini, ia menambah semangat kepada barisan AJK surau untuk terus menganjurkan pelbagai lagi aktiviti dan majlis agar fungsi surau ke arah mewujudkan hubungan silaturrahim yang kuat antara sesama jemaah berterusan.

Tentatif majlis pada kenduri sempena menyambut ramadhan ini ialah solat maghrib dan isyak berjemaah. Bacaan doa dan tahlil selepas solat berjemaah maghrib. Usai solat berjemaah isyak, jamuan dengan menu yang di bawa secara gotong royong oleh jemaah menyaksikan limpahan lauk-pauk yang banyak. Surau hanya menyediakan nasi sahaja. Pelbagai jenis lauk pauk yang dibawa oleh jemaah dari rumah masing-masing sudah lebih dari cukup sehingga timbul cadangan untuk program pada 25hb Julai nanti dibuat secara begini. Lauk pauk dibawa dari rumah masing-masing sementara nasi disediakan oleh pihak surau.

Bagaimanapun perkara ini belum diputuskan secara muktamad memandangkan pengerusi akan memanggil satu lagi mesyuarat khas untuk menentukan cara mana perjalanan program 25hb itu nanti.