JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Ahad, 15 Julai 2012

KENDURI SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK

SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah berjaya mengadakan kenduri dan majlis tahlil sempena kedatangan bulan mulia ramadhan al-mubarak pada 15/07/2012. Majlis tahlil telah dibawa oleh Imam 2 iaitu Imam Razi. Kenduri kali ini dijalankan secara katering sahaja memandangkan ramai kaum perempuan yang tidak dapat sama-sama menyediakan menu masakan kerana turut terbabit dengan kenduri ramadhan di kampung masing-masing.

Kehadiran jemaah pada malam itu begitu menggalakan disertai juga oleh jemaah tabligh yang kebetulan melakukan aktiviti tabligh di kawasan perumahan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2. Semoga majlis ini mendapat berkah dari Ilahi. Amin.

Rabu, 4 Julai 2012

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi barisan AJK Surau Infitah Al-Khairiah berjaya mengadakan majlis sambutan Nisfu Syaaban. Biarpun sambutan secara kecilan dengan bacaan yasin dan sedikit jamuan tetapi itu sudah memadai dan membuktikan pihak pengurusan surau sentiasa menyambut apa saja hari kebesaran dalam kalendar Islam.

Pihak surau merakam ucapan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kerjasama daripada kariah yang hadir pada majlis tersebut.

Isnin, 2 Julai 2012

PANGGILAN MESYUARAT AJK PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN

Tarikh : 30hb Jun, 2012
Tempat : Dewan Taman Sri Mawar 2
Masa : 2:00 petang

Agenda :
  • Kedudukan Ahli Khairat Terkini
  • Status Yuran Ahli dan Wang Pertaruhan Yang Masih Belum Berbayar
  • Menetapkan Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan
  • Laporan Kewangan
  • Lain-lain Hal
Ringkasan Laporan Mesyuarat;
Mesyuarat bermula lewat setengah jam iaitu kira-kira jam 2:30 petang. Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan iaitu En. Yakin dan minit dicatatkan oleh Setiausaha Pertubuhan, Hj. Zainal Hj. Yahya.

Status terkini jumlah keahlian Pertubuhan Khairat Kematian Taman Sri Mawar menurut zon adalah seperti berikut :


No
Zon
Keahlian
1
Taman Sri Mawar 1
135 orang
2
Taman Sri Mawar 2
71   orang
3
Flat Senawang Fasa 2
40   orang
-
JUMLAH
246 Orang

Berikut laporan kewangan dan status ahli yang berhutang dengan Pertubuhan;


Tarikh
Perkara
Wang Masuk (RM)
Wang Keluar (RM)
Baki (RM)
25/02/2012 Baki bawa ke hadapan
15,485.00
7,624.95
7,860.05
30/06/2012 Penyata yang telah disemak
3,920.00
2,387.00
9,393.05
-
Senarai berhutang
-
-
-
-
Akaun Tmn Sri Mawar 1 
-
-
-
-
Kutipan Khairat (174 X RM10.00
1,740.00
-
11,133.05 
-
Yuran Tahunan (25 X RM5.00
125.00
-
11,258.05
-
Wang kutipan belum serah
-
-
-
-
Yuran Tahunan (21 X RM5.00)
105.00
-
11,363.05
-
Khairat (114 X RM10.00
1,140.00
-
12,503.05
-
JUMLAH
22,515.00
10,011.95
12,503.05



Berikut laporan kewangan bagi wang yang dibelanjakan;


Tarikh
Perkara
Wang keluar (RM)
Nota
01/03/2012 Kematian ahli : Zainal Shariff
1,000.00
Flat
04/03/2012 Tuntutan kutipan 10% 
69.00
TSM-2
06/03/2012 Tuntutan kutipan 10% 
78.00
Flat
16/04/2012 Tuntutan kutipan 10% 
97.00
TSM-1
04/06/2012 Kematian ahli : Senah Ibrahim
1,000.00
Flat
09/06/2012 Tuntutan kutipan 10% 
73.00
Flat
11/06/2012 Tuntutan kutipan 10% 
70.00
TSM-2
-
JUMLAH
2,387.00
-

Bagi agenda - Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan; dicadangkan ialah ketika seminggu sebelum berakhir bulan syawal. Tempat mesyuarat diputuskan akan diadakan di Taman Sri Mawar 1. Bagaimanapun untuk tarikh sebenar, ia akan diputuskan kelak dan akan dimaklumkan kemudian kepada AJK.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:45 petang

Ahad, 1 Julai 2012

SENARAI DAFTAR AHLI KHAIRAT FLAT SENAWANG FASA II




SENARAI DAFTAR AHLI KHAIRAT FLAT SENAWANG FASA II
BIL  NO BLOK NAMA PESERTA NOTA
1 F-10 ABD GHANI MANSOOR AJK
2 D-17 ASSANAR BIN P.MOHAMED AHLI
3 E-37 AZILA BTE ALIAS AHLI
4 B-19 AZIZAH BT ABU BAKAR AHLI
5 E-11 AZIZAH BT MAHMUD  AJK
6 C-43 AZREEN BIN ABBAS AHLI
7 C-05 FARIDAH HANUM BT SALEHUDIN AHLI
8 F-13 FATIMAH BT SHIDZTAMIAH AHLI
9 E-33 HERMAN BIN ABD LATIF AHLI
10 C-14 KHAGARIAH @ KHARIAH BT HJ ABAS AHLI
11 F-03 KHAIRUL SANY B MOHD PILUS AHLI
12 B-22 MADIN BIN BAKAR AHLI
13 E-04 MAH BTE JAAFAR AHLI
14 C-02 MAT DIN BIN MAAROF AHLI
15 F-15 MAD ZAHAR BIN OTHMAN AHLI
16 F-11 MOHD AWAL BIN MANGSOR AJK
17 - MOHD FADLI BIN MOHAMAD RUDZI AHLI
18 F-35 MOHD SAAD BIN DALI AHLI
19 C-12 MOHD YUSOF BIN SIRAT AHLI
20 B-1-08 MUHAMMAD RUDHWAN BIN HUSIN AHLI
21 D-18 NAHARUDIN BIN PALIL AHLI
22 C-20 NEKMAT BIN TAKIN AJK
23 B-22 NORDIN BIN SHARIF AHLI
24 C-20 NORIZAH BT MOHD SHARIF AHLI
25 B-02 NORMALA BT. AL ATAS AHLI
26 D-40 PADILAH BT. HJ. MUSTAFA AHLI
27 C-38 PARIDAH BT. HAMID AHLI
28 E-19 PUTEH BT. BONGSU AHLI
29 B-11 RAHMAT BIN JONID AHLI
30 C-36 RAJA DEWI BT. SULONG AHLI
31 B-18 RUSNAH BT. SALLEH AHLI
32 C-37 RUZALI BIN SAID AHLI
33 B-06 SAMSUDIN @ ZAINUDDIN BIN ABU AHLI
34 C-10 SAPIEN BIN MAJID AHLI
35 E-07 SERPIAH BT. SA'AD AHLI
36 E-20 SUHAIDA BT. SUMIJAN AHLI
37 E-42 SUMIRING BIN SUMIJAN AHLI
38 D-05 TAJOL ARIFFIN BIN HASAN AJK
39 D-45 UMI SALMAH BT. ISMAIL AHLI
40 E-48 WAN SUHAIMI BIN WAN SULAIMAN AHLI
41 B-01 ZULKIFLI BIN ABU BAKAR AHLI
42 XXXX XXXX XXX

Disediakan Oleh Setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah. Tajol Ariffin Hasan



Ahad, 17 Jun 2012

MAJLIS ISRAK MIKRAJ

MAJLIS ISRAK MIKRAJ anjuran Surau Infitah Al-Khairiah usai disambut pada 16/06/2012. Alhamdulillah, majlis dihadiri oleh ramai jemaah. Persiapan sambutan telah diadakan seawal pagi dengan golongan muslimah berkerjasama menyediakan masakan untuk hidangan pada sebelah malam. 

Pada sebelah malamnya, solat secara berjemaah telah dilakukan di bawah pimpinan imam Surau Infitah Al-Khairiah. Seterusnya ceramah khusus tentang israk mikraj disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Dakwah iaitu Ustaz Solihin Abdi. Usai ceramah, Ustaz Solihin mengimamkan solat isyak berjemaah.

Isnin, 11 Jun 2012

Mesyuarat Membincangkan Sambutan Israk Mikraj

Tanggal 11/06/2012 telah diadakan mesyuarat atau tepatnya perbincangan antara sesama ahli kariah. Perbincangan ini lebih kepada untuk mengatur tentatif sambutan. Ia dipengerusikan oleh imam surau Infitah Al-Khairiah, Hj. Ruzali Said. Biarpun perbincangan ini tidak secara formal kerana surat penggilan mesyuarat kepada AJK tidak dibuat, tetapi selaku setiausaha Surau Infitah Al-Khairiah saya minitkan juga di sini secara ringkas. 

Semua yang hadir sepakat memutuskan sambutan israk mikraj tersebut akan diadakan pada 16/06/2012 iaitu pada hari sabtu memandangkan ramai yang ada kelapangan ketika itu. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Solihin daripada pusat Islam Paroi. Untuk jamuan selepas ceramah, Puan Normala akan mengetuai proses penyediaan masakan dan beliau akan dibantu oleh beberapa orang jemaah perempuan. 

Kutipan derma untuk israk mikraj juga akan dibuat seperti biasa dan terpulang kepada ahli kariah samada untuk menderma wang, tenaga atau barangan. 2 orang ahli kariah sedia menderma 15kg beras. Sementara khemah akan ditaja oleh KRT. 

Perbincangan juga menyentuh tentang tarikh untuk kenduri sempena kedatangan ramadhan. Ia diputuskan pada 14/07/2012. 

Dalam perbincangan lain-lain hal, Puan Azizah Mahmud mencadangkan surau memasang kaset bacaan yasin setiap kali berlaku kematian ahli kariah. Ia untuk memaklumkan secara tidak langsung kepada seluruh kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, terdapat kematian di kariah mereka. 

Imam Hj. Ruzali pula mencadangkan kelengkapan pinggan mangkuk ditambah memandangkan banyak peralatan tersebut telah rosak dan hilang. Puan Normala juga membangkitkan tentang peralatan memasak yang banyak telah rosak dan perlu diganti/dibeli baru. En. Tajol Ariffin mencadangkan berdasarkan status kewangan surau sekarang, pada bulan ramadhan nanti surau dapat menyumbang sesuatu kepada golongan asnaf yang 8 termasuk anak-anak yatim dan OKU. 

Untuk majlis israk mikraj, semua yang hadir bersetuju dan meluluskan peruntukan sebanyak RM1500. Jika terdapat lebihan nanti, ia akan dimasukan semula ke dalam akaun surau.

Mesyuarat/perbincangan berakhir jam 9:00 malam.

Daftar kehadiran :

  1. Hj. Ruzali Said
  2. Tajol Ariffin Hasan
  3. Nekmat Takin
  4. Hj. Shamsudin Abu
  5. Mohamad Yusof Sirat
  6. Maimunah Abu Talib
  7. Azizah Mahmud
  8. Rosnah Salleh
  9. Hjh. Halimah Hasan
  10. Khairiah
  11. Norisah Mohd Yassin
  12. Nor Azah Baharin
  13. Norhisham Hj. Ithnin
  14. Normala Al-Attas

Sabtu, 11 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

ALHAMDULILLAH, sambutan Maulidur Rasul kali ini berjalan lancar dengan antara pengisiannya ialah perarakan dengan iringan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Mohamad S.A.W selepas solat asar. Diikuti persembahan nasyid selepas usai perarakan. 

Pengisian sebelah malam pula ialah ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Ayub Baharudin. 

Program kali ini disertai oleh gabungan 2 NGO iaitu Surau Infitah Al-khairiah dan KRT.