JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 2 Februari 2013

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KHAIRAT DAN KEMATIAN KARIAH TAMAN SRI MAWAR

BERTARIKH 03hb Jan, 2013; telah diadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama Pertubuhan Khairat dan Kematian Khariah Taman Sri Mawar di Dewan Taman Sri Mawar 2 bermula jam 09:00 pagi. Seramai 97 ahli Pertubuhan Khairat Kematian Taman Sri Mawar telah hadir.

MAKLUMAT TERKINI PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SRI MAWAR

* Berikut adalah kutipan maklumat daripada Mesyuarat Agung Tahunan Pertama
Pertubuhan Khairat dan kematian Taman Sri Mawar

BIL
PERKARA (Sehingga 31hb Dec, 2012)
JUMLAH
1
Jumlah keahlian
288 orang
2
Jumlah kutipan yuran
RM 29,745.00
3
Jumlah sumbangan khairat (11 orang/Dewasa dan kanak-kanak)
RM 10,200.00
4
Lain-lain Perbelanjaan
RM   5,769.45
5
Jumlah wang keluar
RM 15,969.45
6
Baki wang ditangan
RM   1,500.00
7
Baki wang di bank (CIMB Bank)
RM 13.775.55

SENARAI WAKIL-WAKIL AJK PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN DARIPADA FLAT SENAWANG FASA 2.
BIL
NAMA
JAWATAN
NO TALIPON
1
USTAZ MOHD AWAL BIN MANGSOR
TIMB. PENGERUSI
016-3018979
2
TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
AHLI JAWATAN KUASA
012-3748376
3
ABD. GHANI BIN MANSOOR
AHLI JAWATAN KUASA
013-6016330
4
NEKMAT BIN TAKIN
AHLI JAWATAN KUASA
017-6297384
5
AZIZAH BTE MAHMUD
AHLI JAWATAN KUASA
019-6975031
6
NORFITRI BTE MD. SARIF
PEMEGANG AMANAH
013-2596590

SENARAI PENERIMA SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 (BERAKHIR 31HB DEC, 2012)
BIL
NAMA
SUMBANGAN RM
1
ARUAH GHAZALI B. ISMAIL
800.00
2
ARUAH KHAIRUL SANY (ANAK)
250.00
3
ARUAH ZAINAL BIN SHARIFF
1,000.00
4
ARUAH SENAH BTE IBRAHIM
1,000.00
5
ARUAH ZAHARIAH BTE MUNAP
1,000.00
6
MOHD YUSOF BIN SIRAT
1,000.00
7
ARUAH NAZRI BIN ASSANAR
700.00

JUMLAH SUMBANGAN
5,750.00


USUL YANG DILULUSKAN
1. Sumbangan khairat kematian dinaikan (Berkuat kuasa serta merta – 03hb Jan, 2013) :-
i) Dewasa – RM1,300.00
ii) Waris   – RM1,000.00

2. Yuran kemasukan ahli baru dinaikan daripada RM15.00 kepada RM50.00 (Berkuat kuasa 04hb Jan, 2013)


USUL YANG AKAN DIPUTUSKAN KEMUDIAN DALAM MESYUARAT AJK

1. Van jenazah

2. Pendokumentasian secara rasmi bagi perkara-perkara berikut :
i) Setiap resit bayaran
ii) Kepala surat rasmi pertubuhan

3. Sijil Keahlian Rasmi Khairat (Dengan no keahlian)

4. Mengumandangkan bacaan yasin di setiap surau jika kedapatan kematian.

Isnin, 28 Januari 2013

MAULIDUR RASUL : PERARAKAN DAN CERAMAH

Hampir 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada majlis Maulidur Rasul anjuran Surau Infitah Al-Khairiah kali ini. Perarakan bermula sebaik usai sembahyang asar berjemaah. Perarakan dipimpin oleh Ustaz Mohd Awal Mangsoor bermula dari perkarangan surau di Blok B dan C seterusnya menghala ke laluan utama sebelum masuk ke simpang jalan di Blok F, melalui Blok E dan D seterusnya kembali ke perkarangan surau. 

Perarakan dikawal dengan bantuan anggota RELA. Usai berarak, jemaah dihidangkan dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, sepanjang perarakkan; cuaca cukup cerah. Perarakan kali ini disertai oleh kalangan kanak-kanak yang ramai. 

Pada sebelah malam pula diadakan ceramah agama seperti selalunya. Penceramah ialah Ybhg Al Fadil Ustaz Tuan Hj. Ahmad Hilal iaitu imam masjid Jamek Jalan Pasar, Seremban. Ceramah disampaikan selepas solat maghrib berjemaah. Ustaz Tn. Hj. Ahmad Hilal kemudian mengimamkan solat isyak. Tetamu terhormat yang hadir pada majlis tersebut ialah Dato' Baharin yang merupakan ketua penerangan UMNO Bahagian Rasah.

Barisan AJK surau merakam jutaan terima kasih atas kehadiran dan segala bentuk kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis. Tidak lupa juga ucapaan terima kasih kepada NGO yang terbabit seperti KRT, SRS, RELA, COMBI dan Persatuan Penduduk.

My ImageGambar 1
My ImageGambar 2
My ImageGambar 3
My ImageGambar 4
My ImageGambar 5
My ImageGambar 6
My ImageGambar 7
My ImageGambar 8
My ImageGambar 9
My ImageGambar 10
My ImageGambar 11
My ImageGambar 12
My ImageGambar 13

My ImageGambar 14
My ImageGambar 15
My ImageGambar 16
My ImageGambar 17
My ImageGambar 18
My ImageGambar 19
My ImageGambar 20
My ImageGambar 21
My ImageGambar 22
Laporan oleh Setiausaha : En. Tajol Ariffin Hasan

Khamis, 17 Januari 2013

PERARAKAN DAN CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH akan mengadakan perarakan dan ceramah sempena menyambut Maulidur Rasul. Tentatif program adalah seperti di bawah :


  • Tarikh : 27hb Jan, 2013 (Ahad)
  • Masa : Perarakan akan diadakan selepas solat asar
  • Ceramah akan diadakan selepas solat maghrib


Jemaah Muslimin dan Muslimat di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dijemput hadir. Jamuan ringan akan diberika selepas solat isyak.

Terima kasih


Laporan oleh : Tajol Ariffin Hasan (Setiausaha)

Isnin, 14 Januari 2013

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2013

KEPUTUSAN pelantikan AJK Surau Infitah Al-Khairiah bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014 memperlihatkan berlakunya rombakan besar-besaran dalam organisasi pentadbirannya. Hampir kesemua jawatan teratas telah bertukar orang kecuali jawatan setiausaha yang masih mengekalkan orang lama. Bagaimanapun barisan AJK lama yang menduduki jawatan teratas masih dikekalkan sebagai AJK bagi sesi pelantikan baru ini.

Bagi jawatan pengerusi surau, En. Abd. Ghani Mansoor yang pernah menjawat jawatan setiausaha pada pentadbiran tahun 2010 lalu telah dilantik dengan undi majoriti (19 undi) mengalahkan penyandang pengerusi 2012; Hj. Ruzali Said (6 undi). Jawatan setiausaha mengekalkan En. Tajol Ariffin Hasan dengan undi sebulat suara begitu juga dengan jawatan Bendahari telah digantikan oleh Pn. Nor Azah Baharin kerana Pn. Norhisham Hj. Ihtnin meletak jawatan atas sebab-sebab peribadi. Bagaimanapun seperti mantan pengerusi 2012, beliau juga dilantik menjadi AJK bagi sesi pentadbiran 2013 - 2014.

Jemaah mesyuarat juga atas cadangan En. Nekmat Takin bersetuju melantik semua yang hadir pada mesyuarat agung malam itu (31 orang) menjadi AJK secara automatik. Jemaah melihat dengan pelantikan jumlah AJK yang ramai ini akan menambah kecekapan pentadbiran organisasi baru surau.


Selasa, 11 Disember 2012

SAMBUTAN AWAL MUHARAM

TANGGAL 14hb November bersamaan 1 Muharam 1434, sekali lagi Surau Infitah Al-Khairiah menganjurkan sambutan awal muharam. Kali ini majlis dilangsungkan dengan kerjasama KRT RPSF2. Bacaan yassin dan tahlil aruah di bawah pimpinan iman 1 surau Infitah telah dibuat sebagai pengisian majlis tersebut; diikuti solat maghrib dan isyak berjemaah. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan.
 AJK surau merakam ucapan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran umat Islam sekitar komuniti RPSF2 dan begitu juga kepada pihak Baitulmal atas bantuan kewangan untuk menjalankan masjlis tersebut.

DEFINISI :

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

My Image

My Image

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sabtu, 3 November 2012

SEKITAR MAJLIS KORBAN SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH

3 ekor lembu dikorbankan sempena aidil adha kali ini. Majlis korban bermula seawal jam 6:00 pagi dengan penglibatan seluruh komuniti. 2 ekor lembu disedekah oleh YB Tan Sri Isa Samad manakala 1 ekor lagi adalah lembu korban penduduk RPSF2.

Sabtu, 8 September 2012

RUMAH TERBUKA SEMPENA AIDIL FITRI

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH DAN KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah bersama-sama menganjurkan rumah terbuka sempena aidil fitri pada 08/09/2012 bersamaan hari sabtu bermula jam 2:00 petang sehingga jam 6:00 petang. Rumah terbuka tersebut turut dihadiri oleh beberapa jemputan termasuk pegawai perpaduan daerah dan penolongnya bagi mewakili Jabatan Perpaduan Negeri iaitu En. Fazli dan En. Asraf Abdullah. Turut kelihatan ialah Dato' Hj. Zainol Ishak, YDP Persatuan Penjaja.