Ahad, 6 Julai 2014
SOLAT SUNAT TARAWIKH DAN TAHLIL
SEPANJANG bulan ramadhan ini Surau Infitah Al-Khairiah akan membuat solat sunat tarawikh yang akan diimami oleh Ustaz Razi dan Imam Ruzali serta Bilal Nekmat secara bergiliran. Muslimin dan muslimat dijemput agar dapat sama-sama mengimarahkan surau dengan menyertai solat sunat tarawikh ini. Disamping itu, bagi jemaah yang ingin membuat tahlil, borang tahlil telah disediakan oleh AJK surau dan boleh berbuat demikian dengan menghantar borang kepada barisan AJK surau.
Imam Ruzali juga telah dilantik sebagai amil bagi memungut wang zakat yang bernilai RM6.50 pada tahun ini. Beliau boleh ditemui pada setiap malam di surau Infitah Al-Khairiah atau boleh juga datang ke rumah beliau untuk tujuan membayar zakat.
Bayaran sebanyak RM30.00 akan dikenakan.
Pihak AJK surau juga mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk juadah moreh atau apa saja sumbangan demi mengambil kesempatan pada bulan yang mulia lagi berakah ini.
Sabtu, 5 Julai 2014
KENDURI DAN TAHLIL SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK
SURAU INFITAH AL KHAIRIAH telah menganjurkan kenduri dan tahlil sempena kedatangan ramadhan al mubarak pada 26hb Jun. Tahlil dibuat selepas solat isyak berjemaah. Sebelum itu kelas agama membincangkan Kitab Kifayatul Al Muftah telah disampaikan oleh Ustaz Arizan.
![]() | ![]() |
RAMADHAN AL.MUBARAK
Seluruh AJK Surau Infitah Al Khairiah mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak
Langgan:
Catatan (Atom)