JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Khamis, 4 Julai 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN BULANAN KALI KE 2

Sebagai mana yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK bil ke 2 lalu, melalui sumbangan dana tambahan daripada Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, sekali lagi Surau Infitah Al-Khairiah; bersempena majlis bacaan yasin mingguan yang diadakan, telah menyampaikan sumbangan kepada jemaah yang layak. Kali ini 4 orang penerima sumbangan telah menerima pemberian hamper pelbagai barangan. Sumbangan kali ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor, imam 1 Surau Infitah Al-Khairiah.

Jemaah yang menerima sumbangan tersebut ialah :


  1. En. Khairi bin Jahim
  2. Pn. Serpiah bte Saad
  3. Pn. Padilah bte Mustafa
  4. Pn. Faridah bte Hj. Hamid

Rabu, 19 Jun 2013

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'ABAN



PENGERTIAN NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Antara kelebihan bulan sya'aban ialah :-

1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:

Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya:

pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.

Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?

Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu

Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya:

sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.

6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.

Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:

1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Rabu, 5 Jun 2013

MAJLIS ISRAK MIKRAJ DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

TANGGAL 05hb Jun, 2013 bersamaan 26 Rejab, 1434H, sekali lagi surau Infitah Al-Khairiah mengadakan ceramah khas Israk Mikraj. Bagaimanapun kali ini diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada jemaah yang terpilih hasil kerjasama dengan persatuan penduduk. 

Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Hilal Qassim. Alhamdulillah, seperti mana majlis-majlis ilmu yang telah pernah dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau, ia mendapat sambutan menggalakan terutama dari jemaah kanak-kanak kerana golongan ini begitu teruja untuk mendengarkan kisah-kisah sepanjang nabi menjalani Israk Mikraj.

Pada malam tersebut, sumbangan kepada 2 orang jemaah terpilih disampaikan sendiri oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Hj. Hilal. 2 orang jemaah yang terpilih secara kebetulan mewakili kategori warga emas. Untuk makluman, pihak surau akan meneruskan sumbangan ini dengan kerjasama persatuan penduduk pada setiap hujung bulan. Sekurang-kurangnya 2 orang atau lebih akan menerima sumbangan tersebut pada setiap bulan. Kategori penerima ialah :

  1. Warga emas
  2. OKU (Orang Kehilangan Upaya)
  3. Ibu tunggal
  4. Anak yatim

Sumbangan untuk kali pertama ini telah diberikan kepada 2 orang iaitu :

  1. Puan Khairiah Hj. Abas (Blok C14)
  2. Puan Rahmah Ibrahim (Blok C 12)

Ahad, 2 Jun 2013

GOTONG ROYONG SURAU INFITAH AL KHAIRIAH SEMPENA MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ

AHAD 2hb June, Barisan AJK surau telah mengadakan majlis gotong royong membersihkan persekitaran surau menjelang majlis sambutan israk mikraj pada 5hb jun ini. Majlis israk mikraj itu akan diisi dengan pengisian majlis ilmu iaitu ceramah khas sempena israk mikraj.
Semua jemaah muslimin dan muslimat yang berkelapangan adalah dijemput hadir bagi mengimarahkan program surau. Gotong royong membersihkan surau ini telah diputuskan dalam mesyuarat AJK yang lalu. Disamping membersihkan persekitaran surau, ia bagi memberi keselesaan kepada jemaah dari aspek kesihatan dan kebersihan.
Barisan AJK merakam lafaz kesyukuran yang amat tinggi kepada mereka yang telah hadir membantu gotong royong tersebut.

Sabtu, 2 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR

BERTARIKH 03hb Jan, 2013; telah diadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama Pertubuhan Khairat dan Kematian Khariah Taman Sri Mawar di Dewan Taman Sri Mawar 2 bermula jam 09:00 pagi. Seramai 97 ahli Pertubuhan Khairat Kematian Taman Sri Mawar telah hadir.

MAKLUMAT TERKINI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SRI MAWAR

* Berikut adalah kutipan maklumat daripada Mesyuarat Agung Tahunan Pertama
Pertubuhan Khairat dan kematian Taman Sri Mawar

BIL
PERKARA (Sehingga 31hb Dec, 2012)
JUMLAH
1
Jumlah keahlian
288 orang
2
Jumlah kutipan yuran
RM 29,745.00
3
Jumlah sumbangan khairat (11 orang/Dewasa dan kanak-kanak)
RM 10,200.00
4
Lain-lain Perbelanjaan
RM   5,769.45
5
Jumlah wang keluar
RM 15,969.45
6
Baki wang ditangan
RM   1,500.00
7
Baki wang di bank (CIMB Bank)
RM 13.775.55

SENARAI WAKIL-WAKIL AJK PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN DARIPADA FLAT SENAWANG FASA 2.
BIL
NAMA
JAWATAN
NO TALIPON
1
USTAZ MOHD AWAL BIN MANGSOR
TIMB. PENGERUSI
016-3018979
2
TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
AHLI JAWATAN KUASA
012-3748376
3
ABD. GHANI BIN MANSOOR
AHLI JAWATAN KUASA
013-6016330
4
NEKMAT BIN TAKIN
AHLI JAWATAN KUASA
017-6297384
5
AZIZAH BTE MAHMUD
AHLI JAWATAN KUASA
019-6975031
6
NORFITRI BTE MD. SARIF
PEMEGANG AMANAH
013-2596590

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 (BERAKHIR 31HB DEC, 2012)
BIL
NAMA
SUMBANGAN RM
1
ARUAH GHAZALI B. ISMAIL
800.00
2
ARUAH KHAIRUL SANY (ANAK)
250.00
3
ARUAH ZAINAL BIN SHARIFF
1,000.00
4
ARUAH SENAH BTE IBRAHIM
1,000.00
5
ARUAH ZAHARIAH BTE MUNAP
1,000.00
6
MOHD YUSOF BIN SIRAT
1,000.00
7
ARUAH NAZRI BIN ASSANAR
700.00

JUMLAH SUMBANGAN
5,750.00


USUL YANG DILULUSKAN
1. Sumbangan khairat kematian dinaikan (Berkuat kuasa serta merta – 03hb Jan, 2013) :-
i) Dewasa – RM1,300.00
ii) Waris   – RM1,000.00

2. Yuran kemasukan ahli baru dinaikan daripada RM15.00 kepada RM50.00 (Berkuat kuasa 04hb Jan, 2013)


USUL YANG AKAN DIPUTUSKAN KEMUDIAN DALAM MESYUARAT AJK

1. Van jenazah

2. Pendokumentasian secara rasmi bagi perkara-perkara berikut :
i) Setiap resit bayaran
ii) Kepala surat rasmi pertubuhan

3. Sijil Keahlian Rasmi Khairat (Dengan no keahlian)

4. Mengumandangkan bacaan yasin di setiap surau jika kedapatan kematian.

Isnin, 28 Januari 2013

MAULIDUR RASUL : PERARAKAN DAN CERAMAH

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul anjuran Surau Infitah Al-Khairiah kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK surau merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Tidak lupa juga ucapaan terima kasih kepada NGO yang terbabit seperti KRT, SRS, RELA, COMBI dan Persatuan Penduduk.

My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21
My ImageGambar 22
Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

Khamis, 17 Januari 2013

PERARAKAN DAN CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan mengadakan perarakan dan ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Tentatif program adalah seperti di bawah :


  • Tarikh : 27hb Jan, 2013 (Ahad)
  • Masa : Perarakan akan diadakan selepas solat asar
  • Ceramah akan diadakan selepas solat maghrib


Jemaah Muslimin dan Muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dijemput hadir. Jamuan ringan akan diberika selepas solat isyak.

Terima kasih


Laporan oleh : Tajol Ariffin Hasan (Setiausaha)