JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN CERAMAH MAULIDUR RASUL.jAM - 4.00pm KE 9.30pm SEMUA AHLI KARIAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 24 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI anjuran bersama Surau Infitah Al-Khairiah dan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 berjaya dijalankan pada 18hb Sept, 2011. Kehadiran jemaah kariah dari sekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan taman-taman perumahan berdekatan serta kehadiran beberapa pegawai dari Jabatan Perpaduan turut memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut.












Selasa, 2 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

ALHAMDULILLAH...ramadhan datang lagi dan kita diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah mulia ini disamping menunaikan solat sunat tarawih. Barisan AJK surau Infitah Al-Khairiah mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada ahli kariah Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 dan sekitarnya. Dimaklumkan seperti tahun sebelumnya, Surau Infitah Al-Khairiah akan mengadakan solat sunat tarawih serta moreh dan tahlil pada setiap malam. Dijemput para jemaah ahli kariah semua untuk hadir bagi mengambil peluang menambah amal makruh pada bulan yang berkat lagi mulia ini.

Bagi mereka yang mempunyai kelapangan pada sebelah pagi (kaum wanita), tadarus Al-Quran diadakan pada setiap hari. Ia dipimpin oleh Ustazah Mah.



Berikut adalah nama-nama mereka yang akan mengadakan tahlil dan moreh.

1) RUZALI BIN SAID C-37
2) NORHISHAM BTE HJ. ITHNIN D-05
3) NEKMAT BIN TAKIN C-20
4) PARIDAH BTE HJ. HAMID & RODIAH BTE ABDUL MAJID C-38
5) HJ. SHAMSUDDIN BIN ABU B-06
6) NOR HASHIMAH BTE MD ZIN B-25
7) RUSNAH BTE HJ. SALLEH B-18
8) MADIN BIN BAKAR B-22
9) HJH MAH BTE JAAFAR B-04
10) ABU BAKAR BIN SULIMAN C-13
11) JAMALIAH BTE YUSOF B-14
12) RAJA DEWI BTE SULONG C-03
13) MD NAWI BIN IBRAHIM F-22
14) RAHIMAH BTE IBRAHIM C-12
15) JUNAIDAH BTE MD. YUSOF B-12
16) NORAZLEY BIN ABU ZARIN C-25
17) KHAIRIAH BTE HJ. ABAS C-14
18) NORHAMIMAH BTE ABD. MAJID B-23
19) SITI ROHANI BTE MISKAN C-08
20) ARZREEN BIN ABAS C-43

Dimaklumkan juga bagi pungutan zakat pada tahun ini, amil yang dilantik ialah Imam 1 Surau Infitah Al-Khairiah iaitu En. Ruzali Said. Jemaah muslimin muslimat semua bolehlah membayar zakat pada beliau. Kadar zakat bagi tahun ini ialah RM6.50 sahaja.

Jumaat, 29 Julai 2011

Gotong Royong Membersih Surau Sempena Kedatangan Ramadhan

Pada 24hb Julai lalu, beberapa orang AJK Surau Infitah Al-Khairiah dan jemaah sekitaran Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 telah mengadakan gotong royong membersih surau sempena kedatangan ramadhan al mubarak yang mulia.

Kenduri Sempena Menyambut Ramadhan al-mubarak

Sempena kedatangan bulan yang mulia ramadhan al mubarak, Surau Infitah Al-Khairiah telah mengadakan kenduri tahlil dan kesyukuran. Kenduri ini diadakan secara bersama antara surau dengan jemaah yang ingin menyedekahkan tahlil pada arwah keluarga masing-masing.

Rabu, 6 Julai 2011

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ Surau Infitah Al-Khairiah bersama KRT telah diadakan pada 28/6/2011. Sempena sambutan tersebut, satu ceramah khas berkenaan israk mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Ayub Baharudin.


Selasa, 14 Jun 2011

KELAS BELAJAR MENGAJI DAN FARDHU AIN

Kelas belajar mengaji dan kelas fardhu ain telah diadakan secara percuma di Surau Infitah Al-Khairiah pada setiap hari kecuali hari Jumaat. Kelas ini juga terbuka kepada golongan dewasa selian kanak-kanak. Ia bermula seawal jam 4.30 petang sehingga ke pukul 6.00 petang.

Ahli kariah di persekitaran Rumah Pangsa Senawang adalah dijemput untuk sama-sama menambah ilmu pengetahuan demi hari muka.










Isnin, 13 Jun 2011

PERUNTUKAN UNTUK SAMBUTAN MAJLIS ISRAK MIKRAJ

BARU-BARU INI melalui satu kertas kerja yang dihantar untuk memohon bantuan bagi mengadakan sambutan majlis israk mikraj telah dibuat dan dihantar ke pejabat Baitulmal negeri. Kertas kerja itu telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1,500.00.

Beberapa perbicangan tidak rasmi kemudian telah diadakan antara AJK di surau Infitah Al-Khairiah untuk mengatur dan merancang majlis sambutan israk mikraj itu. Terlebih dahulu pihak AJK surau mengucapkan setinggi rasa syukur atas bantuan daripada pihak Baitulmal selama ini yang sekaligus merancakan aktiviti-aktiviti surau. Ini dilihat dapat menjadikan surau sebagai bukan sahaja tempat beribadah tetapi sebagai tempat untuk bermuzakarah dan bermasyarakat.