| BIL | JAWATAN | NAMA | ALAMAT | NO K/P | NO TEL |
| 1 | PENGERUSI | IZLAN BIN TUN | NO. 34 BLOK C | 590729-10-5345 | 012-9419759 |
| 2 | SETIAUSAHA | FATIMAH BTE SYIDZTAMIAH | NO. 13 BLOK F | 560817-05-5352 | 012-2678471 |
| 3 | BENDAHARI | RAJA DIWI BTE SULONG | NO. 36 BLOK C | 481130-01-5332 | 016-2035332 |
| 4 | IMAM | HJ RUZALI BIN SAID | NO. 37 BLOK C | 500907-02-5099 | 014-2658952 |
| 5 | AJK | HJJH NORMAH BTE DOLLAH | NO. 08 BLOK E | 491107-05-5140 | 019-3454188 |
| 6 | AJK | MOHD HANAFIAH BIN MOHD YUSOF | NO. 02 BLOK B | 650512-05-5641 | 012-2333369 |
| 7 | AJK | ROSMAWATI BINTI HAMIM | NO. 15 BLOK F | 631217-05-5450 | 012-2967610 |
| 8 | AJK | MAIMUNAH BTE HJ. ABU TALIB | NO. 20 BLOK C | 650101-04-5270 | 017-2825379 |
| 9 | AJK | NEKMAT BIN TAKIN | NO. 20 BLOK C | 610227-05-5187 | 017-6297384 |
| 10 | AJK | HJJH HALIMAH BINTI HASSAN | NO. 06 BLOK B | 530729-05-5160 | 013-388107 |
| 11 | AJK | SYED SYAFFI ROSYIDI BIN SYED SUHAIMI | NO. 43 BLOK C | 850806-11-5765 | 011-36304954 |
| 12 | AJK | ROGAYAH BTE SAZAR ALI | NO. 33 BLOK F | 580425-01-5050 | 012-904 2938 |
Selasa, 6 Ogos 2019
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 2019-2020
Selasa, 23 Julai 2019
ROMBAKAN SEMULA AHLI JAWATANKUASA
KEMELUT PENTADBIRAN yang melanda Surau Infitah Al Khairiah sejak sekian lama bakal diselesaikan melalui satu mesyuarat khas yang akan diadakan pada 28hb Julai, 2019 bersamaan hari ahad jam 9.00 malam (selepas solat isyak).
Sejak peletakan jawatan pengerusi lama En Tajol Ariffin, tempatnya yang sepatutnya dipangku oleh timbalan pengerusi En Khairi telah terbiar kosong tanpa diisi oleh sesiapapun. Melalui beberapa sesi perbincangan bersama antara jemaah, akhirnya kesepakatan telah diperoleh. Mantan pengerusi lama iaitu En Tajol Ariffin telah bersetuju untuk memanggil satu mesyuarat khas bagi merombak semula ahli jawatan kuasa surau.
Terima kasih atas inisiatif En Izlan Tun yang telah bersusah payah menganjurkan satu pertemuan bersama beberapa ahli jawatan kuasa surau bagi merealisasikan tujuan tersebut. Mantan pengerusi juga telah berjumpa dan berbincang dengan Pengerusi Masjid Ar Raudah Ustaz Zulkefli Muhamad bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.
Sabtu, 21 Mei 2016
Kursus yang dianjurkan oleh KRT dengan kerjasama dari Surau Infitah Al-Khairiah dan Pertubuhan Khairat dan Kematian Kariah Taman Sri Mawar akan dijalankan pada 22/05/2016. Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Kursus adalah percuma. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
| En. Zul. Bendahari Surau Infitah |
![]() |
| Moderator : Ustaz Hj. Muslal Rakiman |
![]() |
| Kelihatan Bilal (baju biru) dan Timb. Pengerusi Surau Infitah (T-shirt oren/hitam) |
![]() |
| Tatacara solat jenazah |
![]() |
| Pengerusi KRT Rumah Pangsa Senawang. Orang kuat program |
Ahad, 3 April 2016
PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA ASNAF DALAM KARIAH FLAT SENAWANG FASA 2
SERAMAI 11 ORANG ASNAF MENERIMA BANTUAN.
- Fatimah bt Shidztamiah
- Jamaliyah bt Yusoff
- Juridah bt Mohd Ali
- Kamsiah bt Idris
- Khagaariah@Khariah bt Hj. Abbas
- Hajah Mah bt Jaafar
- Mat Din bin Maarof
- Mohammad Noor bin Abdullah
- Rahmah bt Ibrahim
- Syarifah Nor Azam bt Syed Mohamed
- Rugayah bt Sazar Ali
|
![]() | ![]() |
Selasa, 26 Januari 2016
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
SURAU INFITAH AL-KHAIRIAH telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 13/01/2016 lalu yang menyaksikan pucuk pimpinan surau masih kekal pada kebanyakan AJK lama. Jika adapun perubahan dalam 10% sahaja. Berikut petikan minit mesyuarat agung tersebut.
Tarikh : 13/01/2016
Masa : 07:45 Malam
Tempat : Surau Infitah Al-Khairiah
Kehadiran Jemaah : 31 Orang
1. Agenda 1 : Ucapan aluan Pemangku Pengerusi (2015)
1.1 Sebelum memulakan mesyuarat agung, mantan pengerusi memohon jemaah membaca surah al-fatehah. Semoga dengan izin Allah; mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. Mantan Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bersyukur atas kehadiran jemaah lelaki dan wanita yang berkesempatan hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Surau Infitah Al-Khairiah. Mantan Pengerusi juga memaklumkan tujuan mesyuarat agung tersebut ialah untuk melantik ahli jawatankuasa baru surau bagi sesi pentadbiran 2016-2017.
1.2 Mengimbas kembali mesyuarat agung tahun 2015 yang telah diadakan pada 10/02/2015, mantan pengerusi memaklumkan tiada sebarang keputusan berkenaan pelantikan AJK bagi sesi 2015 tersebut memandangkan kehadiran jemaah pada mesyuarat sekadar 22 orang sahaja. Bagaimanapun untuk membolehkan surau mendapatkan dana bagi menjalankan aktiviti tahun 2015, organisasi atau pentadbir surau perlu dilantik juga. Oleh kerana tiada sesiapa yang sanggup untuk mentadbir surau, pengerusi ketika itu iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan terpaksa memangku jawatan pengerusi. Malah semua AJK 2015 juga secara automatik turut sama memangku jawatan masing-masing.
2. Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.1 Mantan Pengerusi memaklumkan tiada sebarang minit yang dibuat pada mesyuarat agung 2015 memandangkan semua jawatan bersifat memangku.
3. Agenda 3 : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan lalu yang berakhir pada 31 Dec, 2015.
3.1 Mantan pengerusi sendiri membentangkan laporan penyata kewangan untuk semakan dan rujukan semua jemaah yang hadir sebagai makluman sahaja.
4. Agenda 4 : Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2016—2017
4.1 Mantan pengerusi membubarkan semua AJK yang memangku jawatan pada 2015 bagi membolehkan pelantikan AJK baru dibuat.
4.2 Mantan pengerusi meminta jemaah yang hadir melantik seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat agung. Imam Hj Ruzali Said mencadangkan En. Tajol Ariffin mempengerusikan mesyuarat agung tersebut dan dipersetujui oleh semua jemaah.
4.3 Puan Raja Dewi mencadangkan agar kepimpinan lama dikekalkan. Cadangan ini dipersetujui sebulat suara.
4.4 Berdasarkan senarai AJK lama, pengerusinya ialah En. Tajol Ariffin bin Hasan, Setiausaha ialah En. Khairi bin Jahim manakala Bendahari ialah Pn. Norazah bte Baharin. Diikuti oleh 19 lagi AJK lama.
4.5 Atas permintaan pengerusi (En. Tajol Ariffin), 2 orang penyandang jawatan lalu iaitu Setiausaha dan Bendahari ditukar kepada orang lain. Beliau mencadangkan En. Abu Bakar bin Suliman sebagai setiausaha baru menggantikan En. Khairi bin Jahim dan En. Zulkiffly bin Hassan sebagai bendahari menggantikan Pn. Norazah bte Baharin. Serta diwujudkan jawatan penolong setiausaha bagi meringgankan kerja-kerja setiausaha. Penolong setiausaha ialah En. Mohd Amir bin Baba. Semua nama-nama yang dicadangkan ini mendapat sokongan sebulat suara.
4.6 Imam Hj. Ruzali Said pula mencadangkan agar pengerusi juga dibantu oleh seorang timbalan. Jawatan timbalan pengerusi diberikan kepada En. Khairi bin Jahim. Cadangan ini juga mendapat sokongan sebulat suara. Kewujudan jawatan penolong setiausaha dan timbalan pengerusi ini semata-mata bagi membantu dan meringgankan kerja-kerja seorang setiausaha dan pengerusi.
5 Agenda 5 : Hal-hal Lain.
5.1 Pengerusi memaklumkan untuk sebarang bantuan dan sumbangan yang dianjurkan oleh surau pada masa akan datang, wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sumbangan. Pengerusi terpaksa bertegas dalam hal ini kerana beberapa kesulitan berulang telah terjadi sepanjang majlis penyampaian sumbangan iaitu sumbangan tidak sampai kepada penerima setelah melalui wakil. Bagaimanapun, wakil terdiri dari keluarga terdekat adalah dibenarkan seperti suami/isteri/ibu/bapa dan anak.
6. Agenda 6 : Ucapan Penanguhan.
6.1 Pengerusi amat berharap kepada sesiapa jemaah yang ada formula untuk meramaikan jumlah kehadiran jemaah ke surau agar memberikan buah pandang mereka kepada AJK surau. Ini memandangkan jumlah kehadrian jemaah harian ke surau amat mendukacitakan. Jemaah hanya ramai ketika ada program dibuat.
6.2 Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8:30 malam.
Isnin, 12 Oktober 2015
TAMBAHAN HARI KELAS MENGAJAR OLEH USTAZ ALIZAN
ADALAH dimaklumkan, Ustaz Alizan akan menambah jumlah hari belajar memandangkan banyak pelajaran yang masih tertinggal. Ustaz akan memasukan bab feqah, tauhid dan tasauf dalam kelas pembelajarannya. Tambahan hari tersebut ialah pada setiap ahad. Bermakna kelas pengajian oleh Ustaz Alizan sekarang ialah pada setiap hari sabtu dan ahad malam (selepas solat maghrib).
Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada jemaah adalah diharapkan untuk meluangkan masa hadir dalam kelas pengajian Ustaz Alizan. Kelas adalah percuma.
Terima kasih.
Selasa, 14 Julai 2015
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA
BERTARIKH 11/07/2015 lalu, bersamaan hari jumaat ramadhan ke 24; telah diadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan raya oleh surau Infitah Al-Khairiah bersama dengan KRT. Sumbangan diberikan kepada warga emas (9 orang), OKU (7 orang), anak yatim, ibu tunggal (20 orang) serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak sekolah (104 orang).
Pihak pengurusan surau turut memberikan saguhati kepada 3 orang imam yang mengimamkan solat sunat tarawikh.
Pihak pengurusan surau turut memberikan saguhati kepada 3 orang imam yang mengimamkan solat sunat tarawikh.
Ahad, 17 Mei 2015
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
CERAMAH israk mikraj kali ini disampaikan oleh Ustaz Azhar Ibrahim daripada JHEAINS. Seperti biasa, program-program atau akitivi yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran surau Infitah sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai terutama golongan wanita dan kanak-kanak.
Untuk menjayakan majlis kali ini, surau mendapat kerjasama dari segi tajaan daripada Combi dan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
![]() | ![]() |
Sabtu, 9 Mei 2015
Khamis, 5 Mac 2015
MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
MAJLIS tersebut akan diadakan pada hari selasa bersamaan 10hb mac, 2015. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pengerusi-pengerusi surau di dalam kariah Masjid Ar Raudhah telah diadakan pada 4hb mac yang lalu bagi membincangkan persiapan sambutan majlis Tilawah Al Quran ini yang boleh dianggap sebuah program berskala besar kerana ia adalah pada peringkat daerah Seremban. Pengerusi Surau Infitah Al-Khairiah telah hadir bagi mendengar taklimat perjalanan majlis. Difahamkan majlis tilawah ini akan dihadiri sekitar 500 orang dan akan dirasmikan oleh Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong. Turut hadir ialah YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.
Tentatif majlis :
06:30 pm - Ketibaan orang ramai dan dif jemputan
07:10 pm - Ketibaan YAM Dato' Syahbandar Sungai Ujong, Dato' Seri Utama Haji Badaruddin bin Haji Abdul Khalid.
07:15 pm - Ketibaan ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra, Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong.
07:37 pm - Solat maghrib berjemaah
07:50 pm - Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
- - Ucapan Tuan Pegawai Daerah Seremban
- - Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al Quran
- - Ucapan perasmian oleh ke Bawah Kaus YTM Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak bin Dohak, Undang Luak Sungai Ujong
08:30 pm - Acara tilawah Al Quran berlangsung (Qari dan Qariah)
09:30 pm - Solat isyak berjemaah
- - Ulasan ketua jemaah hakim dan pengumuman keputusan
- - Penyampaian hadiah tilawah
- - Penyampaian Sumbangan pendidikan kepada anak-anak yatim
- - Penyampaian cenderahati
10:00 pm - Santapan dan jamuan makan malam
10:30 pm - Bersurai
Ahad, 15 Februari 2015
UCAPAN RINGKAS PEMANGKU PENGERUSI
ASSALAMUALAIKUM WBT
-
TERLEBIH DAHULU SAYA
MERAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JEMAAH YANG HADIR KERANA MEMBERI
PELUANG KEPADA SAYA MENERAJUI PENTADBIRAN SURAU SELAMA LEBIH KURANG SETAHUN YANG LALU.
- SAYA JUGA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
KEPADA BARISAN AJK YANG SAMA-SAMA MEMBANTU SAYA MELICINKAN PENTADBIRAN SURAU
- SAYA MOHON AMPUN DAN
MAAF BAGI DIRI SAYA DAN BAGI PIHAK AJK SEANDAINYA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG SAYA DAN AJK MENTADBIR
SURAU.
-
HARAPAN SAYA AGAR
JEMAAH DAN BARISAN AJK YANG AKAN DILANTIK NANTI DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA PADA
PENTADBIRAN BARU.
-
SAYA MEMANG
BERHASRAT AGAR JAWATAN DALAM PENTADBIRAN SURAU INI TIDAK BERSIFAT MONOPOLI. ITU
SEBAB SAYA ANDAIKAN PADA MALAM INI SEMUA JAWATAN UTAMA DALAM PENTADBIRAN 2014 HENDAKLAH
MELEPASKAN JAWATAN MASING-MASING DAN MEMBERI LALUAN PADA MUKA BARU.
* Memandangkan tiada sesiapa yang berminat untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi dan lain-lain jawatan utama maka pengerusi lama terpaksa mengguna budi bicaranya untuk meneruskan pentadbiran surau sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak. Bagaimanapun dalam percakapan dasarnya, pengerusi lama sekadar bersedia memangku sementara jawatan pengerusi tersebut sehingga 15/3/2015. Apa-apapun, keputusan muktamad akan dibuat setelah segala perkara yang tidak merugikan mana-mana pihak terutama surau akan dibuat. Untuk sementara waktu, barisan jawatankuasa surau masih dipegang oleh barisan jawatankuasa lama (sesi 2014) dan ia bertambah dengan beberapa nama baru yang hadir pada malam mesyuarat agung 2015. Mereka ini secara automatik dilantik menjadi AJK yang juga bersifat memangku.
Rabu, 11 Februari 2015
KEPUTUSAN MESYUARAT AGUNG 2015
PENGERUSI surau Infitah Al-Khairiah yang lama iaitu En. Tajol Ariffin bin Hasan terpaksa memangku jawatan pengerusi sehingga ke tarikh yang akan ditentukannya kelak memandangkan tiada calon yang sanggup untuk memikul tanggungjawab tersebut. Justeru untuk sesi pentadbiran 2015 ini, buat masa sekarang pentadbirannya masih mengekalkan hampir 95% pentadbiran lama.
Kehadiran jemaah dalam mesyuarat agung ini juga cuma 22 orang sahaja berbanding pada tahun lepas iaitu 26 orang. Memandangkan pentadbiran surau tidak tertakluk kepada perlembagaan khusus sebagaimana kebanyakan NGO lain, maka jumlah kehadiran jemaah dalam mesyuarat tidak diambil kira sebagai cara untuk mengesahkan korum mesyuarat agung.
Isnin, 9 Februari 2015
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Surau Infitah Al-Khairiah akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 10hb Feb, 2015
Waktu : 08:45 malam (Selepas solat isyak berjamaah
Kehadiran para jemaah di komuniti Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 adalah dialu-alukan.
Isnin, 12 Januari 2015
BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KHAS UNTUK TUAN HJ. MOHAMED HUSSAIN BIN YUSOF
SELAMA 2 tahun (2013 dan 2014) Tuan Hj. Mohamed Hussain bin Yusof, seorang warganegara Singapura telah memberi sumbangan kepada Surau Infitah Al-Khairiah. Sumbangan tersebut telah digunakan untuk memberi bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal. Pihak surau merakam kesyukuran yang amat tinggi kepada Tn. Hj. Mohamed atas sumbangan peribadi beliau itu.
Baru-baru ini pihak surau menerima satu berita tidak baik berkenaan kesihatan Tn. Hj. Mohamed daripada saudaranya iaitu Pn. Hajah Normah yang juga merupakan salah seorang AJK surau. Dalam keadaan kesihatan Tn. Haji yang tidak begitu sihat, Tn. Haji sekali lagi telah memberikan sumbangan peribadinya kepada surau dan berhajat agar sumbangan itu digunakan untuk memberi bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Pihak pentadbiran surau telah berbincang dan memutuskan akan menunaikan hajat Tn. haji itu pada hari khamis ini (15/01/2015). Dan pada majlis itu juga akan diadakan sekali majlis bacaan yasin dan doa selamat khusus untuk Tn. Haji. Semoga kesihatan Tn. Haji akan bertambah baik dan dilindungi Allah sentiasa.
Sabtu, 3 Januari 2015
SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
TERLEBIH dahulu, sebelum mengadakan perarakan di kawasan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, ramai kalangan jemaah yang terlebih dahulu telah terbabit dalam perarakan maulidur di peringkat Negeri Sembilan yang telah diadakan di Seremban. Perarakan maulidur di peringkat Negeri telah diadakan pada pukul 9:00 pagi. Ia turut dihadiri TYT Negeri Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jemaah dari Rumah Pangsa kira-kira 50 orang hadir dengan menaiki bas yang disediakan.
Sambutan maulidur rasul Surau Infitah Al-Khairiah bermula selepas solat asar berjemaah. Hasil kerjasama antara pihak surau dengan KRT Rumah Pangsa Senawang Fasa 2, selain berarak, pengisian pada petang itu ialah persembahan nasyid oleh kanak-kanak dan kaum ibu. Jamuan pada petang itu ditaja oleh KRT.
Pada sebelah malam iaitu selepas solat maghrib, ceramah khas maulidur rasul disampaikan oleh Imam Masjid Negeri; Tn. Hj Zaher Rudin Hj. Moktar. Sebelum itu, beliau telah mengimamkan sembahyang maghrib. Satu kuiz berkenaan maulidur rasul telah diadakan selepas ceramah selesai.
Pentadbiran Surau Infitah Al-Khairiah merakam jutaan terima kasih atas kerjasama daripada jemaah yang sudi datang beramai-ramai mengimarahkan majlis anjuran surau.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
Ahad, 21 Disember 2014
Rabu, 15 Oktober 2014
MESYUARAT AJK BIL 2/2014. PERBINCANGAN BERSAMA PENGERUSI-PENGERUSI NGO FLAT SENAWANG FASA 2
Pada 23hb September, 2014; pengerusi surau Infitah telah memanggil satu mesyuarat antara AJK surau dengan pengerusi-pengerusi NGO yang terdapat di kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
Agenda mesyuarat antara lain ialah bagi membuat post mortem terhadap aktiviti terkini yang telah dijalankan iaitu sambutan rumah terbuka aidilfitri. Memandangkan ia dijalankan secara kerjasama antara beberapa NGO buat pertama kalinya maka pengerusi berpendapat jalinan kerjasama ini perlu diteruskan lagi demi memantapkan perpaduan antara penduduk terutama muslimin dan muslimat.
Secara keseluruhan, aktiviti atau program yang telah dijalankan tersebut menampakan kejayaan yang di luar jangka. Terdapat kehadiran bangsa asing terdiri dari India dan China yang turut meraikan rumah terbuka tersebut biarpun ia diadakan di perkarangan surau.
Kos penganjuran majlis adalah RM1306.00. Ini tidak termasuk sumbangan berbentuk makanan dan hamper dari NGO-NGO yang terbabit. Pengerusi melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana Baitulmal Negeri Sembilan turut memberikan bantuan kewangan bagi melicinkan program.
Persatuan Penduduk RPSF2 telah menyumbangkan 6 hamper dan menaja lemang. Pewita telah menaja khemah dan menyumbangkan 5 hamper manakala Combi menyumbangkan 1000 cucuk sate dan 5 hamper. Umno Cawangan telah menaja barisan pendeklamasi puisi daripada Jabatan Kebudayaan Negeri Sembilan; yang telah mendeklamasikan puisi berkenaan Gaza serta menaja bendera Malaysia kerana sambutan turut memasukan agenda sambutan bulan kemerdekaan. Sumbangan wang tunai RM500.00 dari pengerusi Gerakan Negeri bagi membiayai sambutan bulan kemerdekaan turut disampaikan pada malam tersebut. Tetamu terhormat ialah Exco Negeri Sembilan YB Dato' Hasim Rusdi.
Rabu, 27 Ogos 2014
GAMBAR SEKITAR PROGRAM
![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() |
![]() | ![]() |
Selain majlis jamuan hari raya, turut diadakan ialah majlis pelancaran bulan kemerdekaan. Pada majlis itu En. David mewakili Dato' Hj. Hasim Rusdi menyampaikan jalur gemilang kepada pengerusi-pengerusi NGO yang terbabit yang terdiri dari pengerusi surau Infitah Al-Khairiah (En. Tajol Ariffin Hasan), pengerusi COMBI (Pn. Norjan Ismail), pengerusi Persatuan Penduduk (En. Abdul Ghani Mansor) dan Pengerusi Pewita (Pn. Raja Dewi Sulong) manakala jalur gemilang untuk ketua Umno Cawangan diberikan kepada En. Abdul Ghani Mansor yang juga merangkap pengerusi Badan Kebajikan RPSF2.
Antara tetamu VIP yang kekesempatan hadir pada malam itu ialah YB Dato' Hj. Hasim Rusdi (Ketua Umno Bahagian Rasah), En. David (Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan), pegawai COMBI dan beberapa orang ketua cawangan.
Untuk memaknakan lagi pengertian bulan kemerdekaan, artis budaya yang diketuai oleh En. Yuzimudin telah mendeklamasikan sajak berkenaan kekejaman Israel di bumi Gaza.
Untuk memaknakan lagi pengertian bulan kemerdekaan, artis budaya yang diketuai oleh En. Yuzimudin telah mendeklamasikan sajak berkenaan kekejaman Israel di bumi Gaza.
Khamis, 14 Ogos 2014
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
PIHAK SURAU INFITAH AL KHAIRIAH berbesar hati menganjurkan majlis rumah terbuka pada tahun ini bertarikh 26hb Ogos, 2014; iaitu pada hari terakhir syawal. Kali ini pihak surau menjemput kerjasama daripada beberapa NGO di kawasan kejiranan yang sama. NGO yang telah memberikan persetujuan ialah COMBI, Persatuan Penduduk RPSF2, Umno Cawangan, Badan Kebajikan RPSF2 dan Pewita.
Menurut pengerusinya En. Tajol Ariffin Hasan; ini adalah julung kalinya pentadbiran surau berjaya mendapatkan kerjasama daripada NGO-NGO terbabit. Pengerusi-pengerusi NGO terbabit telahpun memberikan persetujuannya dalam mesyuarat AJK surau yang telah diadakan pada 10hb Ogos lalu.
Persetujuan terkini diperolehi daripada pengerusi Pewita iaitu Puan Raja Dewi Sulong. Sementara Pengerusi Combi iaitu Puan Norjan Ismail awal-awal lagi telah menyatakan persetujuan untuk bergabung bagi menganjurkan majlis rumah terbuka tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk, En. Abdul Ghani juga telah menyatakan persetujuannya untuk bergabung dalam program jamuan hari raya tersebut. Beliau juga akan menjemput beberapa VIP untuk turut serta memeriahkan program.
Antara aturcara program ialah solat maghrib dan isyak berjemaah di Surau Infitah Al-Khairiah. Cabutan no bertuah dengan hadiah hamper juga disediakan. Nawaitu utama program tidak lain selain hanya untuk menyatukan semua penduduk dan menjalin kerjasama dengan semangat muhibbah yang tinggi.
En. Tajol Ariffin Hasan berharap ini bukanlah kerjasama terakhir dari NGO-NGO terbabit tetapi sebaliknya sebagai satu langkah permulaan kepada penyatuan NGO-NGO yang terdapat di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
"Muafakat Membawa Berkat"
Khamis, 7 Ogos 2014
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAYA KEPADA OKU, IBU TUNGGAL DAN WARGA EMAS
Majlis dilangsungkan pada 18hb Julai, 2014.
Seramai kira-kira 49 orang penerima sumbangan pada tahun ini. Pihak surau juga turut memberi sumbangan kepada imam 1 dan imam 2 yang menjadi imam solat sunat terawikh. Juga diberikan sumbangan kepada bilal dan siak.
Bagi duit raya kanak-kanak, seramai lebih kurang 50 orang kanak-kanak sekolah diberikan duit raya sejumlah RM5.00 seorang. Turut menerima duit raya ialah beberapa orang AJK utama yang terlibat sepenuh masa sepanjang moreh ramadhan.
Dalam ucapan ringkas pengerusi surau, En.Tajol Ariffin; beliau mewakili seluruh AJK surau memohon ampun dan maaf zahir bathin kepada para jemaah. Beliau mengingatkan bahawa sumbangan yang diberikan janganlah dinilai dengan wang ringgit tetapi anggaplah ia sebagai rezeki Allah yang harus disyukuri. InsyaAllah, pemberian sumbangan raya ini akan djadikan satu program tahunan menjelang raya.
Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi Persatuan Penduduk RPSF2, pengerusi KRT, ketua Umno cawangan dan pengerusi Combi.
Langgan:
Catatan (Atom)

























.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)